Anda Pengunjung Ke :

Monday 11 February 2013

Permaisuri Bukan Dari Kalangan Wanita Melayu..

Kebiasaannya seseorang Permaisuri di negara kita berketurunan Melayu dan berdarah Raja.Namun zaman sudah berubah.Raja-raja zaman kini bebas untuk memilih pasangan hidup dan menabalkan isteri baginda selaku Permaisuri.Terdapat ramai Raja Melayu yang mengahwini rakyat kebanyakan dan terdapat juga yang berumah tangga bersama wanita bukan melayu dan berasal dari negara luar.Biasanya mereka akan ditabalkan sebagai Sultanah sesebuah negeri kerana gelaran Sultanah diperuntukkan bagi Permaisuri yang bukan berdarah raja.Berikut merupakan senarai Permaisuri yang bukan dari kalangan wanita Melayu :

Sultanah Rogayah (Johor).

Baginda merupakan isteri kedua Sultan Ibrahim Al Mashur .Dilahirkan pada 4 September 1880. Bertemu jodoh bersama Sultan Ibrahim pada 1897 ketika berusia 17 tahun.Ditabalkan sebagai Sultanah Johor pada 30 Ogos 1920 ketika berusia 40 tahun dan diberikan gelaran Sultanah Rogayah.Baginda berketurunan India.Baginda mangkat pada 8 March 1926,setelah 6 tahun menjadi Sultanah Johor.Ketika itu baginda baru berusia 46 tahun.Baginda dimakamkan di Makam Abu Bakar,Bukit Mahmoodiah,Johor Bahru.Baginda mempunyai seorang putera iaitu YAM Tunku Aris Bendahara Tunku Haris Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang dilahirkan pada 17 Februari 1898.Tunku Haris mangkat di London pada 1 Mei 1956.Cucunda Sultanah Rogayah iaitu YAM Tunku Sulaiman pernah menjadi Pemangku Raja Perlis apabila Almarhum Tuanku Syed Putra menjadi Yang Dipertuan Agong ke 3 pada 1963 hingga 1965.Tunku Sulaiman merupakan suami kepada YAM Tengku Puteri Utama Perlis Sharifah Salwa Binti Almarhum Tuanku Syed Putra.

Sultanah Khadijah (Johor).

Baginda merupakan isteri keempat Sultan Abu Bakar. Baginda dilahirkan di Istanbul Turki.Nama sebenar baginda ialah Khadijah Khanum .Baginda bertemu jodoh dengan Sultan Abu Bakar 22 September 1893.Baginda ditabalkan sebagai Sultanah Johor di Istana Zahra pada 28 Februari 1894.Baginda berketurunan Circassian dan berasal dari Istanbul.Selepas kemangkatan Sultan Abu Bakar,baginda berkahwin sekali lagi dengan H.E Muhammad Kiamil Bey,Ottoman Konsul Jeneral di Batavia,Singapore dan Liverpool pada 27 Disember 1898 di Singapura.Baginda mangkat di Woodneuk,Tanglin Singapura pada 1 Februari 1904 dan dimakamkan di Makam Temenggong,Teluk Belanga.Baginda mempunyai seorang puteri iaitu YAM Tunku Fatimah Binti Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultanah Helen Ibrahim (Johor).
D.K.,S.P.M.J.

Baginda merupakan isteri kelima Sultan Ibrahim Al Mashur.Dilahirkan sebagai Helen Bartholomew pada 21 Disember 1889 di Glasgow.Baginda merupakan anak kepada John Bartholomew yang berasal dari Glasgow,Scotland bersama isterinya Catherine.Bertemu jodoh dengan Sultan Ibrahim pada 15 Oktober 1930 di usia 41 tahun.Pasangan ini berkahwin di Prince's Row Register Office London dan di Masjid Woking Surrey.Sultan Ibrahim merupakan suami kedua kepada Sultanah Helen.Dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 18 November 1931 di Istana Besar Johor Bahru.Baginda diberi gelaran DYMM Sultanah Helen Ibrahim.Sepanjang menjadi Sultanah Johor,baginda dikurniakan beberapa Darjah Kebesaran seperti Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (D.K.) Johor,Seri Paduka Mahkota Johor(S.P.M.J.),Pingat Jubli Perak dan Pingat Pertabalan Sultan Ibrahim.Sultanah Helen sebelum itu berkahwin dengan Kapten William Brockie Wilson.Sultan Ibrahim dan Sultanah Helen bercerai setelah 7 tahun berkahwin.Mereka bercerai pada 31 Disember 1937.Selepas bercerai Sultanah Helen bergelar Lady Helen Ibrahim.Baginda mangkat di usia 88 tahun di Homelands Nursing Home,Cowfold,Horsham,Sussex. 



