Anda Pengunjung Ke :

Wednesday, 26 September 2018

Potret Lukisan 5 Orang Sultan Selangor.


Pada awal tahun 1990-an, satu lukisan gergasi yang tertera wajah 5 orang Sultan Selangor telah menghiasi pintu masuk Muzium Alam Shah, Klang. Lukisan ini dilukis pada tahun 1990 oleh seorang pelukis potret terkenal Tuan Haji Mazli Bin Mohd Som. Beliau mengambil masa satu setengah tahun untuk menyiapkan potret diraja gergasi ini. Lukisan ini dilukis menggunakan cat minyak dan dianggarkan berharga RM 21,500.00 pada waktu itu. Lukisan ini memaparkan wajah DYMM Sultan Selangor Ke-4 Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah (memerintah 1857-1898), DYMM Sultan Selangor Ke-5 Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa (memerintah 1898-1938), DYMM Sultan Selangor Ke-6 Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah (memerintah 1938-1942 dan 1945-1960), DYMM Sultan Selangor Ke-7 Sultan Musa Ghiatuddin Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah (memerintah 1942-1945), dan DYMM Sultan Selangor Ke-8 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj (memerintah 1960-2001). Kelima-lima Sultan Selangor ini merupakan Sultan dari 4 generasi.  Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah merupakan cucunda kepada Sultan Abdul Samad. Sultan Hisamuddin Alam Shah dan Sultan Musa Ghiatuddin merupakan putera kepada Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah. Manakala Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan anakanda kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah. 

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan Ke-4
Sultan Sir Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah
K.C.M.G. (United Kingdom)

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan Ke-5
Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa
G.C.M.G., K.C.V.O. (United Kingdom).

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan Ke-6
Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah,
D.M.N., D.K.(Brunei), K.C.M.G.(United Kingdom).

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan Ke-7
Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah
Order of Rising Sun(Japan).

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan Ke-8
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Al-Haj
D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.S., S.S.S.A., D.K.M.B.(Bunei), D.K.(Terengganu), D.K.(Kelantan), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.K.(Kedah), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Perak), D.K.(Pahang), S.P.D.K.(Sabah), D.P.(Sarawak), D.U.N.M.(Melaka), P.J.K., Order of Al-Khalifah Medal Decoration(Bahrain), Order of Boyaca Gran Collar (Colombia), Knight of the Most Auspicious Order of Rajamitrabhorn(Thailand), Hon.D.Litt(U.P.M.), Hon. Fellowship Royal College of Surgeons(Ireland), Hon. D. Sociology(University Thammasat,Thailand).

Tuesday, 25 September 2018

11 September 2018: Setahun Kemangkatan Almarhum Tuanku Abdul Halim.

Almarhum KDYMM Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
(1927-2017).

Tarikh 11 September 2017 merupakan satu tarikh yang cukup sedih buat rakyat negeri Kedah dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Sultan Kedah yang disayangi, KDYMM Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah mangkat pada usia 90 tahun, meninggalkan satu legasi yang amat hebat sepanjang 59 tahun bertakhta. Pengalaman baginda yang amat luas dalam pentadbiran amat dihormati. Menaiki takhta pada usia muda menjadikan baginda lebih matang dalam pemerintahan negeri dan negara. Menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada usia yang muda iaitu 43 tahun dalam keadaan negara yang baru pulih dari peristiwa hitam merupakan cabaran buat Almarhum Tuanku. Namun, Almarhum berjaya memulihkan negara bergandingan bersama Allahyarham Tun Abdul Razak. Almarhum menghabiskan 5 tahun pemerintahan dengan jayanya. Almarhum mengukir sejarah sebagai satu-satunya Raja Melayu yang menaiki takhta sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebanyak 2 kali. 



Pada tahun 2011, ketika berusia 84 tahun, Almarhum berangkat ke Kuala Lumpur untuk memulakan tugas sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-14. Almarhum menjalankan tugas dengan penuh dedikasi tanpa mengenal penat walaupun kesihatan baginda sering mengganggu akibat usia yang sudah melebihi 80 tahun. Namun, demi rakyat, baginda kuatkan semangat untuk muncul dalam majlis-majlis. Almarhum berjaya menghabiskan penggal kedua pemerintahan sebagai Yang Di-Pertuan Agong pada tahun 2016 dan kembali ke negeri kesayangan baginda untuk bertakhta sebagai Sultan. 


