Anda Pengunjung Ke :

Wednesday, 10 January 2018

Menziarahi Makam DiRaja Sultan Abdul Samad, Jugra (9-1-2018).


Pada 9 Januari 2018, Editor Warisan Permaisuri berkesempatan untuk menziarahi Makam DiRaja Almarhum Sultan Abdul Samad yang terletak di Jugra, Banting Selangor. Kompleks Makam DiRaja ini bukan sahaja menempatkan Makam Almarhum Sultan Abdul Samad, tetapi juga makam kaum kerabat baginda. Makam ini terletak di atas Bukit Jugra berkeluasan 5 ekar. Pengunjung perlu memandu menaiki bukit sebelum sampai ke pintu gerbang yang tertera "Makam Almarhum Sultab Abdul Samad. Pengunjung perlu melapor diri di kaunter pelawat dahulu sebelum dibenarkan masuk ke kawasan makam. Makam ini telah dijadikan makam diraja Selangor semenjak tahun 1886 lagi. Almarhum Sultan Abdul Samad dimakamkan di sini pada tahun 1898 apabila baginda mangkat ketika berusia 93 tahun. Anakanda-anakanda serta kaum kerabat baginda dimakamkan di makam diraja ini. Hanya makam Sultan Abdul Samad sahaja yang mempunyai bangunan. Makam selebihnya terletak sekitar bangunan Makam Sultan Abdul Samad ini. 




BANGUNAN MAKAM ALMARHUM SULTAN ABDUL SAMAD.

Satu-satunya bangunan makam di dalam kompleks makam ini. Menempatkan makam Sultan Selangor Ke-4, Almarhum Sultan Sir Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah yang mangkat pada tahun 1898 setelah 41 tahun memerintah Selangor. Pagar bangunan makam ini dikunci atas arahan Istana Selangor kerana sebelum ini terjadi banyak perkara khurafat. Maka, untuk tujuan menghalang perkara ini berlaku, maka pagar bangunan ini tidak dibuka kepada umum. Pengnjung hanya boleh melihat makam Almarhum dari luar sahaja.






Bangunan makam yang dibina cantik.



Makam Almarhum Sultan Abdul Samad.

MAKAM PUTERA DAN PUTERI ALMARHUM.


Makam yang dilabel nombor 1 adalah makam putera sulung Almarhum Sultan Abdul Samad iaitu Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Samad. Baginda diputerakan pada tahun 1844 dan mangkat pada 7 Julai 1884 ketika berusia 40 tahun. Dilantik untuk menjadi Raja Muda Selangor semasa ayahanda baginda menaiki takhta. Namun, mangkat sebelum kemangkatan ayahanadanya. Raja Muda Musa merupakan ayahanda kepada Sultan Selangor Ke-5 Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah.



Makam yang dilabel nombor 2 merupakan putera kedua kepada Almarhum Sultan Abdul Samad iaitu Yang Amat Mulia Almarhum Tunku Abdul Kahar (Tahir) Ibni Almarhum Sultan Abdul Samad.


Makam yang dilabel nombor 3 merupakan makam putera ketiga Almarhum Sultan Abdul Samad iaitu Almarhum Yang Amat Mulia Tunku Yaakob Ibni Almarhum Sultan Abdul Samad. 


Makam yang dilabel nombor 4 merupakan makam puteri ke-4 Almarhum Sultan Abdul Samad iaitu Almarhum Yang Amat Mulia Tunku Muteh Binti Almarhum Sultan Abdul Samad.


Makam yang dilabel nombor 5 merupakan makam puteri sulung kepada Almarhum Sultan Abdul Samad iaitu Almarhum Yang Amat Mulia Tunku Arfah Binti Almarhum Sultan Abdul Samad. Baginda mangkat pada 6 September 1896, 2 tahun sebelum kemangkatan ayahandanya. Baginda merupakan bonda mertua kepada DYMM Sultan Selangor Ke-5 Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah.

Makam yang dilabel nombor 7 merupakan makam puteri bongsu kepada Almarhum Sultan Abdul Samad iaitu Almarhum Yang Amat Mulia Tunku Alfah Binti Almarhum Sultan Abdul Samad.

MAKAM TENGKU AMPUAN SELANGOR.


Di kompleks makam ini juga terdapat makam seorang Tengku Ampuan Selangor yang juga cucunda kepada Sultan Abdul Samad. Baginda ialah Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Paduka Seri Negara Tengku Ampuan Maharum Binti Almarhum Tunku Dziauddin.  Baginda merupakan puteri bongsu kepada Yang Amat Mulia Raja Arfah Binti Almarhum Sultan Abdul Samad. Baginda merupakan isteri pertama kepada Almarhum Sultan Selangor Ke-5 Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa.Ini bermakna baginda berkahwin dengan sepupu baginda sendiri. Ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Paduka Seri Negara pada 22 Oktober 1903. Baginda mangkat pada tahun 1908 selepas 5 tahun bergelar Tengku Ampuan Selangor. 


MAKAM-MAKAM KERABAT ALMARHUM SULTAN ABDUL SAMAD:











MAKAM PANGLIMA HITAM.

16 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang sangat berguna 'Daulat TuanKU'

    ReplyDelete
  3. Alfatihah untuk semua kaum kerabatku... Semoga Allah mencucuri Rahmat & Kasih sayang Nya

    ReplyDelete
  4. raja ahmad nor khairuddin15 April 2020 at 13:06

    alFatihah

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah buat semua krabat,moge ditempatkan bersama roh²yg beriman.aminn ya rabb

    ReplyDelete
  6. Tak salah saya.. Almarhum ada anak raja abdulahkan.. Alfatihah

    ReplyDelete
  7. Terbaik mengenali susur galur warisan sejarah kesultanan selangor👍👍👍✅

    ReplyDelete
  8. Alfatihah....baru2 ni sy ada melawat kawansan sekitar bukit jugra ...harap kawasan tersebut dipantau dari penempatan bukan asal org melayu...jalan naik ke rumah api pun sudah ada kubur2 dilering bukit tersebut....harap jangan hilang sejarah yg ada pada kawasan itu...

    ReplyDelete
  9. Saya nak melawat Hari ini...

    ReplyDelete
  10. Almarhum Ibu saudara kami berada di sg raba dulu selalu membawa kami utk menziarah makam ini, boleh di katakan tiap² kali kami balik ke sg raba.

    ReplyDelete
  11. Al Fatihah... Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat Allah Taala dan ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...
    Saya mencari info tentang sebuah makam terasing yang sebelum ke arah kawasan makam2 diraja itu, di sebelah kanan ada laluan kaki ke arah makam perempuan, dulunya tak berpagar, sekarang berpagar, siapakah gerangannya itu, dan ada sejarahnya kah?

    ReplyDelete
  13. Saya dah lama x ziarah kubur arwah atuk saya kat situ. Harap2 nnti pegi masih boleh jumpa nisannya…. Insya’allah

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...