Anda Pengunjung Ke :

Tuesday, 12 July 2016

Kad Raya KDYMM Sultan Pahang 2016.

Menjujung kasih KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Darul Makmur Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom dan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Muadzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah diatas kurniaan kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitiri 1437 Hijrah. Daulat Tuanku.





Potret Sultan Pahang, Sultanah Pahang, dan Tengku Arif Temenggong Pahang.


Kad Raya Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Menjunjung kasih Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong  Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di atas pengurniaan kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah. 






Potret Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Monday, 11 July 2016

Kad Raya Raja Perlis 2016.

Menjunjung kasih setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid diatas pengurniaan kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah. Semoga Allah S.W.T. merahmati dan memberikan kesihatan yang baik kepada Tuanku berdua. Daulat Tuanku.


Pandangan hadapan kad raya dihiasi dengan gambar Istana Arau.

Potret wajah Tuanku berdua beserta ucapan Salam Aidilfitri,


Tandatangan Tuanku berdua.


Pandangan belakang kad tertulis Istana Arau.

Tuesday, 5 July 2016

Agong Berkenan Memberi Titah Sempena Aidilfitri.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan memberikan titah ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah. Titah capan yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira jam 9.00 malam itu memperlihatkan Tuanku berdua memberi titah sempena hari raya secara berasingan. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada Tuanku berdua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.









5 Julai : Hari Keputeraan YAM Tunku Puan Zanariah.


Monday, 4 July 2016

Kad Raya DYMM Sultan Johor 2016.

Menjunjung kasih kehadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Ta'zim Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah diatas pengurniaan kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437 Hirjah. Semoga Allah merahmati Tuanku berdua. Daulat Tuanku !!!




Potret Sultan dan Permaisuri Johor ketika pertabalan.

Tandatangan DYMM Sultan Ibrahim.

Kad Raya TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni di atas kurniaan kad raya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah. Semoga Allah merahmati dan memberikan kesihatan yang baik kepada T.Y.T. Tun Juhar dan Y.A.Bhg Toh Puan Norlidah.


Bahagian hadapan kad dihiasi gambar bunga orkid yang diberi ama Perreiraara Tun Dr Juhar.


Potret T.Y.T. Tun dan Y.A.Bhg Toh Puan.

Tandatangan T.Y.T. Tun dan Y.A.Bhg Toh Puan.

Bahagian belakang kad mengandungi gambar Istana T.Y.T. Yang Di-Pertua Negeri.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...