Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol, Datuk Johan Lela
Perkasa Setiawan , Datuk Mohd Jan Abdul Ghani, D.T.N.S., dilucutkan jawatan
sebagai Undang Luak Johol ke-14 berkuatkuasa 27 Mac 2016. Keputusan untuk
memecat Datuk Mohd Jan diputuskan oleh kesemua datuk-datuk tertinggi Lembaga
Adat Luak Johol setelah beberapa kali mengadakan kerapatan(mesyuarat).
Pemecatan itu diisytiharkan secara rasmi oleh Datuk Jenang Zakaria Mohamad, di
hadapan Datuk Mohd Jan sendiri dan dihadiri oleh Buapak Yang Enam, dan Datuk Batin
di Balai Undang Luak Johol. Jawatan Undang Luak Johol kini diisi oleh Timbalan
Undang Luak Johol, Datuk Baginda Tan Mas, Datuk Muhammad Abdullah.
Datuk Jenang Zakaria membaca 13 kesalahan yang dilakukan
oleh Datuk Mohd Jan dan pemecatan beliau dibuat selaras dengan Undang-Undang
Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan Perlembagaan Persekutuan. Menurut Ketua
Buapak Yang Enam, Datuk Nenggarang Hasanuddin Ahmad, kesalahan yang dilakukan
oleh Datuk Mohd Jan telah mula dikesan semenjak beliau dilantik sebagai 13 Mac
2007. Antara kesalahan yang dilakukan oleh beliau adalah seperti melakukan
perkara yang membelakangkan Buapak Yang Enam, sistem pemerintahan beliau
dipengaruhi oleh orang-orang sekelilingnya yang mempunyai kepentingan peribadi.
Isu terbaru adalah berkenaan pengurniaan darjah kehormat dan penghargaan oleh
Balai Undang Luak Johol pada 10 Ogos 2015 telah melanggar undang-undang tubuh
kerajaan negeri.Mohd Jan adalah Undang Luak Johol yang pertama dipecat selepas
institusi itu diasaskan pada tahun 1723 oleh Puteri Sitiawan apabila Johol
tidak lagi bernaung di bawah Kesultanan Johor.
Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dilapor
berkata, tindakan Mohd Jan sebagai Undang Johol pada waktu itu adalah tidak
selaras dengan Perkara 26, Bab 7 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Datuk
Jenang Zakaria berkata, pemecatan Datuk Mohd Jan sudah dimaklumkan kepada
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku
Munawir, selaku Pengerusi Dewan Keadilan dan Undang hari ini.
Sehubungan itu, Datuk Mohd Jan dan keluarganya diarahkan
oleh Datuk Jenang Zakaria untuk mengosongkan Balai Undang Luak Johol di
Renggoh, Kuala Pilah dengan segera. Datuk Mohd Jan, 75, dilantik Undang
Luak Johol ke-14 pada 13 Mac 2007 selepas penyandang terdahulu, Datuk Abdul Ali
meninggal dunia. Datuk Mohd Jan selaku Pembesar Memerintah bersama dengan
Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau terbabit
dalam pemilihan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar pada tahun 2009.
Kena di lucut kan jawatan nya ?
ReplyDeleteApa peranan/fungsi sebenarnya dato undang ini admin ? Dan siapa pengantin dato undang sekarang ini ?
ReplyDeleteUndang 4 dan tunku besar tampin, menjaga kawasan masing2..dan segala keputusan dr raja negeri dibincang bersama sblum keputusan diambil..undang 4 dan tunku besar tampin ni pembesar negeri, definasi taraf sama dgn raja negeri sembilan..ada kuasa melantik, melucut dan bg pangkat.
Deletesenang kata, n9 je yg ada ramai raja dlm negeri..tp 1 je yg dipilih dlm utk negeri utk mentadbir..
DeleteTerima kasih memberi infro saudara.
DeleteBaginda Tan Mas diisi oleh siapa.keturunan Suku Tiga Batu
ReplyDeleteSiapa penghulu sako Gemencheh skng.
ReplyDeleteJawatan Undang Luak Johol dan Baginda Tan Mas diisi berdasarkan giliran bagi Waris Johol dan Waris Gemencheh. Sekiranya Dato' Undang dilantik daripada Waris Johol, maka jawatan Dato Baginda akan diisi oleh Waris Gemencheh dan seterusnya.
ReplyDeleteBagaimanapun, sejak 2016, keputusan dibuat secara sebulat suara oleh pembesar-pembesar Luak Johol dan Suku Biduanda Waris Johol bahawa giliran menyandang Dato' Undang Luak Johol dan Baginda Tan Mas dilakukan antara Suku Biduanda Waris Johol di-Baruh & Waris Johol di-Bukit sahaja.
jawatan Baginda Tan Mas telah ditukar nama Dato Baginda Luak Johol.. sekarang disandang oleh Tuan Hj. Sahabudin bin Ibrahim, 65 tahun, dari Suku Biduanda Waris Perut Bukit Luak Johol. Hj. Sahabudin ialah mantan Guru Besar.
ReplyDelete