Anda Pengunjung Ke :

Saturday, 20 February 2016

20 Februari 1959 : Pertabalan Sultan Kedah Darul Aman.


Tarikh 20 Februari 1959 merupakan satu hari bersejarah buat seluruh negeri Kedah Darul Aman. Pada tanggal inilah seorang Sultan bagi negeri Kedah akan ditabalkan. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang baru sahaja berusia 32 tahun menaiki takhta negeri Kedah menggantikan ayahanda baginda yang mangkat pada tahun 1958. Pada ketika itu, baginda merupakan Raja Melayu termuda. Awal-awal pagi lagi, seramai 30,000 rakyat jelata sudah bersiap-siap untuk menghadiri istidat pertabalan yang julung kali diadakan itu. Istiadat pertabalan diadakan di Balai Besar, Alor Star. Istiadat dimulakan dengan kehadiran Datuk Paduka Maharaja Lela mengetuai panglima-panglima yang membawa alat-alat kebesaran diraja Kedah menuju ke Balai Besar. Kemudiannya, keberangkatan tiba Sultan Abdul Halim dan Sultanah Kedah Sultanah Bahiyah menaiki kereta rasmi baginda menuju ke Balai Besar. Setelah tiba di Balai Besar, baginda memeriksa barisan kawalan kehormat daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja. 

Alunan nobat yang dimainkan oleh kumpulan Nobat DiRaja Kedah memulakan istiadat Pertabalan Sultan Kedah. Sultan dan Sultanah Kedah kemudiannya melangkat masuk ke Balai Besar menuju ke singgahsana. Kemudiannya, panglima-panglima yang membawa alat kebesaran untuk pertabalan masuk ke Balai Besar. Menteri Besar Kedah Tunku Ismail membacakan surat pengishtiharan Sultan Kedah. Sultan Abdul Halim seterusnya membacakan sumpah jawatan di hadapan semua tetamu yang hadir. Datuk Paduka Maharaja Lela kemudiannya menyerahkan keris kerajaan kepada baginda. 

Istiadat pertabalan diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan Negeri Kedah. Paluan nobat dimainkan dan Sultan serta Sultanah Kedah melangkah keluar dari Balai Besar. Baginda berdua menaiki kereta rasmi dan melambai kepada ribuan rakyat jelata yang setia menunggu di tepi-tepi jalan untuk melihat wajah Sultan baru mereka itu.




Perarakan alat-alat kebesaran diraja diketuai oleh Datuk Paduka Maharaja Lela.

Pasangan diraja menuju ke Balai Besar.

Sultan Abdul Halim memeriksan kawalan barisan kehormat.

Sultan Abdul Halim dan Sultanah Bahiyah berangkat masuk ke Balai Besar.

Tetamu diraja : dari kanan Ketua Menteri Persekutuan Tunku Abdul Rahman, Pemangku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Munawir dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Ahmad Shah.

Isteri Ketua Menteri Persekutuan Puan Sharifah Rodziah, Tunku Puan Muda Negeri Sembilan Tunku Durah dan Tengku Puan Pahang Tengku Afzan.

Timbalan Ketua Menteri Persekutuan Tun Abdul Razak.

Menteri Besar Kedah Tunku Ismail membacakan surat pengishtiharan.

Tetamu-tetamu diraja. Turut kelihatan Raja Muda Johor Tunku Mahmud Iskandar(berkaca mata hitam).

Sultan Abdul Halim menyampaikan titah diraja sempena pertabalan.

Keris kerajaan yang merupakan alat kebesaran terpenting dalam istiadat pertabalan.

Sultan Abdul Halim menerima keris kerajaan.

Tengku Puan Muda Kelantan Tengku Zainab dan Tengku Puan Muda Terengganu Tengku Bariah.

Bacaan doa selamat oleh Mufti Kedah.

Melambai kepada rakyat jelata sesudah selesai ditabalkan sebagai Sultan Kedah.

Kumpulan nobat diraja Kedah.






No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...