Anda Pengunjung Ke :

Monday, 31 July 2017

PEWARIS : DYTM Tengku Amir Shah.


Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Darul Ehsan
Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj
D.K., S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.(Kelantan).


Duli Yang Teramat MuliaTengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah diputerakan pada 12 Disember 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat. Baginda merupakan putera kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (kini Sultan Selangor) dan Yang Amat Berbahagia Cik Puan Nur Lisa Idris. Bonda baginda merupakan wanita yang berasal dari Amerika Syarikat. Tengku Amir merupakan anakanda bongsu daripada 3 beradik dan putera tunggal kepada Sultan Sharafuddin. Baginda mendapat pendidikan rendah dan menengah di Alice Smith School, Kuala Lumpur. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran di Wellington College, Amerika Syarikat pada tahun 2004 sehingga peringkat A-Level dan telah menamatkan pengajian pada tahun 2009. Baginda seterusnya menyambung pengajian di Leeds University, United Kingdom dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ecology and Environmental Biology pada tahun 2014. 


Tengku Amir Shah dilantik sebagai Raja Muda Selangor pada 3 Mei 2002 ketika berusia 12 tahun. Namun, baginda hanya akan ditabalkan apabila usia baginda mencecah 21 tahun. Sebab itulah pada 8 Oktober 2016, ketika baginda berusia 26 tahun, barulah baginda ditabalkan sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor yang ke-9. 


Tengku Amir Shah juga minat dalam bidang ketenteraan. Baginda mengikuti kursus persediaan ketenteraan di Kem Port Dickson sebelum menyambung latihan di Royal Military Academy di Sandhurst, United Kingdom dan menamatkan latihan pada bulan April 2016. Pada 19 Julai 2016, Tengku Amir Shah telah mendapat Watikah Tauliah Pegawai Muda Tentera Darat Tauliah Luar Negara dengan menerima pangkat Leftenan Muda di PARAWOOD Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (RRD) di Kem Terendak, Melaka.  

Menerima ucapan tahniah daripada ayahanda baginda ketika dikurniakan pangkat Leftenan Muda.

Sebagai seorang Raja Muda yang masih belia, baginda amat prihatin dengan pembangunan belia terutamanya di negeri Selangor. Bermula tahun 2014, baginda baginda terlibat dalam persatuan belia di sekitar Shah Alam. Baginda merupakan Penaung DiRaja Selangor Youth Community (SAY). Baginda juga amat prihatin dengan alam sekitar. Sebab itulah berbasikal merupakan sukan kegemaran baginda. Baginda juga Penaung DiRaja penyokong bola sepak negeri Selangor atau Red Giants. Selain itu baginda juga penaung pertubuhan amal seperti Cheshire Home dan juga Yayasan Raja Muda Selangor semenjak tahun 2003. Antara hobi baginda ialah sukan golf dan bola sepak selain daripada sukan lasak. 

Ketika graduasi baginda.

Baginda juga merupakan Penaung Diraja bagi Pertubuhan Kebajikan Selangor dan Make A Wish Malaysia. Baginda sering menyertai program-program kesedaran kesihatan kepada masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Tengku Amir Shah juga aktif menghadiri majlis-majlis keagamaan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti majlis berbuka puasa dan majlis perasmian masjid. 


Sebagai pewaris takhta utama negeri Selangor, baginda telah dianugerahi dengan Darjah Kerabat Yang Amat DiHormati (D.K.) Selangor pada 11 Disember 2016 selepas ditabalkan sebagai Raja Muda Selangor. Baginda juga penyandang Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato' Seri serta Darjah Seri Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran Dato' Setia. Disebabkan keakraban diantara keluarga diraja Selangor dan Kelantan, Tengku Amir Shah telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (S.P.M.K.) oleh KDYMM Sultan Muhammad V pada tahun 2011. 

Potret rasmi selaku DYTM Raja Muda Selangor.

Gambar kenangan bersama Almarhum Sultan Azlan Shah.



Tengku Amir Shah ketika berusia 12 tahun berangkat ke Istiadat Kemahkotaan ayahanda baginda.

Tengku Amir Shah bersama paduka ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin.

Tengku Amir Shah menerima D.K. Selangor daripada ayahanda baginda.

Friday, 28 July 2017

Wajah KDYMM Sultan Muhammad V ketika kecil dan muda.



Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V diputerakan sebagai Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Tengku Mahkota Tengku Ismail Petra pada 6 Oktober 1969. Ketika itu ayahanda baginda bergelar Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan manakala nenda baginda adalah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Sultan Muhammad V membesar disamping keluarga diraja Kelantan dengan penuh kasih sayang. Baginda diberikan pendidikan secukupnya sebagai pewaris takhta utama negeri Kelantan Darul Naim. Pada tahun 1979, ayahanda baginda menaiki takhta negeri Kelantan dengan bergelar KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra. Sultan Muhammad V ketika itu baru sahaja berusia 10 tahun dan menduduki tangga teratas senarai pewaris takhta negeri. Pada 6 Oktober 1985, baginda dilantik sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Ketika itu baginda berusia 16 tahun. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu dan seterusnya ke Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur. Pada tahun 1989, ketika berusia 20 tahun baginda melanjutkan pelajaran ke St.Cross College, Oxford dalam bidang Pengajian Diplomatik. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam di Oxford Centre. Baginda menaiki takhta negeri Kelantan pada tahun 2010 kerana ayahanda baginda gering dan tidak dapat menjalankan fungsi sebagai Sultan dan Ketua Negeri. Baginda dipilih sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong pada tahun 2011 dan ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 pada 24 April 2017. Berikut merupakan wajah-wajah Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V ketika baginda masih bayi, ketika kecil dan ketika baginda remaja.

Ketika baginda masih bayi.








Ketika baginda remaja.


Ketika menamatkan pengajian di University of Oxford.

Sunday, 23 July 2017

Pameran Raja Kita Di Muzium DiRaja Kuala Lumpur (Bahagian 3).

Editor Warisan Permaisuri Melayu bergambar disebelah potret rasmi Seri Paduka Baginda Yang D-Pertuan Agong.

Kerusi singgahsana ditukar kepada kerusi singgahsana yang lama.

Editor Warisan Permaisuri dan dua orang rakan bergambar di hadapan singgahsana.

Skrin sentuh yang menunjukkan regalia dan alat kebesaran diraja.



Sebahagian regalia dan alat kebesaran Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang dipertontonkan kepada pengunjung:


MUSKAT (PAKAIAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG).



TENGKOLOK DIRAJA.



PENDING DIRAJA.





KERIS PENDEK DIRAJA.



KERIS PANJANG DIRAJA.


COKMAR.




COGAN ALAM DAN COGAN AGAMA.



POTRET SERI-SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA SEHINGGA KE 15.


Rakaman TV yang menyiarkan Istiadat Pertabalan.




SURAT PERISYTIHARAN MAJLIS RAJA-RAJA.



SURAT SUMPAH JAWATAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG.



Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...