Anda Pengunjung Ke :

Monday, 24 March 2014

Kemangkatan Tengku Bendahara Selangor.




Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Selangor Darul Ehsan, Tengku Dato' Azman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj telah mangkat pada pukul 2.31 petang 23 Mac 2014. Beliau mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Beliau merupakan ayahanda saudara kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Tengku Azman dilahirkan pada tahun 1 Januari 1931 dan merupakan putera kepada Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj dan Cik Puan Hajah Kalsum Binti Haji Mahmud. Tengku Azman juga merupakan adik beradik seibu sebapa dengan DYTM Raja Puan Muda Kedah Tengku Hajah Raudzah dan juga Almarhum Tengku Ampuan Hajah Bariah. Beliau merupakan Ahli Dewan Diraja Selangor dan berusia 83 tahun. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Yang Amat Mulia Tengku Puan Bendahara Selangor Tengku Thuraya Binti Almarhum Sultan Ibrahim pada 27 Disember 1950 dan dikurniakan 4 orang putera dan 2 orang puteri. Dikurniakan gelaran Tengku Bendahara Selangor oleh ayahanda beliau pada 13 Mei 1959. Jenazah beliau telah dibawa ke Istana Alam Shah, Klang pada pukul 5 petang 23 Mac 2014. Solat jenazah telah diadakan di Masjid Istana Diraja , Istana Alam Shah pada pukul 10.30 pagi dan dimakamkan di Makam DiRaja Klang dengan penuh adat istiadat. Al Fatihah dan takziaj buat keluarga DiRaja Selangor Darul Ehsan. 

Balu Almarhum, Tengku Thuraya Binti Almarhum Sultan Ibrahim.

Thursday, 20 February 2014

Senarai Para Permaisuri Negeri Mengikut Dekad..(50an, 60an dan 70an).

DEKAD 1950 an.

RAJA PEREMPUAN PERLIS INDERA KAYANGAN.
KDYMM Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail,S.M.N.,A.M.N.

SULTANAH KEDAH DARUL AMAN.
( Sehingga 1958).
KDYMM Sultanah Asma Binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, D.K., P.S.B.

RAJA PEREMPUAN PERAK DARUL RIDZUAN.
DYMM Raja Perempuan Taayah Binti Almarhum Raja Abdul Hamid,P.J.K.

TENGKU AMPUAN SELANGOR DARUL EHSAN.
( Sehingga 1960 ).
DYMM Tengku Ampuan Jemaah Binti Almarhum Raja Ahmad,
D.K.(Selangor).

TUANKU AMPUAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
( SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG ).
( Sehingga 1960 ).
DYMM Tuanku Kurshiah Binti Tunku Besar Burhanuddin,S.M.N.

SULTANAH JOHOR DARUL TAKZIM.
( Sehingga 1959 ).
DYMM Sultanah Marcella Ibrahim,
D.K.,S.P.M.J.,Grand Cordon of the Order of Crown (Romania).

TENGKU AMPUAN PAHANG DARUL MAKMUR.
KDYMM Tengku Ampuan Fatimah Binti Almarhum Sultan Iskandar,
D.K., Pingat Jubli Perak(Pahang).

TENGKU AMPUAN BESAR TERENGGANU DARUL IMAN.
KDYMM Tengku Ampuan Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja,D.K.(Terengganu).


RAJA PEREMPUAN KELANTAN DARUL NAIM.
( Sehingga 1960 ).
KDYMM Sultanah Zainab Binti Tengku Zainal Abidin.
D.K.(Kelantan).

...................................................................................................................................

DEKAD 1960 an.

RAJA PEREMPUAN PERLIS.
( SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG : 1960-1965).
KDYMM Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail,
D.K.,D.M.N.,S.M.N.,A.M.N.,Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand),  The Great Cross of Agricultural Merit(Cambodia), First Class of the Order of the Precious Crown(Japan), Nahdar Star-First Class(Pakistan), Order of Makal Perfection(United Arab Republic).

