Kali ini kita mengenali permaisuri negeri Terengganu Darul
Iman pula.Merupakan nenda tiri kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan
.Baginda merupakan anak kelahiran Singapura.Baginda yang dimaksudkan ialah Yang
Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum
Tengku Omar Setia Raja,
D.K.,D.M.N.,S.S.M.T.,S.P.M.T.,Grand Cordon of the Orders
of Merit(Federal Republic Germany),Grand Cordon Of The Order Of Golden
Hearts(Philippines),Grand Cross Of The Most Exalted Order Of The Queen Of
Sheba(Ethiopia),Grand Cordon Of The Order Of The Precious Crown(Japan),Grand
Cordon Of The Order of Diplomatic Service Merit 1st Class(Korea),Grand Cordon
Of The Order The Pleiades 1st Class(Iran),Grand Cordon Of The Order Of
Mugunghwa(Republic Of Korea).
Puteri kepada YAM Almarhum Tengku Setia Raja Terengganu
Tengku Hitam Omar dan YAM Almarhum Raja Zainab binti Raja Alang ini diputerikan
pada 13 April 1928.Baginda merupakan kerabat diraja Singapura dan dilahirkan di
Singapura.Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Kurau dan
Convent Katong di Singapura.
Bertemu jodoh dengan KDYMM Almarhum Sultan Ismail Nasirudin
Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin 3 April 1944 ketika baginda berusia 16
tahun.Baginda merupakan isteri kedua Almarhum.Namun perkahwinan baginda berdua
tidak menghasilkan sebarang zuriat.Pada 5 November 1945,setelah pihak Jepun
keluar dari Malaya,DYMM Sultan Ali,Sultan Terengganu ketika itu diturunkan
takhta.DYMM Sultan Ismail telah dilantik sebagai Sultan Terengganu yang
baru.Secara automatik Tuanku Intan Zaharah ditabalkan menjadi DYMM Tengku
Ampuan Besar Terengganu.Majlis pertabalan baginda berdua telah diadakan pada 6
June 1949 di Istana Maziah Kuala Terengganu.Tuanku Intan berusia 21 tahun
ketika ditabalkan.Baginda bergelar Tengku Ampuan Besar selama 30 tahun sehingga
kemangkatan suami baginda pada 20 September 1979.Tuanku Intan Zaharah menjadi
Raja Permaisuri Agong ke 5 bermula tahun 1965 hingga 1970.
Ketika zaman muda baginda.
Semasa Tuanku Intan Zaharah menjadi Raja Pemaisuri
Agong,baginda banyak dikurniakan darjah kebesaran dari dalam dan luar
negara.Baginda merupakan antara permaisuri yang mendapat darjah kebesaran
terbanyak.Sebagai contoh pada 7 Februari 1966 baginda telah dianugerahkan Grand
Order of the Mugunghwa daripada Presiden Republik Korea.Pada 6 April 1966 pula
baginda dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Negara (DMN),antara
darjah kebesaran tertinggi negara. Baginda merupakan Penaung Persatuan Pandu
Puteri Terengganu.
Kenangan bersama Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin dan Almarhum Sultan Idris Shah.
Selepas kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin pada
tahun 1979,baginda menggunakan gelaran Yang Maha Mulia Tengku Ampuan
Terengganu.Baginda meneruskan kehidupan secara sederhana di istana.Pada tahun
1998 setelah kemangkatan Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah yang
merupakan anak tiri baginda,baginda dikurniakan gelaran Yang Maha Mulia Tengku
Ampuan Tua Terengganu.Ini kerana gelaran Tengku Ampuan telah diberikan kepada
YMM Tengku Ampuan Bariah.Cucunda tiri baginda DYMM Tuanku Mizan telah menaiki
takhta Terengganu dan menjadi Yang Dipertuan Agong ke 13.Antara hobi baginda
termasuklah bermain badminton dan memancing. Tuanku Intan Zaharah mangkat pada 24 Januari 2015 ketika berusia 87 tahun di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat pneumonia. Jenazah baginda diterbangkan ke Terengganu dan dimakamkan di Makam Diraja Masjid Abidin, bersebelahan makam Almarhum suami baginda. Al- Fatihah untuk Almarhum Tengku Ampuan Tua Tuanku Intan Zaharah.
Antara gambar kenangan YMM Tuanku Intan Zaharah:
Ketika istiadat perkahwinan Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah.
Bersama Tunku Azizah,Tunku Puan Zanariah dan Tunku Puan Nora .
No comments:
Post a Comment