Pada 4 Februari 2017, Editor Warisan Permaisuri berkesempatan mengunjungi Istana Negara Lama (Muzium Diraja). Tiket masuk berharga RM 5 bagi warganegara Malaysia. Balairong Seri Istana Negara Lama dibuka bersempena Pameran Koleksi Terpilih Tuanku Mizan Zainal Abidin. Keindahan susun atur hiasan dalam balairong seri amat menarik perhatian. Ditambah dengan seri Singgahsana Istana Negara yang menjadi tarikan utama Balairong Seri ini. Balairong Seri ini pertama kali digunakan untuk pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-7 Sultan Haji Ahmad Shah pada tahun 1980. Balairong Seri terus digunakan sebagai tempat menabalkan Yang Di-Pertuan Agong ke-8 sehinggalah Yang Di-Pertuan Agong ke-13. Kali terakhir pertabalan Yang Di-Pertuan Agong diadakan adalah pada tahun 2007 iaitu Pertabalan Tuanku Mizan Zainal Abidin. Selain Istiadat Pertabalan, Balairong Seri juga digunakan untuk Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja untuk Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Jawatan Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong. Selain itu, Istiadat Pemganugerahan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Agong juga diadakan di sini. Balairong Seri juga pernah digunakan untuk Istiadat Santapan Diraja. Bagi pembaca yang ingin mengunjungi Muzium Diraja, ia dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad bermula pukul 9.00 pagi dan ditutup pada pukul 5.00 petang.
Pintu utama Balairong Seri.
Hiasan pintu Balairong Seri.
Kerusi tetamu.
Karpet di Balairong Seri.
Singgahsana Istana Negara Lama.
Keindahan chandelier disamping potret Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menjadi penyeri Balairong Seri.
Chandelier yang diimport dari Italy.
Hiasan dan ukiran Balairong Seri Istana Negara Lama.
No comments:
Post a Comment