Namun, sepanjang bergelar Yang Di-Pertuan Agong, baginda menyaksikan kemangkatan kekanda dan adinda-adinda baginda yang amat mendukacitakan. Adinda Almarhum, Almarhum YTM Tunku Bendahara Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah mangkat pada 21 Mei 2014. Selepas itu pada 21 September 2015,adinda ipar baginda, Almarhum DYTM Raja Puan Muda Kedah Tengku Raudzah Binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pula mangkat. Selang 2 bulan, kekanda baginda Almarhum YTM Tunku Hamidah Binti Almarhum Sultan Badlishah pula mangkat pada 4 November 2015. 3 minggu selepas kemangkatan kekanda baginda, adinda baginda pula iaitu Almarhum DYTM Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah pula mangkat. Namun baginda kuatkan semangat untuk terus berkhidmat sebagai payung negara bagi rakyat Malaysia. Sesungguhnya semangat dan iltizam Almarhum harus dicontohi oleh semua rakyat Malaysia dan Almarhum akan sentiasa berada dalam doa kami. 







Sunday, 23 September 2018

Susunan Kekananan Kerabat Negeri Kedah Darul Aman (2018).

SENARAI SUSUNANAN KEKANANAN KERABAT BERGELAR NEGERI KEDAH DARUL AMAN

1. KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman.

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
D.K., D.K.H., D.U.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Johor), D.K.(Perak), D.K.(Selangor), D.K.(Perlis), D.M.K., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.K.(Kelantan).
Dilantik sebagai YTM Tunku Laksamana Kedah pada 28 November 1981.
Dilantik sebagai YTM Tunku Temenggong Kedah pada 1996.
Dimashyurkan sebagai DYTM Raja Muda Kedah pada 15 Disember 2016.
Dimashyurkan sebagai KDYMM Sultan Kedah pada 12 September 2017.

2. KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Darul Aman.

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff,
D.K., S.S.S.K., S.H.M.S., S.S.D.K., D.S.D.K., S.D.K.
Diberikan gelaran YTM Toh Puan Laksamana Kedah pada 28 November 1981.
Diberikan gelaran YTM Tunku Puan Temenggong Kedah pada tahun 1996.
Diberikan gelaran DYTM Raja Puan Muda Kedah pada 15 Disember 2016.
Dimashyurkan sebagai KDYMM Sultanah Kedah pada 30 April 2018.

3. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman.

Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sarafuddin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin,
D.M.K., D.S.D.K.
Dilantik sebagai YTM Tunku Laksamana Kedah pada 15 Januari 2017.
Dimashyurkan sebagai DYTM Raja Muda Kedah pada 2 November 2017.

4. Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah Darul Aman.

Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Dato' Seri Zaheeda Binti Mohamad Arif,
S.P.M.K.
Diberi gelaran sebagai YBhg Toh Puan Laksamana Kedah pada 15 Januari 2017.
Diberikan gelaran sebagai DYTM Raja Puan Muda Kedah pada 15 November 2017.

5. Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah Darul Aman.

Yang Maha Mulia Dato' Seri Utama Hajah Haminah Binti Haji Hamidun,
D.M.N., D.K., D.K.H., D.M.K., Grand Cordon of the Order of Precious Crown(Japan), Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand).
Diberi gelaran YTM Che Puan Kedah pada 25 Disember 1975.
Ditabalkan sebagai KDYMM Sultanah Kedah pada 9 Januari 2004.
Menjadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 13 Disember 2011.
Dikurniakan gelaran YMM Che Puan Besar Kedah pada 21 Januari 2018.

6. Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah Darul Aman.

Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah,
S.H.M.S., S.S.D.K., P.S.M., D.S.D.K.
Dilantik sebagai YTM Tunku Laksamana Kedah.
Dilantik sebagai YTM Tunku Bendahara Kedah 15 Januari 2017.

7. Yang Amat Berbahagia Toh Puan Bendahara Kedah Darul Aman.

Yang Amat Berbahagia Datin Seri DiRaja Puan Sri Dato' Nora Binti Abdullah,
D.S.D.K., S.M.S., S.D.K.
Diberi gelaran YABhg Toh Puan Laksamana Kedah.
Diberi gelaran YABhg Toh Puan Bendahara Kedah pada 15 Januari 2017.

8. Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Darul Aman.

Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah,
D.K.H., D.K.Y.R., S.H.M.S., S.S.D.K., P.S.M., P.A.T., J.P.
Dilantik sebagai YTM Tunku Panglima Besar Kedah pada 17 Januari 2009.
Dilantik sebagai YTM Tunku Temenggong Kedah pada 15 Januari 2017.

9. Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah Darul Aman.

Yang Teramat Mulia Tunku Dato' Shazuddin Arif Ibni Sultan Sallehuddin,
D.S.D.K.
Dilantik sebagai YTM Tunku Laksamana Kedah pada 26 November 2017.

Istiadat Pertabalan KDYMM Sultan Kedah Ke-29 Bermula.

ISTIADAT LETAK KERJA SEMPENA PERTABALAN KDYMM SULTAN KEDAH KE-29.


