Anda Pengunjung Ke :

Sunday 5 March 2017

Keistimewaan Mahkota Sultan Selangor.


Negeri Selangor Darul Ehsan merupakan salah satu daripada 4 buah negeri yang mempunyai mahkota kerajaan. Mahkota ini digunakan dalam Istiadat Kemahkotaan Sultan Selangor. Mahkota Sultan Selangor berlainan daripada negeri-negeri lain kerana mahkota ini berbentuk songkok. Pertama kali digunakan untuk kemahkotaan Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah pada tahun 1903. Mahkota ini dipanggil Mahkota Leleng yang berasal dari songkok cara Bugis iaitu Songkok Leleng. Setakat ini sudah 5 orang Sultan Selangor dimahkotakan dengan memakai mahkota ini. Mahkota ini begitu istimewa bagi Sultan Selangor sehinggakan beberapa senibina didalam Istana Selangor sendiri dibuat menyerupai mahkota ini. Singgahsana Istana Alam Shah,Klang yang terletak didalam Balairong Seri dibina secara khas menyerupai Mahkota Leleng ini. Bahagian atas singgahsana ini berbentuk songkok yang dihiasi kerawang emas menyerupai mahkota. Ini merupakan satu senibina yang sangat unik yang tidak terdapat di tempat lain. Begitu juga dengan meja utama didalam Dewan Santapan Istana Alam Shah. Senibina benbentuk mahkota ini juga digunakan untuk menghiasi meja utama di Dewan Santapan. Akhir sekali senibina unik ini dapat dilihat di Singgahsana Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Singgahsana kecil negeri Selangor ini dihiasi mahkota ini dan ia kelihatan seolah-olah sama seperti mahkota yang sebenar. Itulah keistimewaan Mahkota Leleng negeri Selangor ini sehinggakan singgahsana dibina menyerupai mahkota ini.

SINGGAHSANA ISTANA ALAM SHAH.

Tempat bersemayam Sultan dan Tengku Permaisuri Selangor ketika Istiadat Diraja Selangor.


DYMM Sultan Sharafuddin bersemayam di hadapan singgahsana.

DEWAN SANTAPAN ISTANA ALAM SHAH.

Dewan Santapan yang merupakan tempat Sultan Selangor mengadakan Istiadat Santapan sempena hari Kemahkotaan, Keputeraan dan lain-lain Istiadat Diraja Selangor.


Senibina berbentuk mahkota di meja utama yang unik dan cantik.


SINGGAHSANA ISTANA BUKIT KAYANGAN

Senibina mahkota yang menghiasi Singgahsana Istana Bukit Kayangan.


Sultan Selangor bersemayam diatas Singgahsana.

Bilik Singgahsana yang digunakan untuk Istiadat Pelantikan pegawai-pegawai negeri serta istiadat lain.


No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...