Anda Pengunjung Ke :

Monday, 23 March 2015

Hari Kemahkotaan Sultan Johor dan Permaisuri Johor Darul Ta'zim


Setelah 55 tahun berlalu, Istana Besar Johor Bahru sekali kali menyaksikan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Darul Ta'zim. Tanggal 23 Mac 2015 merupakan satu tarikh amat bersejarah apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor Moden ke 5 manakala isteri baginda Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor. Kali terakhir Istiadat kemahkotaan ini diadakan adalah pada 22 Februari 1960 dimana nenda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Almarhum Sultanah Aminah dimahkotakan sebagai Sultan dan Sultanah Johor. 

Istiadat bermula dengan keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke perkarangan Istana Besar pada pukul 9.35 pagi. Sultan Ibrahim memakai uniform rasmi berwarna biru gelap manakala Raja Zarith memakai baju kurung Johor warna sedondon. Baginda seterusnya menerima tabik hormat daripada Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum lagu Bangsa Johor dimainkan. Seterusnya baginda berdua menaiki Tangga Agong menuju ke dalam istana untuk persediaan kemahkotaan. 

Antara Raja-Raja Melayu yang berangkat menyaksikan Istiadat Kemahkotaan ialah Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Hajah Saleha, Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom. dan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah. Turut hadir, kesemua Yang Di Pertua Negeri beserta isteri masing-masing. Negeri Kedah diwakili oleh Yang Di Pertua Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Tan Sri Salehuddin dan isteri Tengku Puan Sri Dato' Seri Maliha Tengku Arif. Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan isteri Che Puan Khaleeda Bustamam, bonda Sultan Johor Enche Besar Khalsom Abdullah, paduka anakanda Sultan Johor serta kekanda dan adinda baginda. Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datin Seri Rosmah Mansur dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Potret keluarga diraja Johor sempena Hari Kemahkotaan Sultan Johor. Dari kiri, Tunku Putera Tunku Abu Bakar, Tunku Panglima Tunku Iman, Che Puan Khaleeda, Tunku Mahkota Tunku Ismail, Sultan Ibrahim, Permaisuri Zarith Sofiah, Tunku Temenggong Tunku Idris, Tunku Laksamana Tunku Jalil, Tunku Tun Aminah dan Enche Besar Khalsom.

Istiadat Kemahkotaan bermula apabila pasangan diraja yang memakai kain pelayang diraja diiringi menuju ke singgahsana Apabila baginda selamat bersemayam di atas takhta, Menteri Besar Johor Dato' Seri Khaled Nordin membacakan pemashuran istiadat kemahkotaan. Kemudiannya, Yang Di Pertua Jummah Majlis Diraja Johor memohon perkenan baginda berdua untuk dimahkotakan. Sultan Ibrahim memberikan titah diraja dan lafaz ikrar disusuli dengan bacaan ayat Al Quran Ayat 26 daripada Surah Ali Imran oleh Timbalan Mufti Johor Dato' Yahya Ahmad. 

Acara kemuncaknya berlangsung apabila Mufti Kerajaan Johor Dato' Tahrir Shamsuddin meletakkan Mahkota Kerajaan di atas jemala Sultan Ibrahim dan seterusnya meletakkan Mahkota Permaisuri di atas jemala Raja Zarith Sofiah diiringi selawat. Serentak dengan itu tembakan meriam 21 das kedengaran. Lagu Bangsa Johor dimainkan lalu doa selamat dibacakan oleh Dato' Yahya Ahmad. Seterusnya para anakanda baginda serta kerabat Menghadap Takzim diikuti oleh Menteri Besar dan isteri serta Yang Di Pertua Jumaah Majlis Diraja Johor.

Setelah acara di dalam istana selesai, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berangkat keluar dari Bilik Singgahsana untuk ke Anjung Istana untuk menerima lintas hormat udara, Selesai lintas hormat udara, pasangan diraja menuruni Tangga Agong untuk acara perarakan diraja sekitar bandaraya Johor Bahru. Baginda berdua menaiki kenderaan rasmi iaitu kereta Mercedes-Benz 600 untuk perjalanan sejauh 7 kilometer dari Istana Besar ke Istana Bukit Serene. Sepanjang perjalanan, baginda berdua melambai kepada rakyat jelata yang menunggu baginda ditepi jalan bagi meraikan kemahkotaan sultan mereka yang dicintai ini. Lebih kurang 40,000 rakyat Johor turut serta dalam istiadat ini. Istiadat Kemahkotaan ini disiarkan secara langsung di TV 1 bagi memudahkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan istiadat penuh bersejarah ini. 

DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!!


Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke Istana Besar.

Tetamu diraja yang berangkat ke Istiadat Kemahkotaan.


Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berangkat menuju ke singgahsana.


Dari kanan : Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Raja Isteri Anak Saleha, Sultan Terengganu Sultan Mizan, Sultanah Nur Zahirah, Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda, Tun Khalil Yaacob dan Toh Puan Zurina, Tun Taib Mahmud dan Toh Puan Ragad, Tan Sri Muhyiddin dan Puan Sri Norainee, Enche Besar Khalsom Abdullah, Tunku Tun Aminah dan Tunku Jalil Sultan Ibrahuim.

Sultan Ibrahim menyampaikan titah diraja.

Mufti Johor Dato' Tahrir Shamsuddin meletakkan Mahkota Kerajaan di kepala DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Mufti Johor Dato' Tahrir Shamsuddin meletakkan Mahkota Permaisuri di atas kepala DYMM Permaisuri Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Sultan Ibrahim dan Permaisuri Zarith Sofiah mengaminkan doa setelah kedua-dua mahkota selamat diletakkan di atas jemala baginda berdua.

Pasangan diraja berangkat meninggalkan singgahsana dan menuju ke Tangga Agong setelah selamat dimahkotakan.

Sultan Ibrahim memberikan tabik hormat sejurus sahaja keluar dari pintu Istana Besar.

Sultan Ibrahim memimpin tangan Raja Zarith Sofia menuruni Tangga Agong.

Lambaian pasangan diraja kepada rakyat jelata yang setia menunggu kelibat sultan dan permaisuri kesayangan mereka.

Pasangan diraja menaiki kenderaan rasmi kemahkotaan untuk bersua dengan rakyat jelata sesudah istiadat kemahkotaan selesai,


Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

5 comments:

  1. Tugas mufti cuma meletakkan mahkota atas kepala sultan dan permisuri aja ke? Tak rasa bersalah ke mufti bila meletakkan mahkota atas perempuan bukan muhrim yg tak menutup aurat? Apa tugas mufti sebenarnya? Tidakkah sebahagian tugas mufti sepatutnya menasihatkan kemungkaran ugama didepan mata. Tengok keluarga sultan, dari bonda, isteri, anak perempuan, menantu semuanya togel tak menutup aurat. Mufti pulak bukan shj dapt gaji didunia ni, dpt gaji menanggung sama dosa dan akan dibayar diakhirat nanti.

    ReplyDelete
  2. Dimana adik beradik Sultan yg berbondakan Tengku Zanariah? Tidak pernah nampak kelibat dan berita mereka dalam apa jua upacara diraja Johor sejak ayahanda Sultan mangkat. Mana mereka ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang hadir tadi hanya YAM Tunku Abdul Majid Sultan Iskandar dan isteri Tunku Teh Mazni

      Delete
  3. Ni budaya belah mana ye. Tanya je

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...