Istiadat Pertabalan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman Ke-29 bermula dengan Istiadat Letak Kerja Sempena Pertabalan KDYMM Sultan Kedah Darul Aman Ke-29 yang diadakan pada 20 September 2018. Istiadat Letak Kerja ini disempurnakan oleh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KDYMM Sultanah Kedah Darul Aman Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff.


Istiadat Letak Kerja ini diadakan di Balai Besar, Alor Star sebagai tanda penzahiran perkenan KDYMM Sultan Kedah untuk memulakan Istiadat Pertabalan Baginda. Istiadat bermula dengan keerangkatan tiba KDYMM Sultan Sallehuddin dan KDYMM Sultanah Maliha yang disambut oleh YAB Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Bin Tun Dr Mahathir dan isteri YABhg To' Puan Norzieta Zakaria. Keberangkatan baginda berdua masuk ke Balai Besar diiringi oleh lagu "Allah Selamat Sultan". 


Istiadat yang bermula kira-kira pukul 10.00 pagi itu menyaksikan YBhg Dato' Paduka Pengelola Bijaya Diraja Ketua Istiadat Dato' Paduka Syed Unan Mashri memohon perkenan KDYMM Sultan Kedah untuk memulakan istiadat. Istiadat dimulakan dengan perarakan masuk Mata Air dari 12 daerah dan air zam zam. Mata Air ini diisi dalam batil perak dan dibawa oleh pegawai 12 daerah berkenaan dengan diketuai oleh seorang Dato' bergelar. Air Mata Air ini akan digunakan semasa Istiadat Siram Tabal nanti. Selepas itu air zam zam dibawa masuk oleh Dato Bandar Majlis Bandaraya Alor Star. 


Istiadat diteruskan dengan perarakan masuk 9 jenis bunga-bungaan oleh Pawai-Pawai Wanita yang terdiri daripada kerabat diraja Kedah. Bunga-bungaan yang dibawa masuk adalah Bunga Cempaka Kuning, Bunga Melur, Bunga Kesidang, Bunga Melati, Bunga Kenanga, Bunga Lili, Bunga Mawar Kuning, Bunga Kekwa dan Bunga Harum Malam. Kesemua bunga ini juga akan digunakan semasa Istiadat Siram Tabal.


Pearakan masuk yang terakhir adalah perarakan masuk dulang yang mengandungi Sintok, Limau dan Kemenyan yang dibawa oleh 3 orang Penghulu dengan diketuai oleh seorang Dato Bergelar. Selesai perarakan terakhir ini, KDYMM Sultan Kedah memberi titah ucapan baginda sempena memulakan istiadat pertabalan baginda ini. Selesai menyampaikan titah, KDYMM Sultan Kedah memberikan skrol kepada YAB Menteri Besar sebagai tanda mula kerja. Sesudah itu, tembakan meriam sebanyak 9 das kedengaran dan nobat dimainkan. Doa selamat dibacakan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Kedah sebelum Dato' Paduka Bijaya Diraja Ketua Istiadat menamatkan Istiadat. 


Berangkat sama DYTM Raja Muda Kedah Tunku Sarafuddin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, DYTM Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Dato' Seri Zaheeda Binti Mohd Ariff, YTM Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani, YABhg Toh Puan Bendahara Kedah Puan Sri Dato' Nora Binti Abdullah, YTM Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, YTM Tunku Laksamana Kedah Tunku Dato' Shazuddin Arif Ibni Sultan Sallehuddin, serta kerabat diraja Kedah. Turut hadir ahli-ahli pentadbiran negeri Kedah serta tetamu kehormat. 




Saturday, 22 September 2018

Darjah Kerabat Yang Diterima KDYMM Sultan Sallehuddin.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menaiki takhta negeri Kedah Darul Aman sebagai Sultan Kedah Ke-29 pada 11 September 2017 setelah kemangkatan kekanda baginda, Almarhum Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Sebagai seorang Raja Pemerintah yang baru menaiki takhta, baginda telah dikurniakan dengan Darjah Kerabat daripada Raja-Raja Melayu. Darjah-Darjah Kerabat ini termasuklah :

DARJAH KERABAT YANG AMAT DIHORMATI (D.K.) KELANTAN DARUL NAIM


Pada 30 September 2017, satu istiadat penganugerahan Darjah Kerabat Kelantan kepada KDYMM Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah diadakan di Istana Anak Bukit. Istiadat ini disempurnakan oleh YMM Pemangku Raja Kelantan Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang mewakili KDYMM Sultan Muhammad V. Turut berangkat, KDYMM Sultanah Maliha Tengku Ariff, DYTM Raja Muda Kedah Tunku Sarafuddin Badlishah, YBM Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Dato Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, YTM Tunku Bendahara Kedah Tunku Abdul Hamid Thani, YTM Tunku Temenggong Kedah Tunku Puteri Intan Safinaz, YAB Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yakob dan pegawai-pegawai Istana Kelantan. Pada istiadat yang sama juga, KDYMM Sultan Sallehuddin berkenan menganugerahi YMM Pemangku Raja Kelantan dengan Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat DiHormati (D.M.K.).


