Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, 25 yang mangkat semalam, selamat dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru. Istiadat pemakaman selesai kira-kira pukul 2.40 petang. Sebelum itu, jenazah Tunku Jalil diarak menggunakan pedati diraja dari Istana Besar Johor Bahru ke Makam Mahmoodiah sejauh 3 kilometer. Mengiringi jenazah beliau ialah ayahanda DYMM Sultan Ibrahim, DYAM Tunku Ismail dan kerabat-kerabat yang lain. Tunku Ismail dan Tunku Idris turut sama menaiki pedati diraja tersebut. Pedati diraja itu ditarik oleh 10 orang askar Timbalan Setia Negeti (TSN).
Terdahulu, bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari, istiadat penghormatan terakhir diadakan di Bilik Singgahsana Istana Besar. Keranda yang dibaluti bendera peribadi Tunku Abdul Jalil diletakkan di bahagian tengah berhampiran pintu masuk singgahsana manakala topi dan pedang polis milik Almarhum turut diletakkan di atas keranda.Turut kelihatan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah dan Tunku Putera, Tunku Abu Bakar hadir bersama kerabat diraja yang lain. Orang awam yang hadir membuat penghormatan perlu melalui pusingan U mengelilingi keranda dan dibenarkan berhenti seketika di hadapan jenazah untuk menyampaikan bacaan al-Fatihah dan doa.
Antara tetamu diraja yang berangkat ke Istiadat Pemakaman ialah KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah, Putera Mahkota Brunei Darussalam Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, YAM Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah, YTM Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Intan Safinaz serta kerabat-kerabat diraja yang lain.
Suasana pilu mengiringi perjalanan terakhir Almarhum Tunku Jalil. Tangisan ayahanda dan bonda beliau amat memilukan hati rakyat jelata. Tunku Abdul Jalil selamat dimakamkan bersebelahan makan nendanya, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Al Fatihah buat Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim.
Pengiran Muda Mahkota mengaminkan doa dihadapan keranda almarhum.
Solat jenazah di Istana Besar Johor bahru.
Istiadat penghormatan terakhir buat Almarhum Tunku Jalil.
Keranda Almarhum diangkat oleh kekandanya Tunku Ismail dan adindanya Tunku Abdul Rahman. Turut kelihatan Tunku Idris.
Pedati diraja yang bersedia menanti ketibaan jenazah Almarhum di hadapan tangga Istana Besar.
Perjalanan terakhir seorang putera.
Ayahanda saudara Almarhum, Tengku Sulaiman Shah.
Sultan Ibrahim mengetuai perarakan pedati diraja.
Sultan Ibrahim tidak dapat menahan sebak sambil menggenggam tangan putera sulung baginda.
Sultan Ibrahim mengiringi Raja Zarith menyiram air mawar di pusara anakanda baginda berdua.
Tunku Aminah menenangkan ayahandanya.
Sultan Ibrahim mencium tangan Sultan Ahmad Shah yang berangkat menziarahi Almarhum Tunku Jalil
Sultan Ibrahim mengesat air mata baginda.
Wajah sayu seorang ayahanda.
Keberangkatan tiba Raja Zarith Sofiah diiringi puteri baginda Tunku Tun Aminah serta menantu baginda Che Puan Khaleeda.
Air mata seorang ayahanda yang kehilangan anakanda.
Air mata seorang bonda yang melahirkan.
Makam Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim.
sumber : astroawani, beritaharian, nstp, fairulhatim, putrakola.
No comments:
Post a Comment