Sultanah Marcella Ibrahim (Johor).
D.K.,S.P.M.J.,Grand Cordon Of The Order Of The Crown Of Romania.

 Baginda merupakan isteri keenam Sultan Ibrahim Al Mashur.Baginda dilahirkan pada 7 November 1915 di Austria.Nama asal baginda ialah Marcella Mendl merupakan anak kepada  Edgar Mendl dari Romania yang merupakan saudara kepada Sir Charles Ferdinand Mendl seorang pegawai Kedutaan British di Paris.Sultanah Marcella mendirikan rumah tangga bersama Sultan Ibrahim pada 6 November 1940 ketika berusia 25 tahun.Pasangan ini berkahwin di Caxton Hall Register Office London.Baginda memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Fawzia binti Abdullah.Selepas berkahwin baginda diberi gelaran Lady Marcella Ibrahim sehingga baginda ditabalkan sebagai Sultanah Johor dengan memakai gelaran DYMM Sultanah Fawzia pada 17 September 1947.Baginda secara rasminya dimahkotakan pada 17 September 1955 ketika berusia 40 tahun.Baginda merupakan Penaung Pandu Puteri negeri Johor,Sepanjang menjadi Sultanah,baginda dianugerahkan darjah keebsaran seperti Darjah Kerabat Yang Amat Dihotmati (D.K.) Johor,Seri Paduka Mahkota Johor(S.P.M.J.),dan Grand Cordon of the Order of the Crown of Romania oleh Maharaja Romania.Baginda merupakan isteri terakhir kepada Sultan Ibrahim sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1959.Sultanah Marcella mangkat di usia 67 tahun selepas sakit sekian lama.Baginda mangkat di Grosvenor House,London pada 1 Jun 1982.Baginda mempunyai seorang puteri iaitu YAM Tunku Miriam Binti Almarhum Sultan Ibrahim yang lahir pada tahun 1950.


Sultanah Hajah Kalsom Abdullah (Pahang).
D.K.

Baginda merupakan isteri kedua Sultan Haji Ahmad Shah.Baginda diputerikan pada tanggal 12 September 1951 di Pakistan.Nama asal baginda ialah Anita.Baginda berketurunan Persia dan Pakistan.Bertemu jodoh dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 14 Mac 1991.Ketika itu baginda berusia 40 tahun.Baginda menukar nama kepada Kalsom Binti Abdullah dan diberikan gelaran Cik Puan Kalsom.30 September 1992,baginda telah diberikan gelaran Sultanah Pahang Sultanah Hajah KalsomBaginda telah dianugerahkan Darjah Kerabat Pahang Kelas Pertama (D.K.).Pasangan ini dikurniakan seorang putera iaitu Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Abdul Fahd  Al Muazzam Shah yang dilahirkan pada 10 Februari 1994

14 comments:

  1. As salam.. Nak minta salinan gambar khadijah hanum boleh x?

    ReplyDelete
  2. As Salam...Saya daripada Brunei saya ada group bincang bincang sejarah...saya nak berkongsi cerita ini boleh. tak...

    ReplyDelete
  3. Wow sangat menarik... Tidak sangka ramai juga permaisuri2 yg bukan berdarah Melayu.. Yang paling menarik bagi saya ialah Sultanah Helen Ibrahim kerana dia hidup sampai umur yang sangat tua. Dia tidak mempunyai cahaya mata semasa bersama Sultan Johor?

    ReplyDelete
  4. salam ..nak tanye..rogayah hanum dgn khadijah hanum individu yg samaker..tqvm

    ReplyDelete
  5. salam ..nak tanye..rogayah hanum dgn khadijah hanum individu yg samaker..tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rogayah khanum merupakan adik kepada sultanah khadijah khanum, Rogayah khanum telah berkahwin dengan menteri besar johor pertama iaitu Dato' Jaafar Muhammad dan dikurniakan anak bernama Dato' Onn Jaafar (pengasas UMNO pertama dan Menteri besar Johor)

      Delete
  6. Dengan cerita begini layakkan digelar Raja Melayu..?..atau perlu sebut Raja Malaysia saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layak saja. Sudah menjadi adat kebiasaan raja2 lain di dunia juga berkahwin antara bangsa berbeza.

      Delete
    2. Betul tu. No problem. Permaisuri Agong yang baru mempunyai bonda dari England, Almarhum YAM Enche Besar Khalsom Abdullah. Nama asal YAM ialah Josephine Ruby Treverrow.

      Delete
  7. Banyak yg saya tak tahu... terima kasih atas maklumat
    Ramai lagi yg tak tahu sejarah Dan hubungan diplomatic dahulukala

    ReplyDelete
  8. This explains the need for that definition in the Constitution!!

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...