Sultan Kelantan, KDYMM Sultan Muhammad V berkenan
berangkat menziarah makam Allahyarham Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil
Sultan Ibrahim di Makam Diraja Mahmoodiah,Johor Bahru. Keberangkatan baginda pada pukul 1.35 petang itu turut
diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Turut mengiringi baginda ialah Penasihat Majlis Agama Islam
Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut dan Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Shamsudin. Baginda yang lengkap berbaju Melayu serba putih meluangkan
masa kira-kira 15 minit menghadiahkan bacaan tahlil ringkas dan doa serta
menyiram air mawar ke atas makam anakanda keempat Sultan Johor itu.
Keberangkatan tiba Sultan Muhammad V disambut oleh Tunku Mahkota Johor.
Sultan Muhammad V bersama Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Sultan Muhammad V menyiram air mawar diatas makam Almarhum Tunku Jalil.
No comments:
Post a Comment