Link berkaitan Almarhum Tuanku Intan Zaharah :
Anda Pengunjung Ke :
Sunday, 24 January 2016
24 Januari : Hari Keputeraan Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin.
Al - Fatihah..
DALAM KENANGAN.
Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Nasiruddin Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin,
D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.T., D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), D.K.(Perak), D.K.(Pahang), Knight of the Order of Rajamithrabhorn(Thailand), Collar of the Order of the Pahlavi(Iran), Grand Cordon of the Order of Chrysanthemum(Japan), Grand Cordon of the Order of Queen Sheba with Collar(Ethiopia), Grand Cross of Merit Special Class of the Bundesverdienstkeuz(Republic of Germany), The Grand Order of Mugunghwa(Republic of South Korea), Raja of the Order of Sikatuna(Philippines), Order of the Republic 1st Class Adipurna(Republic of Indonesia), Knight Commander of the Order of St Michael & St George(United Kingdom), King George V Silver Jubilee Medal, King George VI Coron. Medal, Queen Elizabeth II Coronation Medal.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Keempat (1965-1970).
Sultan Terengganu Darul Iman Ke-15 (1945-1979).
24. Januari.1907 - 20.September.1979
Semoga ALLAH S.W.T. Mencucuri Rahmat ke atas Roh Almarhum.
Biodata Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah :
Sunday, 17 January 2016
Khas Sempena Keputeraan Sultan Kedah : Istiadat Perkahwinan DiRaja 1956.
Bersempena dengan Hari Keputeraan Rasmi KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Yang Ke-88 pada 17 Januari 2016, WARISAN PERMAISURI MELAYU membawakan segmen khas iaitu Istiadat Persandingan DiRaja diantara Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dengan Almarhum Sultanah Bahiyah yang diadakan pada tahun 1956.
Pertemuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Tunku Abdul Halim Ibni Sultan Badlishah dengan Yang Teramat Mulia Tunku Bahiyah Binti Tuanku Abdul Rahman di England membibitkan rasa cinta antara keduanya. Putera kepada Sultan Kedah dan Puteri kepada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ini telah diijabkabulkan sebagai suami isteri pada tanggal 9 Mac 1956 di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan Darul Khusus. Istiadat perkahwinan diraja ini diakan secara gilang gemilang bermula daripada Istiadat merisik, meminang, hantar belanja dan mas kahwin, akad nikah, istiadat persandingan dan istiadat bersiram.
Istiadat persandingan diraja diadakan di Balairong Seri Istana Seri Menanti. Istiadat ini dihadiri oleh ayahanda pengantin perempuan DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan bonda pengantin perempuan DYMM Tuanku Kurshiah Binti Tunku Besar Burhanuddin, ayahanda pengantin lelaki KDYMM Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan KDYMM Sultanah Asma Binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, ayahanda saudara pengantin lelaki YTM Tunku Abdul Rahman dan seluruh kerabat Negeri Sembilan dan Kedah.
Tunku Abdul Halim dan Tunku Bahiyah bersalam dengan Sultan Badlishah dan Sultanah Asma.
Selain itu, Istiadat bersiram merupakan antara istiadat yang menarik perhatian. Istiadat ini diakan pada hari ketiga didalam istiadat perkahwinan diraja. Kedua mempelai duduk bersemayam di atas panca persada dan disiram oleh pembesar negeri. Tetamu yang datang juga tidak ketinggalan untuk menyimbah air diantara satu sama lain. Pada ketika itu, perkahwinan diraja ini merupakan perkahwinan masyarakat Melayu paling meriah dan gilang gemilang. Tunku Abdul Halim menjadi Sultan Kedah pada tahun 1958 dan Tunku Bahiyah bergelar Sultanah Kedah.

Ayahanda dan bonda pengantin perempuan ketika istiadat hantar belanja.
Istiadat Persandingan :
Tunku Abdul Rahman menepung tawar pengantin.
Ayahanda Tunku Bahiyah, Tuanku Abdul Rahman menepung tawar pengantin.
Istiadat Bersiram :
Pengantin diraja diarak menuju ke Panca Persada.
Saturday, 16 January 2016
Friday, 15 January 2016
Pemakaman Almarhum Tunku Alif.
Jenazah Almarhum Tunku Alif Hussein Saifuddin Al Amin Ibni Tuanku Muhriz telah selamat disemadikan di Makam DiRaja Seri Menanti pada pukul 7.00 malam 15 Januari 2016. Almarhum yang merupakan putera bongsu Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud disemadiakan bersebelahan makam nendanya Almarhum Tuanku Ampuan Durah.
Sebelum itu, jenazah Almarhum tiba di Istana Besar Seri Menanti pada pukul 3.55 petang.Jenazah beliau dibawa dari Istana Munarah Seremban dan diiringi oleh ayahanda dan bonda Almarhum. Istiadat penghormatan terakhir dan solat jenazah diadakan di Istana Besar Seri Menanti.
Jenazah dibawa keluar dari Istana Besar Seri Menanti menggunakan van jenazah Angkatan Tentera Malaysia pada pukul 5.30 petang dan tiba di Makam DiRaja Seri Menanti pada pukul 5.35 petang. Hujan lebat mengiringi perjalanan terakhir Almarhum Tunku Alif.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni
Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah
Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud mengiringi jenazah Almarhum bersama
kaum kerabat diraja. Turut mengiringi ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan
dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin serta barisan exco
kerajaan negeri.
Wajah sedih ayahanda dan bonda Almarhum Tunku Alif.
Terdahulu solat jenazah diadakan di Istana Besar dan penghormatan terakhir
diadakan selama sejam bermula pukul 4 petang yang dihadiri kira-kira 500 tetamu
kehormat dan orang awam. Istiadat siram jenazah dimulakan oleh Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani
serta dua lagi anakanda baginda iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali
Redhauddin dan Tunku Zain Al-'Abidin. Suasana pilu menyelubungi perkarangan makam ketika istiadat siram berlangsung
Hujan lebat mengiringi istiadat pemakaman.
Tuanku Muhri menyiram air mawar ke pusara anakanda baginda.
Tangisan seorang ayah.
Sayu seorang ibu yang melahirkan.
Thursday, 14 January 2016
Putera Bongsu Tuanku Muhriz Mangkat.
AL FATIHAH...
Bismillahirrahmanirrahim. Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tunku Alif Hussein Saifuddin Al Amin Ibni Tuanku Muhriz telah mangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.15 pagi. Beliau berusia 31 tahun. Tunku Alif merupakan putera bongsu kepada DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Tunku Alif.
AL FATIHAH
buat
ALMARHUM YANG AMAT MULIA TUNKU ALIF HUSSEIN SAIFUDDIN AL AMIN IBNI TUANKU MUHRIZ.

Wednesday, 13 January 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)




























