Anda Pengunjung Ke :

Tuesday, 9 August 2016

YTM Raja Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah.


Yang Teramat Mulia Raja Kechil Besar Perak Darul Ridzuan
Raja Dato' Seri Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah,
D.K.A. II, S.P.C.M., S.P.M.P.

Raja Azlan Muzaffar ketika masih bayi bersama nenda Almarhum Sultan Azlan dan Tuanku Bainun.

YTM Raja Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah diputerakan pada 14 Mac 2008 di Hospital Pakar Damansara, Selangor. Baginda merupakan putera sulung kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim. Nenda Raja Azlan Muzaffar adalah Almarhum DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Al-Maghfurlah dan YMM Raja Permaisuri Tuanku Bainun di sebelah keluarga ayahandanya. Manakala nenda di sebelah bondanya pula ialah YBhg Dato' Seri William Salim Davidson dan YBhg Dato' Seri Datin Sharifah Azaliah Binti Tan Sri Syed Omar Shahabuddin. 

Beruniform PDRM dengan tag nama Raja Azlan.

Raja Azlan Muzaffar menerima pendidikan di Kuala Lumpur International School. Baginda berusia 8 tahun. Setelah kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah, ayahanda Raja Azlan Muzaffar yang juga Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah telah ditabalkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak K-35. Selaku putera kepada Sultan Perak, Raja Azlan Muzaffar telah dimasukkan ke dalam senarai Raja Bergelar negeri Perak. Pada 20 Jun 2014, baginda telah diperkenankan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Raja Kechil Besar Perak dan merupakan pewaris takhta ketiga negeri Perak selepas DYTM Raja Muda Perak Raja Ja'afar Raja Muda Musa dan DYAM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Gaya seorang putera Sultan.

Raja Azlan dan Raja Nazira Safya,

Selaku Raja Kechil Besar Perak, baginda telah dikurniakan Darjah Kerabat Azlanii Pangkat Kedua (D.K.A. II) oleh ayahanda baginda. Selain itu, baginda juga dikurniakan dengan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.) yang membawa gelaran Dato' Seri pada 20 Jun 2014 dan seterusnya Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.) juga membawa gelaran Dato' Seri pada 9 Mei 2015.

Berangkat mengiringi ayahanda mengunjungi makan Sultan Perak terdahulu.


Mengiringi nenda Tuanku Bainun ketika istiadat pertabalan.

Raja Azlan Muzaffar Shah mempunyai seorang adinda iaitu Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang diputerikan pada  3 Ogos 2011 dan kini berusia 5 tahun. Raja Azlan Muzaffar dan Raja Nazira Safya mendapat pendidikan yang sempurna sebagai putera dan puteri Sultan. Kemunculan baginda berdua semasa istiadat pertabalan ayahanda baginda amat menarik minat rakyat jelata. Raja Azlan Muzaffar dilihat amat tertib dalam mengiringi ayahanda dan bonda ke majlis rasmi walaupun baru berusia 8 tahun. Baginda menuruti jejak langkah ayahanda baginda Sultan Nazrin yang mempunyai akhlak pekerti yang disegani. Nama baginda diambil bersempena nama nenda baginda, Sultan Azlan Shah yang merupakan seorang Raja cendekiawan dan ilmuan dalam bidang perundangan. Semoga YTM Raja Azlan Muzaffar Shah berada dalam lindungan Allah S.W.T. selalu dan diberi kerahmatan dari-Nya.


Ketika hari pertabalan ayahanda baginda.

Bermain bersama adinda tersayang.


Ketika Istiadat Menjunjung Duli.

Bersama ayahanda, bonda dan adinda.

Raja Azlan dipangku oleh Almarhum nenda Sultan Azlan Shah.

Raja Kechil Besar Perak ketika Pertabalan Sultan Perak.


Membuat mimik muka sambil adinda Raja Safya ketawa.

Sunday, 7 August 2016

7 Ogos1917 : Hari Keputeraan Almarhum Raja Perempuan Zainab.



Al - Fatihah..


DALAM KENANGAN.