SULTANAH KEDAH DARUL AMAN.
KDYMM Sultanah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman,D.K.

RAJA PEREMPUAN PERAK DARUL RIDZUAN.
( Sehingga 1963).
DYMM Raja Perempuan Taayah Binti Almarhum Raja Abdul Hamid,P.J.K.

( Bermula 1963 ).
DYMM Raja Perempuan Muzwin Binti Raja Dato' Seri Ariff Shah.
TENGKU AMPUAN SELANGOR DARUL EHSAN.
RAJA PERMAISURI AGONG (1960).
DYMM Tengku Ampuan Jemaah Binti Almarhum Raja Ahmad,
D.K.(Selangor).

Tengku Ampuan bermula tahun 1961.
DYMM Tengku Ampuan Rahimah Binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Langkat,
D.K.,S.P.M.S.
TUANKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
( Sehingga 1967 ).
DYMM Tuanku Ampuan Durah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

SULTANAH JOHOR DARUL TAKZIM.
DYMM Sultanah Aminah Binti Almarhum Ungku Ahmad,
D.K.,D.K.II.,P.I.S.,Queen Elizabeth Coron Medal.


TENGKU AMPUAN PAHANG DARUL KHUSUS.
KDYMM Tengku Ampuan Fatimah Binti Almarhum Sultan Iskandar,D.K., Pingat Jubli Perak(Pahang).

TENGKU AMPUAN BESAR TERENGGANU DARUL IMAN.
 ( SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG : 1965-1970 ).
KDYMM Tengku Ampuan Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja,D.K.,D.M.N.,S.S.M.T.,S.P.M.T.,Grand Cordon of the Order of Merit(Republic of Germany), Order of the Golden Hearts(Philippines), Order of Queen Sheba(Ethiopia), Orders of Diplomatic Service Merit 1st Class (Republic of South Korea), Order of the Pleiades 1st Class(Iran), Grand Order of Mugunghwa(Republic of South Korea).


RAJA PEREMPUAN KELANTAN DARUL NAIM.
KDYMM Tengku Zainab Binti Almarhum Tengku Muhammad Petra,

............................................................................................................................................

DEKAD 1970 an.

RAJA PEREMPUAN PERLIS INDERA KAYANGAN.
KDYMM Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail,D.K.,D.M.N.,S.M.N.,A.M.N.,Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand),  The Great Cross of Agricultural Merit(Cambodia), First Class of the Order of the Precious Crown(Japan), Nahdar Star-First Class(Pakistan), Order of Makal Perfection(United Arab Republic).
http://warisanpermaisuri.blogspot.my/2011/11/ymm-almarhum-raja-perempuan-besar.html

SULTANAH KEDAH DARUL AMAN
( SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG : 1970-1975 ).
KDYMM Sultanah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman,
D.K.,D.K.H.,D.M.N.,S.M.N.,S.P.M.K.,Grand Cordon of the Order of Sacred Treasure(Japan), Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand), Order of Star of Mahaputra 1st Class(Indonesia), Order of the Pleiades 1st Class(Iran).

RAJA PEREMPUAN PERAK DARUL RIDZUAN.
DYMM Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Ariff Shah,

TENGKU AMPUAN SELANGOR DARUL EHSAN.
DYMM Tengku Ampuan Rahimah Binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Langkat,

TUANKU AMPUAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
DYMM Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin,

SULTANAH JOHOR DARUL TA'ZIM.
( Sehingga 1977 )
DYMM Sultanah Aminah Binti Almarhum Ungku Ahmad,D.K.,D.K.II.,P.I.S.,Queen Elizabeth Coron Medal.

