Anda Pengunjung Ke :

Thursday 7 March 2013

Dato' Undang Luak Negeri Sembilan dan Tunku Besar Tampin.


Undang Luak Jelebu.

YTM Dato' Musa Bin Wahab,D.T.N.S.,P.J.K.

Yang Teramat Mulia DATO' MENDIKA MENTERI AKHIRUL ZAMAN DATO' MUSA BIN WAHAB  dilahirkan pada 4 September 1937 di Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan.Beliau merupakan Undang Jelebu ke 15.Beliau berasal dari Suku Biduanda Waris Berundang Perut Sarin.Beliau telah dilantik sebagai Undang Jelebu pada 4 Februari 1980 oleh Dato'Menteri Sah Mangku Alang Raja Sari,Pesaka Dato' Mendika Menteri Akhirul Zaman.


Undang Luak Rembau.

YTM Dato' Haji Muhammad Sharif Bin Haji Othman,D.T.N.S.

Yang Teramat Mulia DATO' LELA MAHARAJA DATO' HAJI MUHAMMAD SHARIF BIN HAJI OTHMAN dilahirkan pada 14 Ogos  1941 di Kampung Waris Tebat,Chembong Kecil,Rembau,Negeri Sembilan.Beliau telah dimashyurkan sebagai Undang Luak Rembau ke 21 pada 21 November 1998. Sebelum itu beliau merupakan Orang Besar Undang yang bergelar Dato' Shahbandar iaitu gelaran yang terkanan di antara empat Orang Besar Undang.Beliau berketurunan Lela Maharaja Suku Biduanda,Waris Nan Dua Carak(Perut Tebat). 


Undang Luak Johol.

YTM Dato' Haji Mohd Jan Bin Abdul Ghani,D.T.N.S.

Yang Teramat Mulia DATO' JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN DATO' HAJI MOHD JAN BIN ABDUL GHANI dilahirkan pada 10 Ogos 1940 di Kampung Ulu,Pekan Gemencheh,Negeri Sembilan.Pada 13 Mac 2007,beliau telah diisytiharkan sebagai Undang Luak Johol ke 14 setelah Dato' Undang ke 13 meninggal dunia.Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Dato' Jenang Saidin Bin Abd Aziz dan disaksikan oleh ibu waris,wakil kerajaan negeri serta pegawai kerajaan.


Undang Luak Sungai Ujong.

YTM Dato' Mubarak Bin Dohak,D.T.N.S.

Yang Teramat Mulia DATO' KLANA PETRA SRI JAYA DATO' MUBARAK BIN DOHAK dilahirkan pada 11 November 1961 di Kampung Telaga Udang,Batu 9,Pantai,Negeri Sembilan.Beliau merupakan anak tunggal kepada Allahyarham Thahak@Dohak Bin Dato' Sutan Nara Haji Abu Samah dan Puan Lawiyah Binti Dato' Amar Setia Alwi.Dilantik sebagai Undang Luak Sungai Ujong pada 29 Disember 1993.


YTM Tunku Besar Tampin.

YTM Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al Qadri,D.T.N.S.,P.H.F.,J.P.

Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman diputerakan pada 14 Disember 1962 di Seremban.Baginda telah mendirikan rumah tangga bersama Tunku Isteri Sharlita binti Omar pada 14 Mei 1992.Baginda dilantik sebagai Tunku Besar Tampin setelah kemangkatan ayahandanya Tunku Syed Idrus pada 26 Disember 2005.Tugas mengisytiharkan perlantikan tersebut telah dilaksanakan oleh Yang Mulia Dato' Abdul Razak Bin Tambi,Penghulu Pusaka Adat Tampin Tengah dan disaksikan oleh YBhg Tuan Haji Mohd Yusof Bin Yunus.



Dari kiri: YMTunku Isteri Sharlita,YTM Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman,YM Tok Puan Hajah Siti Ramalah,YTM Undang Rembau Dato' Haji Muhammad Sharif,YM Tok Puan Saadah,YTM Undang Johol Dato' Mohd Jan,dan YTM Undang Luak Jelebu Dato' Musa Wahab.


2 comments:

  1. Great.
    Dear Sir,

    Hope this email find you well.
    I would like to be honored by meeting the Sultan of Negeri Sembilan for school contribution.
    Am from The Hashemiate Kingdom of Jordan and I stay in Malaysia.

    Your truly,
    Ahmed Latif
    013 258 0001

    ReplyDelete
  2. GOOD EVENING A FOR FORMS FEESS FOR A AND PAYING AND BUYING A FOR FORMS FEESS FOR A BLUETOOTH.COM A FOR FORMS FEESS FOR A.THANK YOU.KHAIRI OR KHAIRIS.

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...