ISTIADAT SIRAM TABAL KDYMM SULTAN KEDAH KE-29
14 OKTOBER 2018
DATARAN KEPALA TANJUNG, ISTANA ANAK BUKIT, ALOR STAR
KDYMM Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan
Badlishah dan KDYMM Sultanah Kedah Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff berangkat menyempurnakan Istiadat Siram Tabal di Dataran Kepala Tanjung,
Istana Anak Bukit.Istiadat ini dilakukan bersempena Istiadat Pertabalan Sultan
Kedah Ke-29 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Okt 2018 di Balairong Seri Istana
Anak Bukit.
Turut berangkat DYTM Raja Muda Kedah Tunku Sarafudin Badlishah
Ibni Sultan Sallehuddin dan DYTM Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda
Mohamad Ariff, DYAM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum
Sultan Idris A'fifullah Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya
Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri
DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan
isteri Datin Seri Diraja Puan Seri Datuk Nora Abdullah, YTM Tunku Laksamana
Kedah Datuk Tunku Shazuddin Arif Ibni Sultan Sallehuddin, YTM Tunku Temenggong
Kedah Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku
Abdul Halim Mu'adzam Shah. Menteri Besar Kedah YAB Datuk Seri Mukhriz Tun Dr
Mahathir dan isteri YABhg Tok Puan Norzieta Zakaria serta pemimpin-pemimpin
kerajaan negeri yang lain juga turut hadir sama ke istiadat ini.
Istiadat dimulakan dengan YBhg Datuk Bijaya Indera merangkap
Ketua Istiadat Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah mengadap KDYMM Sultan
Sallehuddin untuk memohon perkenan bagi memulakan Istiadat Siram Tabal. Istiadat
diteruskan dengan perarakan masuk air mata air dan air zam zam diketuai YBhg Datuk
Jaya Budiman Datuk Paduka Mohd Puat Mohd Ali bersama Sahibus Samahah Mufti
Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang serta Imam Masjid Negeri YBhg Datuk Syeikh
Roslan Abdul Halim Al-Hafiz serta 12 Pegawai Daerah terlibat dan Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) YBhg Datuk Mohd Zohdi Saad.
Datuk Jaya Budiman bersama Mufti Kedah serta Imam Masjid
Negeri itu mengadap dan mengangkat sembah kepada KDYMM Sultan Sallehuddin dan KDYMM
Sultanah Maliha manakala 12 Pegawai Daerah dan Datuk Bandar menunduk hormat
kepada baginda berdua sebelum kesemua mereka bergerak ke Pancapersada. Pegawai
Daerah membawa 12 batil perak berisi sumber air dari 12 mata air yang terdapat
di kawasan tanah tinggi masing-masing manakala Datuk Bandar yang membawa satu
batil emas berisi air zam zam.
Air mata air itu terdiri daripada air mata air dari Gunung
Keriang, dekat Alor Setar; dari Air Terjun Tupah (Kuala Muda); dari Ulu Riau,
Sedim (Kulim); dari Bukit Perangin (Kubang Pasu); dari Gunung Inas (Baling);
dari Hutan Simpan Rimba Teloi (Sik). Selain itu, air mata air dari Air Terjun
Seraya (Padang Terap); dari Telaga Tujuh, Padang Matsirat (Langkawi); dari
Puteri Mandi Gunung Jerai (Yan); dari Bukit Ulu Jawi Relau (Bandar Baharu);
dari Sungai Rambai Bukit Perak (Pendang) dan dari Kampung Budi, Mukim Lesong
(Pokok Sena). Selepas itu, Datuk Jaya Budiman naik ke Pancapersada dan berdiri
di belakang tiga tempayan untuk Air Siram Taubat, Air Siram Selamat dan Air
Siram Syukur. Kesemua 12 Pegawai Daerah serta Datuk Bandar menyerahkan batil itu
kepada Datuk Bijaya Budiman. Datuk Jaya Budiman kemudiannya menuang kesemua air
mata air serta air zam zam itu ke dalam tempayan Air Siram Taubat, Air Siram
Selamat dan Air Siram Syukur.
