Anda Pengunjung Ke :

Sunday, 17 January 2016

Khas Sempena Keputeraan Sultan Kedah : Istiadat Perkahwinan DiRaja 1956.


Bersempena dengan Hari Keputeraan Rasmi KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Yang Ke-88 pada 17 Januari 2016, WARISAN PERMAISURI MELAYU membawakan segmen khas iaitu Istiadat Persandingan DiRaja diantara Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dengan Almarhum Sultanah Bahiyah yang diadakan pada tahun 1956. 


Pertemuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Tunku Abdul Halim Ibni Sultan Badlishah dengan Yang Teramat Mulia Tunku Bahiyah Binti Tuanku Abdul Rahman di England membibitkan rasa cinta antara keduanya. Putera kepada Sultan Kedah dan Puteri kepada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ini telah diijabkabulkan sebagai suami isteri pada tanggal 9 Mac 1956 di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan Darul Khusus. Istiadat perkahwinan diraja ini diakan secara gilang gemilang bermula daripada Istiadat merisik, meminang, hantar belanja dan mas kahwin, akad nikah, istiadat persandingan dan istiadat bersiram. 

Istiadat persandingan diraja diadakan di Balairong Seri Istana Seri Menanti. Istiadat ini dihadiri oleh ayahanda pengantin perempuan DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan bonda pengantin perempuan DYMM Tuanku Kurshiah Binti Tunku Besar Burhanuddin, ayahanda pengantin lelaki KDYMM Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan KDYMM Sultanah Asma Binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, ayahanda saudara pengantin lelaki YTM Tunku Abdul Rahman dan seluruh kerabat Negeri Sembilan dan Kedah.

Tunku Abdul Halim dan Tunku Bahiyah bersalam dengan Sultan Badlishah dan Sultanah Asma.

Selain itu, Istiadat bersiram merupakan antara istiadat yang menarik perhatian. Istiadat ini diakan pada hari ketiga didalam istiadat perkahwinan diraja. Kedua mempelai duduk bersemayam di atas panca persada dan disiram oleh pembesar negeri. Tetamu yang datang juga tidak ketinggalan untuk menyimbah air diantara satu sama lain. Pada ketika itu, perkahwinan diraja ini merupakan perkahwinan masyarakat Melayu paling meriah dan gilang gemilang. Tunku Abdul Halim menjadi Sultan Kedah pada tahun 1958 dan Tunku Bahiyah bergelar Sultanah Kedah.

Ayahanda dan bonda pengantin perempuan ketika istiadat hantar belanja.

Istiadat Persandingan :




Tunku Abdul Rahman menepung tawar pengantin.


Ayahanda Tunku Bahiyah, Tuanku Abdul Rahman menepung tawar pengantin.

Istiadat Bersiram :

Pengantin diraja diarak menuju ke Panca Persada.





Friday, 15 January 2016

Pemakaman Almarhum Tunku Alif.


Jenazah Almarhum Tunku Alif Hussein Saifuddin Al Amin Ibni Tuanku Muhriz telah selamat disemadikan di Makam DiRaja Seri Menanti pada pukul 7.00 malam 15 Januari 2016. Almarhum yang merupakan putera bongsu Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud disemadiakan bersebelahan makam nendanya Almarhum Tuanku Ampuan Durah. 

Sebelum itu, jenazah Almarhum tiba di Istana Besar Seri Menanti pada pukul 3.55 petang.Jenazah beliau dibawa dari Istana Munarah Seremban dan diiringi oleh ayahanda dan bonda Almarhum. Istiadat penghormatan terakhir dan solat jenazah diadakan di Istana Besar Seri Menanti.


Jenazah dibawa keluar dari Istana Besar Seri Menanti menggunakan van jenazah Angkatan Tentera Malaysia pada pukul 5.30 petang dan tiba di Makam DiRaja Seri Menanti pada pukul 5.35 petang. Hujan lebat mengiringi perjalanan terakhir Almarhum Tunku Alif.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud mengiringi jenazah Almarhum bersama kaum kerabat diraja. Turut mengiringi ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin serta barisan exco kerajaan negeri.


Wajah sedih ayahanda dan bonda Almarhum Tunku Alif.

Terdahulu solat jenazah diadakan di Istana Besar dan penghormatan terakhir diadakan selama sejam bermula pukul 4 petang yang dihadiri kira-kira 500 tetamu kehormat dan orang awam. Istiadat siram jenazah dimulakan oleh Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani serta dua lagi anakanda baginda iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-'Abidin. Suasana pilu menyelubungi perkarangan makam ketika istiadat siram berlangsung




Hujan lebat mengiringi istiadat pemakaman.



Tuanku Muhri menyiram air mawar ke pusara anakanda baginda.


Tangisan seorang ayah.

Sayu seorang ibu yang melahirkan.




Thursday, 14 January 2016

Putera Bongsu Tuanku Muhriz Mangkat.

                                       AL FATIHAH...


Bismillahirrahmanirrahim. Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tunku Alif Hussein Saifuddin Al Amin Ibni Tuanku Muhriz telah mangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.15 pagi. Beliau berusia 31 tahun. Tunku Alif merupakan putera bongsu kepada DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Tunku Alif.

AL FATIHAH

buat

ALMARHUM YANG AMAT MULIA TUNKU ALIF HUSSEIN SAIFUDDIN AL AMIN IBNI TUANKU MUHRIZ.


Tuesday, 12 January 2016

Putera Bongsu Tuanku Muhriz Gering.

Tuanku Aishah dan Tunku Alif.

Putera bongsu Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al Amin Ibni Tuanku Muhriz, 32 dikhabarkan sedang gering dan dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz,Cheras Kuala Lumpur. Justeru, bersempena Hari Keputeraan Baginda ke-68 pada 14 Januari, beberapa program perlu ditangguh dan dibatalkan. Menurut Menteri Besar Dato' Seri Utama Mohamad Hassan, Tuanku Muhriz perlu bersama putera baginda di hospital. 

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Dato' Selamat Paigo meminta semua masjid di Negeri Sembilan supaya mengadakan solat sunat hajat memohon kesihatan kepada putera bongsu Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani itu. 


Notis solat sunat hajat untuk Tunku Alif.

Notis pembatalan dan penangguhan program.

Monday, 11 January 2016

CEMPAKASARI Oleh Almarhum Sultan Idris Shah.



Lagu : Cempaka Sari
Lirik : Almarhum Sultan Idris Shah Afifullah.
Penyanyi : Tan Sri Dr S.M Salim.


Cempaka Sari namanya pulau,
Tempat semayam saorang Raja,
Terkenal adilnya di zaman lampau,
Sultan Iskandar nama baginda, 
Raja berdaulat negeri bertuah,
Sultan Perak yang ke lima belas,
Raja adil Raja yang disembah,
Rakyat bernaung bermohon belas,

Banyak riwayat di Cempaka Sari,
Jadi sejarah dalam kenangan,
Kemudian digelar Indera Sakti,
Di situ mangkat baginda Sultan,

Cempaka Sari di hilir sungai,
Terkenal megah indah permai.



Pulau Cempaka Sari terletak di Parit, daerah Perak Tengah. Pulau Cempaka Sari pernah menjadi pusat pemerintahan negeri Perak di bawah Paduka Seri Sultan Perak Ke-15, Sultan Iskandar Dzulkarnain sebelum pusat pemerintahan berpindah ke Pulau Indera Sakti pada tahun 1754. Almarhum Sultan Idris Shah, Sultan Perak Ke-33 menulis lagu ini untuk ditujukan kepada Almarhum Sultan Iskandar.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...