Anda Pengunjung Ke :

Tuesday, 1 September 2015

1 September 1960 : Kemangkatan Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah AlHaj,
D.M.N., S.M.N., D.K.(Brunei), K.C.M.G.(United Kingdom).
13 Mei 1898 - 1 September 1960.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan ( 1938-1942) dan (1945-1960).
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Kedua (1 April 1960 - 1 September 1960).

Pada tarikh hari ini, 1 September dalam tahun 1960, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Kedua Persekutuan Tanah Melayu, Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah AlHaj telah mangkat di Istana Tetamu, Kuala Lumpur. Baginda yang baru 5 bulan dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong mangkat akibat penyakit misteri pada usia 62 tahun. Baginda mangkat secara mengejut pada hari yang sepatutnya pertabalan baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Baginda meninggalkan balu, Tengku Ampuan Jemaah dan 4 putera serta 3 puteri. Putera sulung baginda menggantikan baginda sebagai Sultan Selangor. Baginda dimakamkan di Makam DiRaja Klang, Selangor. Hari ini, genap 55 tahun kemangkatan Almarhum. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum. Al Fatihah.
Kisah dan riwayat hidup Sultan Hisamuddin :

Balu Almarhum, Tengku Ampuan Jemaah dipimpin oleh Tuanku Kurshiah(balu Yang Di-Pertuan Agong Pertama yang juga baru sahaja 5 bulan kemangkatan suami).

Tengku Abdul Aziz Shah yang dilantik sebagai Sultan Selangor bersama bonda Tengku Ampuan Jemaah dan isteri Tengku Rahimah.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...