( Bermula 1977 ).
DYMM Sultanah Nora Binti Tengku Ahmad,
TENGKU AMPUAN PAHANG DARUL MAKMUR.
(SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG : 1979-1984).
KDYMM Tengku Ampuan Afzan Binti Almarhum Tengku Muhammad Panglima Perang,

TENGKU AMPUAN BESAR TERENGGANU DARUL IMAN.
KDYMM Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja,
D.K.,D.M.N.,S.S.M.T.,S.P.M.T.,Grand Cordon of the Order of Merit(Republic of Germany), Order of the Golden Hearts(Philippines), Order of Queen Sheba(Ethiopia), Orders of Diplomatic Service Merit 1st Class (Republic of South Korea), Order of the Pleiades 1st Class(Iran), Grand Order of Mugunghwa(Republic of South Korea),Grand Cordon of the Order of Precious Crown(Japan), Order of Mahaputra 1st Class(Republic of Indonesia).

RAJA PEREMPUAN KELANTAN DARUL NAIM.
( SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG : 1975-1979 ).
KDYMM Tengku Zainab Binti Almarhum Tengku Muhammad Petra,

Saturday, 8 February 2014

Lawatan Raja-Raja Melayu ke Brunei Darussalam (Tahun 1958)- Bahagian 4.

Pada sebelah malamnya, KDYMM Sultan Brunei meraikan tetamu-tetamu baginda dalam suatu Santapan Diraja yang diadakan di dewan bankuet Istana Darul Hana. Raja-Raja Melayu berserta Permaisuri yang berangkat ke Brunei diundang ke Istiadat Santapan ini. Turut serta ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan YAB Tun Abdul Razak Hussien serta para kenamaan lain.

YTM Tunku Abdul Rahman berbual bersama YAM Tunku Aminah, Isteri Tunku Mahkota Johor.

KDYMM Sultan Brunei bersama DYMM Tengku Ampuan Jemaah dan KDYMM Sultan Pahang.

Sultan Brunei mendahului Raja-Raja menuju ke Istiadat Santapan.

Sultan Selangor dan Sultan Pahang.

Raja Perlis dan Tunku Laksamana Munawir.

Tetamu Diraja sedang menikmati hidangan.




Thursday, 6 February 2014

Khas Sempena 30 Tahun Pemerintahan Sultan Azlan Shah..

WARISAN PERMAISURI akan membawakan segmen khas sempena Sambutan 30 Tahun Sultan Azlan Shah selaku Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 3 Februari 2014. Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Perak pada 3 Februari 1984 menggantikan Almarhum Sultan Idris Shah Afifullah. Daripada seorang Ketua Hakim Negara kepada seorang Raja Pemerintah. Itulah tuah Sultan Azlan . Kerjaya profesional baginda amat dikagumi dan merupakan seorang yang disegani dalam bidang perundangan negara. Lebih membanggakan lagi, baginda merupakan satu-satunya raja di dunia yang pernah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Sepanjang bergelar seorang hakim, baginda banyak mengadili kes-kes yang berprofil tinggi. Baginda juga mencipta rekod sebagai Hakim termuda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 1965 ketika berusia 37 tahun. Selain pernah menjawat jawatan tertinggi dalam perundangan negara,baginda juga pernah menjadi Ketua Negara. Baginda menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke 9 pada tahun 1989 hingga 1994. Sepanjang 30 bergelar Sultan Perak, baginda begitu komited dengan tugas baginda selaku Ketua Negeri. Baginda yang berusia 85 tahun dinasihatkan oleh para doktor untuk berehat. Tugas Sultan Perak dipangku oleh anakanda baginda DYMM Raja Dr Nazrin Shah. Sempena sambutan 30 Tahun Sultan Azlan di atas takhta negeri Perak Darul Ridzuan, WARISAN PERMAISURI akan berkongsi 30 Gambar  Wajah-wajah Sultan Azlan sepanjang hayat baginda. Sama-sama kita doakan semoga Tuanku diberikan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT selalu. Amin..........



















WAJAH SEORANG SULTAN KESAYANGAN.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...