DARJAH KERABAT JOHOR YANG AMAT DIHORMATI PANGKAT PERTAMA (DK I)


Pada 30 Oktober 2017, KDYMM Sultan Kedah Darul Aman Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat DiHormati Pangkat Pertama (DK I) pada satu Istiadat Penganugerahan di Istana Anak Bukit. Anugerah ini disampaikan oleh DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Turut berangkat, YTM Tunku Bendahara Kedah Tunku Abdul Hamid Thani, YTM Tunku Laksamana Kedah Tunku Shazuddin Arif, serta DYAM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah. Selesai istiadat, baginda berdua berangkat ke Makam DiRaja Langgar untuk menziarahi makam Almarhum Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. 


DARJAH KERABAT DIRAJA YANG AMAT DIHORMATI (D.K.) PERAK DARUL RIDZUAN.


Pada 4 Disember 2017, KDYMM Sultan Kedah Darul Aman Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dikurnia Darjah Kerabat Yang Amat DiHormati (D.K.) Perak dalam satu istiadat yang diadakan di Istana Anak Bukit. Darjah Kerabat tersebut disampaikan oleh DYTM Raja Muda Perak Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa yang mewakili DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah. Turut berangkat, DYTM Raja Muda Kedah Tunku Sarafuddin Badlishah, YTM Tunku Bendahara Kedah Tunku Abdul Hamid Thani serta Orang Besar Negeri Perak.


DARJAH KERABAT YANG AMAT DIHORMATI (D.K.) SELANGOR DARUL EHSAN.


Pada 25 Januari 2018, KDYMM Sultan Kedah Darul Aman Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dikurnia Darjah Kerabat Yang Amat DiHormati (D.K.) Selangor. Istiadat Penganugerahan ini diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Istiadat penganugerahan disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, KDYMM Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Arif, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, DYTM Raja Muda Kedah Tunku Sarafuddin Badlishah, DYTM Raja Puan Muda Kedah Che Puan Zaheeda Mohd Arif, YAM Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah, YTM Tunku Bendahara Kedah Tunku Tan Sri Abdul Hamid Thani, YABhg Toh Puan Bendahara Kedah Dato' Nora Abdullah, YTM Tengku Temenggong Kedah Tunku Puteri Intan Safinaz, dan YTM Tunku Laksamana Kedah Tunku Shazuddin Arif. 



DARJAH KERABAT BAGINDA TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL (D.K.)


Pada 13 September 2018, KDYMM Sultan Kedah Darul Aman Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah dikurnia Darjah Kerabat Baginda Syed Putra (D.K.) Perlis. Istiadat penganugerahan diadakan di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur. Anugerah disampaikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizzuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang mewakili DYMM Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. 


Jadual Pertabalan KDYMM Sultan Kedah Darul Aman Ke 29.



Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah memaklumkan bahawa Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 bermula pada 20 September 2018 dan akan berakhir pada 17 November 2018. Istiadat Pertabalan KDYMM Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah ini amat signifikan kerana kali terakhir negeri Kedah menyaksikan pertabalan Sultan Kedah adalah 59 tahun lepas iaitu pada tahun 1958 dimana Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ditabalkan. Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Negeri Kedah, Isahak Murat, berikut merupakan aturcara dan istiadat yang akan dijalankan sempena Pertabalan Sultan Kedah:

20 September 2018: Istiadat Meletak Kerja di Balai Besar, Alor Star.

5 Oktober 2018: Istiadat Ziarah Makam di Makam DiRaja Langgar.

14 Oktober 2018 : Istiadat Siram Tabal di Dataran Jamuan Teh, Istana Anak Bukit.

18 Oktober 2018: Majlis Bacaan Yassin & Doa serta Jamuan Kesyukuran di Masjid Zahir.

19 Oktober 2018 : Majlis Solat Jumaat dan Khutbah Khas Sempena Pertabalan di Masjid Zahir.

20 Oktober 2018 : Istiadat Perarakan & Perbarisan Kehormat di Dataran Balai Besar, Alor Star.

22 Oktober 2018: Istiadat Pertabalan KDYMM Sultan Kedah Darul Aman Ke-29 di Balairung Seri, Istana Anak Bukit.

27 Oktober 2018 : Santapan DiRaja Sempena Pertabalan KDYMM Sultan Kedah Darul Aman Ke-29 di Istana Anak Bukit.

7 November 2018 : Menamat Majlis & Kesyukuran Sempena Tamat Acara Pertabalan di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...