Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Darul Ehsan
Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj
D.K., S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.(Kelantan).
Duli Yang Teramat MuliaTengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah diputerakan pada 12 Disember 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat. Baginda merupakan putera kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (kini Sultan Selangor) dan Yang Amat Berbahagia Cik Puan Nur Lisa Idris. Bonda baginda merupakan wanita yang berasal dari Amerika Syarikat. Tengku Amir merupakan anakanda bongsu daripada 3 beradik dan putera tunggal kepada Sultan Sharafuddin. Baginda mendapat pendidikan rendah dan menengah di Alice Smith School, Kuala Lumpur. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran di Wellington College, Amerika Syarikat pada tahun 2004 sehingga peringkat A-Level dan telah menamatkan pengajian pada tahun 2009. Baginda seterusnya menyambung pengajian di Leeds University, United Kingdom dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ecology and Environmental Biology pada tahun 2014.
Tengku Amir Shah dilantik sebagai Raja Muda Selangor pada 3 Mei 2002 ketika berusia 12 tahun. Namun, baginda hanya akan ditabalkan apabila usia baginda mencecah 21 tahun. Sebab itulah pada 8 Oktober 2016, ketika baginda berusia 26 tahun, barulah baginda ditabalkan sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor yang ke-9.
Tengku Amir Shah juga minat dalam bidang ketenteraan. Baginda mengikuti kursus persediaan ketenteraan di Kem Port Dickson sebelum menyambung latihan di Royal Military Academy di Sandhurst, United Kingdom dan menamatkan latihan pada bulan April 2016. Pada 19 Julai 2016, Tengku Amir Shah telah mendapat Watikah Tauliah Pegawai Muda Tentera Darat Tauliah Luar Negara dengan menerima pangkat Leftenan Muda di PARAWOOD Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (RRD) di Kem Terendak, Melaka.
Menerima ucapan tahniah daripada ayahanda baginda ketika dikurniakan pangkat Leftenan Muda.
Sebagai seorang Raja Muda yang masih belia, baginda amat prihatin dengan pembangunan belia terutamanya di negeri Selangor. Bermula tahun 2014, baginda baginda terlibat dalam persatuan belia di sekitar Shah Alam. Baginda merupakan Penaung DiRaja Selangor Youth Community (SAY). Baginda juga amat prihatin dengan alam sekitar. Sebab itulah berbasikal merupakan sukan kegemaran baginda. Baginda juga Penaung DiRaja penyokong bola sepak negeri Selangor atau Red Giants. Selain itu baginda juga penaung pertubuhan amal seperti Cheshire Home dan juga Yayasan Raja Muda Selangor semenjak tahun 2003. Antara hobi baginda ialah sukan golf dan bola sepak selain daripada sukan lasak.
Ketika graduasi baginda.
Baginda juga merupakan Penaung Diraja bagi Pertubuhan Kebajikan Selangor dan Make A Wish Malaysia. Baginda sering menyertai program-program kesedaran kesihatan kepada masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Tengku Amir Shah juga aktif menghadiri majlis-majlis keagamaan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti majlis berbuka puasa dan majlis perasmian masjid.
Sebagai pewaris takhta utama negeri Selangor, baginda telah dianugerahi dengan Darjah Kerabat Yang Amat DiHormati (D.K.) Selangor pada 11 Disember 2016 selepas ditabalkan sebagai Raja Muda Selangor. Baginda juga penyandang Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato' Seri serta Darjah Seri Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran Dato' Setia. Disebabkan keakraban diantara keluarga diraja Selangor dan Kelantan, Tengku Amir Shah telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (S.P.M.K.) oleh KDYMM Sultan Muhammad V pada tahun 2011.
Potret rasmi selaku DYTM Raja Muda Selangor.
Gambar kenangan bersama Almarhum Sultan Azlan Shah.
Tengku Amir Shah ketika berusia 12 tahun berangkat ke Istiadat Kemahkotaan ayahanda baginda.
Tengku Amir Shah bersama paduka ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin.
Tengku Amir Shah menerima D.K. Selangor daripada ayahanda baginda.
Sangat teruja bila melihat raja-raja Kelantan, so inspiring... ;)
ReplyDeleteSEGAK DAN BERGAYA,VERY WELL PREPARED
ReplyDeleteSEGAK DAN BERGAYA,VERY WELL PREPARED
ReplyDeleteBila agaknya boleh berkenalan...
ReplyDeleteHarapan patik sudi kiranya tuanku menjadi ayahanda patik - kosong satu tujuh tiga satu lima, lima enam tujuh kosong...
ReplyDelete