Anda Pengunjung Ke :

Sunday, 6 December 2015

Selamat Jalan, Tunku Jalil..


Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, 25 yang mangkat semalam, selamat dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru. Istiadat pemakaman selesai kira-kira pukul 2.40 petang. Sebelum itu, jenazah Tunku Jalil diarak menggunakan pedati diraja dari Istana Besar Johor Bahru ke Makam Mahmoodiah sejauh 3 kilometer. Mengiringi jenazah beliau ialah ayahanda DYMM Sultan Ibrahim, DYAM Tunku Ismail dan kerabat-kerabat yang lain. Tunku Ismail dan Tunku Idris turut sama menaiki pedati diraja tersebut. Pedati diraja itu ditarik oleh 10 orang askar Timbalan Setia Negeti (TSN). 

Terdahulu, bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari, istiadat penghormatan terakhir diadakan di Bilik Singgahsana Istana Besar. Keranda yang dibaluti bendera peribadi Tunku Abdul Jalil diletakkan di bahagian tengah berhampiran pintu masuk singgahsana manakala topi dan pedang polis milik Almarhum turut diletakkan di atas keranda.Turut kelihatan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah dan Tunku Putera, Tunku Abu Bakar hadir bersama kerabat diraja yang lain. Orang awam yang hadir membuat penghormatan perlu melalui pusingan U mengelilingi keranda dan dibenarkan berhenti seketika di hadapan jenazah untuk menyampaikan bacaan al-Fatihah dan doa.

Antara tetamu diraja yang berangkat ke Istiadat Pemakaman ialah KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah, Putera Mahkota Brunei Darussalam Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, YAM Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah, YTM Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Intan Safinaz serta kerabat-kerabat diraja yang lain.

Suasana pilu mengiringi perjalanan terakhir Almarhum Tunku Jalil. Tangisan ayahanda dan bonda beliau amat memilukan hati rakyat jelata. Tunku Abdul Jalil selamat dimakamkan bersebelahan makan nendanya, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Al Fatihah buat Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim.


Pengiran Muda Mahkota mengaminkan doa dihadapan keranda almarhum.

Solat jenazah di Istana Besar Johor bahru.

Istiadat penghormatan terakhir buat Almarhum Tunku Jalil.

Keranda Almarhum diangkat oleh kekandanya Tunku Ismail dan adindanya Tunku Abdul Rahman. Turut kelihatan Tunku Idris.

Pedati diraja yang bersedia menanti ketibaan jenazah Almarhum di hadapan tangga Istana Besar.


 



Perjalanan terakhir seorang putera.

Ayahanda saudara Almarhum, Tengku Sulaiman Shah.

Sultan Ibrahim mengetuai perarakan pedati diraja.

Sultan Ibrahim tidak dapat menahan sebak sambil menggenggam tangan putera sulung baginda.

Sultan Ibrahim mengiringi Raja Zarith menyiram air mawar di pusara anakanda baginda berdua.

Tunku Aminah menenangkan ayahandanya.

Sultan Ibrahim mencium tangan Sultan Ahmad Shah yang berangkat menziarahi Almarhum Tunku Jalil

 
Sultan Ibrahim mengesat air mata baginda.

Wajah sayu seorang ayahanda.

Keberangkatan tiba Raja Zarith Sofiah diiringi puteri baginda Tunku Tun Aminah serta menantu baginda Che Puan Khaleeda.


Air mata seorang ayahanda yang kehilangan anakanda.

Air mata seorang bonda yang melahirkan.

Makam Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim.

sumber : astroawani, beritaharian, nstp, fairulhatim, putrakola.




Saturday, 5 December 2015

BELASUNGKAWA : Tunku Abdul Jalil Dalam Kenangan.

AL FATIHAH
DALAM KENANGAN...

Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim,
D.K., S.P.M.J., D.P.M.J., S.M.I.J., P.I.S.
( 5 Julai 1990 - 5 Disember 2015 ).


Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim diputerakan pada 5 Julai 1990. Beliau merupakan anakanda keempat dari 6 orang adik beradik kepada pasangan diraja Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Tuanku Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Tunku Jalil mendapat pendidikan awal di Sekolah Antarabangsa Sri Utama dan kemudiannya ke YPJ Zai-karim International School, Johor Bahru. Beliau amat meminati bidang kepolisan dan kemudiannya beliau menyertai Pusat Latihan Polis DiRaja Malaysia di Kuala Lumpur. 



Beliau dianugerahkan pangkat Inspektor Polis DiRaja Malaysia pada 6 Januari 2011. Beliau juga merupakan pemegang ijazah dalam bidang "Zoological and Conservation Studies" dari sebuah universiti di United Kingdom. Beliau pernah menjadi sukarelawan di Zoo Singapura selama setahun dan Zoo London selama 2 tahun sebagai bukti kecintaan beliau kepada haiwan liar. Tunku Jalil dianugerahkan gelaran Tunku Laksamana Johor pada 22 November 2012 setelah ayahanda beliau menaiki takhta negeri Johor. Beliau sering melakukan kerja-kerja kebajikan dan disenangi oleh semua orang. Perwatakan beliau yang mesra membuatkan beliau disayangi ramai. 



