Kali ini kita ke negeri Perak Darul Ridzuan pula.Tentu kita
tertanya tanya siapakah gerangan empunya diri di dalam gambar ini.Baginda
merupakan permaisuri terakhir di Perak setakat ini yang menggunakan gelaran
Raja Perempuan.Baginda adalah Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Raja
Perempuan Muzwin binti Almarhum Raja Dato' Seri Ariff Shah,D.K.,S.P.M.P.,Raja
Perempuan Perak Ke 33.
YAM Raja Dato Seri Arif Shah(ayahanda Raja Perempuan Muzwin), DYMM Raja Perempuan Muzwin, DYMM Sultan Idris Shah dan DYTM Raja Azlan Shah.
Diputerikan pada 1 Mac 1929 di Batu Gajah Perak.Baginda
merupakan kerabat diraja Perak.Ayahanda baginda ialah YAM Raja Dato' Seri
Ariff Shah Ibni Almarhum Raja Harun Al Rashid.Bonda baginda pula ialah YABhg
Che Puan Azizah Abdullah.Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris
Methodist Ipoh bermula pada tahun 1936 hingga 1941.Baginda sangat fasih
berbahasa Kantonis.
Bertemu jodoh dengan DYMM Almarhum Sultan Idris
Shah pada bulan Ogos 1943.Ketika itu baginda cukup muda.Pasangan
diraja ini dikurniakan dengan 2 orang putera dan 2 orang puteri.Salah seorang
anakanda baginda adalah Isteri Sultan Johor iaitu DYMM Tuanku Raja Zarith
Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.Dilantik sebagai Raja Puan Besar Perak
pada tahun 1957 setelah suami baginda dilantik sebagai Raja Muda
Perak.Tanggal 26 Oktober 1963,baginda ditabalkan sebagai DYMM Raja Perempuan
Perak setelah kemangkatan Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.Baginda menjadi
Raja Perempuan Perak selama 20 tahun sehingga kemangkatan suami baginda pada
tahun 1983.Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah,baginda menggunakan
gelaran Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin Perak.
Raja Perempuan Muzwin bersemayam di Istana Riswin Ipoh
setelah kemangkatan suami baginda.Baginda tinggal bersama puteri baginda iaitu
Raja Puan Mahkota Perak Raja Nazatulshima Sultan Idris Shah.Walaupun bergelar
bekas permaisuri,baginda masih mencemar duli menghadiri majlis-majlis
keraian.Setelah 28 tahun bersemayam selaku Raja Perempuan Perak,Raja Perempuan
Muzwin yang dikhabarkan gering telah mangkat di Institut Jantung Negara pada
tanggal 6 Oktober 2011 .Baginda berusia 82 tahun.Kemangkatan baginda
ditangisi seluruh kerabat diraja Perak dan juga kerabat diraja Malaysia.Baginda
merupakan besan kepada Sultan Kedah,Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan juga
besan kepada Almarhun Sultan Iskandar.
Jenazah
baginda dibawa dari IJN ke Istana Riswin untuk istiadat pemakaman.Baginda
disembahyang kan di Masjid Ubudiah dan dimakamkan penuh adat istiadat diraja
Perak di Makam Diraja Al Ghufran Kuala Kangsar.Baginda dimakamkan bersebelahan
makan suami baginda,Almarhum Sultan Idris Shah.
Berikut
merupakan gambar kenangan Almarhum Raja Perempuan Muzwin:
Bersama Sultan Idris Shah ketika Pertabalan Sultan Perak Ke-33.
Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah mencium tangan Raja Perempuan Muzwin.
Nota kaki :
Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU
assalamulaikum
ReplyDeletesaya junaidi saya ada melawat lamam warisan yang mana gambar isteri tyt pulau pinang ada di web boleh saya memimta salinan gambar tyt tun rahman abbas melalui email saya addieledang@gmail.com
jika tak keberatan
saya ucapkan t. kasih
rasanya saudara boleh cari di google pun ada.
ReplyDelete