Kemudian, perarakan masuk 10 Pegawai Tadbir Negeri Wanita
dengan sembilan daripadanya membawa batil berisi sembilan jenis bunga setiap
satu untuk dimasukkan ke dalam tempayan di Pancapersada itu bagi digaul sebati
yang diketuai YBhg Datuk Andika Raja Datuk Wira Mohd Zain Osman. Datuk Andika
Raja bersama seorang daripada Pegawai Tadbir Negeri Wanita itu Puan Sunita Abd
Aziz mengangkat sembah kepada KDYMM Sultan Sallehuddin dan KDYMM Sultanah
Maliha manakala sembilan lagi Pegawai Tadbir Negeri Wanita itu menunduk hormat
kepada baginda berdua yang kemudiannya mereka bergerak ke Pancapersada.
Bunga-bunga itu ialah Bunga Cempaka; Bunga Melor; Bunga
Kesidang; Bunga Melati; Bunga Kenanga; Bunga Lili; Bunga Mawar Kuning; Bunga
Kekwa dan Bunga Harum Malam. Setelah tiba di Pancapersada itu, kesemua sembilan
Pegawai Tadbir Negeri Wanita itu menyerahkan batil berkenaan kepada Sunita,
yang kemudiannya Sunita menjemput bunga dari batil ke dalam tempayan Air Siram
Taubat, Air Siram Selamat dan Air Siram Syukur. Selepas itu, perarakan masuk
mengandungi sintok, limau, dan kemenyan dengan diketuai YBhg Datuk Seraja Setia
Datuk Paduka Rasli Basir diiringi Penghulu Mukim Sungai Petani Tuan Ahmad Fuad
Zainol Abidin serta tiga penghulu ke atas Pancapersada.
YBhg Datuk Seraja Setia bersama Ahmad Fuad mengangkat sembah
kepada KDYMM Sultan Sallehuddin dan KDYMM Sultanah Maliha manakala tiga
penghulu itu menunduk hormat kepada baginda berdua. Kemudian, Datuk Seraja
Setia bersama Ahmad Fuad mengiringi tiga penghulu yang membawa sintok, limau dan
kemenyan itu ke Pancapersada. Setelah itu, perarakan masuk pawai-pawai diraja
dengan diketuai YM Datuk Johan Jasa Kolonel Datuk Tunku Aziz Bendahara Tunku
Nong Jiwa ke atas Pancapersada. Turut berangkat bersama YTM Datin Paduka Datuk
Tunku Kamaliah Almarhum Sultan Badlishah dan YTM Datin Paduka Tunku Nafisah
Almarhum Sultan Badlishah serta pawai-pawai diraja lain.
YM Datuk Johan Jasa bersama pawai-pawai diraja itu
mengangkat sembah kepada Sultan dan Sultanah Kedah sebelum ke Pancapersada. Kemudian,
Ketua Istiadat mengadap dan memohon limpah perkenan Sultan Sallehuddin dan
Sultanah Maliha untuk berangkat naik ke Pancapersada. Setelah itu, baginda
berdua berangkat naik ke Pancapersada dengan diiringi Ketua Istiadat bersama
pembawa alatan kebesaran iaitu pembawa pedang, tombak, lembing dan payung
barambu.
Selepas Sultan dan Sultanah Kedah itu bersemayam di atas
Pancapersada, Ketua Istiadat mengadap dan memohon limpah perkenan baginda
berdua untuk memulakan Istiadat Siram Tabal. Tunku Bendahara Kedah berkenan
menabur bunga rampai dan merenjis air mawar ke atas baginda berdua sebagai
tanda mulanya istiadat itu. Syeikh Roslan membaca doa sebelum Istiadat Siram
Tabal itu dijalankan. Turut kedengaran Nobat dipalu lagu 'Gendang Anak' semasa
istiadat itu bermula.
YTM Tunku Nafisah bersama YTM Tunku Kamaliah berkenan
menyiram air daripada ketiga-tiga tempayan itu ke atas Sultan Sallehuddin dan
Sultanah Maliha dengan diikuti siraman terakhir oleh Mufti Kedah ke atas
baginda berdua.Setelah itu, Syeikh Fadzil mengadap baginda berdua dan terus
melafazkan doa. Kemudiannya, Ketua Istiadat mengadap baginda berdua dan
mempersembahkan istiadat itu selesai.
An interesting dialogue is value comment. I believe that you should write extra on this subject, it might not be a taboo subject however typically people are not enough to speak on such topics. To the next. Cheers best online casinos
ReplyDeleteSemoga Cepat Meninggalkan Sultan Kedah 2034....
ReplyDelete