Anda Pengunjung Ke :

Tuesday 4 February 2014

Kenangan Dua Abdul Rahman..


Tanggal 31 Ogos 1957 menyaksikan persitiwa besar berlaku kepada tanah air kita. Kemerdekaan dicapai setelah beratus tahun dijajah. Akhirnya negara kita bergelar sebuah negara merdeka dan mempunyai kerajaan sendiri. Sejurus sahaja laungan MERDEKA!! dilaungkan di Stadium Merdeka, maka bermulalah kerja seluruh rakyat untuk membangunkan sebuah negara baru. Negara kita cukup bertuah apabila seorang putera raja bersungguh-sungguh mengeluarkan negara kita dari kepompong penjajah dan membawa tanah air menuju jalan kemerdekaan. Negara kita yang diberi nama Persekutuan Tanah Melayu mengambil corak pentadbiran Raja Berpelembagaan. Ketua Negara bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong manakala Ketua Kerajaan bergelar Ketua Menteri Persekutuan. 

Sejarah tercipta apabila kedua-dua Ketua Negara dan Ketua Kerajaan mempunyai nama yang sama dan kedua-duanya berdarah Raja. Ketua Negara yang dipilih merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad. Manakala Ketua Kerajaan merupakan putera DiRaja Kedah yang bernama Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Dua Abdul Rahman ini menghiasi pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.

Banyak sejarah awal negara kita terbentuk semasa dua Abdul Rahman ini menduduki pentadbiran tertinggi negara. Hubungan baik yang ditunjukkan dua Abdul Rahman ini memungkinkan kelicinan pentadbiran negara kita. Kabinet pertama dibentuk oleh Tunku Abdul Rahman dengan anggotanya terdiri daripada pelbagai kaum di dalam Persekutuan dan mendapat perkenan Tuanku Abdul Rahman. Sidang Parlimen pertama dirasmikan oleh Tuanku Abdul Rahman selaku Ketua Negara .

Tuanku Abdul Rahman mangkat semasa masih bergelar Yang Di-Pertuan Agong pada 1 April 1960 ketika berusia 65 tahun dan dimakamkan di Makam DiRaja Seri Menanti. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri Persekutuan yang seterusnya bertukar kepada Perdana Menteri sehingga tahun 1970. Tunku Abdul Rahman mangkat pada tahun 1990 ketika berusia 87 tahun dan dimakamkan di Makam DiRaja Langgar,Kedah.

Tuanku Abdul Rahman menyaksikan Tunku Abdul Rahman membaca pengisytiharan kemerdekaan.


Keakraban Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Abdul Rahman.

Menghantar Pesuruhjaya Tinggi British pulang ke England.

Bersama Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Tanah Melayu Sir Donald MacGillivray.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...