Pada bulan Ogos 2014, beliau telah disahkan mengidap penyakit kanser hati tahap empat. Pada 10 Disember 2014, beliau telah dibawa ke China untuk "liver transplant" di Hospital Universiti Sun Yat-sen di Guangdong. Ayahanda beliau, Sultan Ibrahim telah menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor bagi membantu rakyat yang turut menderita penyakit kanser. Tunku Jalil berjuang melawan penyakit itu disamping sokongan dari keluarga dan rakyat jelata. Namun, Allah lebih menyayangi beliau. Pada 5 Disember 2015, tepat jam 7.11 malam, Tunku Jalil telah menghembuskan nafas terakhir di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Jenazah Almarhum Tunku Jalil akan dimakamkan di Makam Mahmoodiah Johor Bahru selepas solat zohor. Semoga Allah menempatkan roh Almarhum Tunku Jalil bersama orang-orang yang beriman. Al- Fatihah.

Bersama bonda tercinta.

Kasih seorang ayah.

Almarhum Tunku Jalil bersama kekanda Tunku Idris dan adinda Tunku Abdul Rahman.


Ciuman seorang anak kepada ayahnya.

Sultan Ibrahim yang banyak memberi sokongan kepada Almarhum Tunku Jalil

YAM Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Mangkat.

AL FATIHAH...


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim telah mangkat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru kira-kira pukul 7.11 malam tadi. Beliau berusia 25 tahun. Beliau mangkat akibat penyakit kanser yang dihidapinya pada bulan Ogos tahun lepas. Beliau merupakan putera ketiga kepada DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Tuanku Zarith Sofiah Sultan Idris. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Tunku Jalil.

AL FATIHAH

buat

ALMARHUM YANG AMAT MULIA TUNKU LAKSAMANA JOHOR DARUL TA'ZIM TUNKU ABDUL JALIL IBNI SULTAN IBRAHIM
D.K., D.P.M.J., P.I.S.

Friday, 4 December 2015

Gelagat Keluarga DiRaja Perak Sempena Larian Hari Keputeraan

Program Larian Sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah telah diadakan pada 29 November lepas. Program ini adakan di Jalan Tun Razak, Kuala Kangsar. Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat ke program ini bersama anakanda baginda berdua. Baginda berdua yang berangkat tiba pada pukul 6.50 pagi disambut oleh Menteri Besar Perak Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri DiRaja Saripah Zulkifli. Turut hadir, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Zahidi Zainuddin dan isteri, Ahli Dewan Negara Perak Dato' Seri Panglima Annuar Zaini serta kenamaan lain. Sultan Nazrin melepaskan peserta larian seramai 3,300 dan kemudiannya baginda mengetuai barisan tetamu kenamaan mengelilingi Bandar Kuala Kangsar sejauh 2 kilometer. Turut sama menyertai larian itu ialah putera baginda Raja Azlan Muzaffar Shah dan puteri baginda Raja Nazira Safya yang berlari bersama bondanya. 


Tuanku Zara memimpin puteri baginda Raja Nazira Safya semasa menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak. Turut kelihatan isteri Menteri Besar Perak Datin Seri DiRaja Sharipah Zulkifli dan isteri Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja.

Tuanku Zara menggendong puteri baginda.

Sultan Nazrin melepaskan para peserta larian, Kelihatan Tuanku Zara mendukung Raja Nazira.

Sultan Nazrin berlari bersama Menteri Besar Dato' Seri DiRaja Dr Zambry, Datuk Seri Panglima Annuar Zaini dan peserta larian.

Sultan Nazrin dan putera baginda Raja Azlan Muzaffar Shah.


Sultan Nazrin, Raja Azlan, Dato' Seri Zambry, Tan Sri Zahidi dan Dato' Seri Annuar.

Raja Azlan bersama bonda saudaranya Raja Dato' Seri Yong Sofia.

Sultan Nazrin tersenyum riang ketika berlari.



Tuanku Zara dan puteri baginda Raja Nazira Safya,

Tuanku Zara memperkatan sesuatu kepada Raja Nazira.

Tuanku Zara menyampaikan pingat kepada putera baginda Raja Azlan.

Gelagat Raja Nazira Safya yang sentiasa menarik perhatian.


Tuanku Zara mengisi sesuatu di dalam beg puteri baginda.


Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.


Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong 
Al- Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah,

D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.
(Selangor), D.K(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K(Brunei),D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K.,S.S.D.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of  St. John.,Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordonmof the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan),Collar of the Order of Pahlavi(Iran),Collar of the Order of Charles III(Spain), Nishan-e-Pakistan 1st Class(Pakistan), Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Royal House of Chakri(Thailand).

Wednesday, 2 December 2015

Almarhum Tunku Abdul Malik Dalam Kenangan.

DALAM KENANGAN...


Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah Darul Aman Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah,
D.K., D.K.H., D.M.K., D.K.(Terengganu), D.K.II(Selangor), D.A.(Sarawak), S.P.M.K., S.P.C.M., S.P.M.J., P.S.B.
( 24.September.1929 - 29.November.2015 ).

Kisah hidup Almarhum Tunku Abdul Malik :


3 orang adik beradik Tuanku Abdul Halim yang telah mangkat. Dari kiri : Almarhum Tunku Annuar, Almarhum Tunku Abdul Malik dan Almarhum Tunku Hamidah.


Kenangan Tunku Abdul Malik bersama kekandanya Tuanku Abdul Halim sewaktu menuntut di England.


Almarhum Raja Muda dan Almarhum Raja Puan Muda Kedah Darul Aman.


Sewaktu persandingan bersama isteri tercinta.

Bersama DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah (ketika itu Raja Muda Selangor) sewaktu Almarhum menerima Darjah Kerabat Negeri Selangor.


Tunku Abdul Malik ketika berangkat ke Istiadat Angkat Sumpah Yang Di-Pertuan Agong Ke-6 Tuanku Yahya Petra.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...