Almarhum Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan Darul Naim Raja Perempuan Zainab Binti Almarhum Tengku Muhammad Petra,
D.K., D.M.N., S.P.M.K.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-6 (1975-1979)
Raja Perempuan Kelantan Darul Naim ke-12 (1960-1979)
Tengku Ampuan Mahkota Kelantan Darul Naim ( 1948-1960)

7 Ogos 1917 - 10 Januari 1993

Semoga ALLAH S.W.T. Mencucuri Rahmat ke atas Roh Almarhum.



Thursday, 4 August 2016

Kerabat Bergelar Negeri Sembilan Darul Khusus.


Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
D.K., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Perlis), D.K.(Selangor), D.K.(Kedah), D.K.(Kelantan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.Y.R., P.P.T.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
D.K., D.P.T.J., P.P.T.

Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Darul Khusus
Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.
D.K., D.M.N., D.K.(Kedah), D.K.(Kelantan), S.P.T.J., S.P.M.K., Grand Cross of the Royal Order of Cambodia, Dame Grand Cross of the Order of Civil Merit(Spain), Grand Cross of the Order of Merit (Egypt).

Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan Darul Khusus
Tunku Dato' Seri Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz.
D.K.Y.R., S.S.T.M.

Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Negeri Sembilan Darul Khusus
Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar.
D.K., D.K.Y.R., S.P.N.S., S.P.M.P., S.P.M.S., P.P.T., P.J.K.,  Ordre National De La Legion d'Honneur(France), Order National Du Merit-Officer(France), Order of Gran Cruz De La Orden Bernando O'Higgins(Chile).

Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting Negeri Sembilan Darul Khusus
Tunku Tan Sri Dato' Seri Utama Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar.
D.K.Y.R., P.S.M., S.P.N.S., A.M.N., P.J.K.

Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Tunku Dato' Seri Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar.
D.K.Y.R., S.P.T.J.

Yang Amat Mulia Tunku Dara
Tunku Tan Sri Dato' Seri Naquiah Binti Almarhum Tuanku Ja'afar.
D.K.Y.R., P.S.M., S.P.T.J., J.P., A.M.N., P.J.K.

Yang Amat Mulia Tunku Puteri
Tunku Dato' Seri Puan Sri Jawahir Binti Almarhum Tuanku Ja'afar.
D.K.Y.R., S.P.T.J.

Yang Amat Mulia Tunku Kechil Besar
Tunku Dato' Mudzafar Ibni Almarhum Tunku Dato' Seri Mustapha.
D.K.Y.R., P.S.D., P.P.T., P.J.K.

Yang Amat Mulia Tunku Imam
Tunku Dato' Seri Mahmud Ibni Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.
D.K.Y.R., S.P.T.J., P.S.D., K.M.N., P.P.T.

Yang Amat Mulia Tunku Alang
Tunku Dato' Seri Iskandar Ibni Almarhum Tunku Tan Sri Abdullah.
S.S.T.M., D.P.T.J., D.N.S., D.S.N.


Yang Amat Mulia Tunku Kechil Muda
Tunku Dato' Seri Hasmuddin Ibni Almarhum Tunku Othman.
S.S.T.M., D.P.T.J.

4 Ogos 1927 : Hari Keputeraan Almarhum Tengku Ampuan Rahimah.



Al - Fatihah..


DALAM KENANGAN.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Selangor Darul Ehsan Tengku Ampuan Rahimah AlHajjah Binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Langkat,
D.K., S.P.M.S., S.S.S.A., S.P.M.K.(Kelantan).

Tengku Ampuan Selangor Darul Ehsan Ke-8 (1960-1993)
Raja Puan Muda Selangor Darul Ehsan (1958-1960)

4 Ogos 1927 - 27 Jun 1993

Semoga ALLAH S.W.T. Mencucuri Rahmat ke atas Roh Almarhum.




Wednesday, 3 August 2016

Darjah Kebesaran Azlanii Perak.

Darjah Yang Teramat Mulia Darjah Kerabat Azlanii merupakan darjah kebesaran negeri Perak Darul Ridzuan yang diilhamkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Darjah kebesaran ini dizahirkan pada tahun 2009 dan 2010 sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan. Darjah ini mempunyai tiga pangkat. Darjah Kerabat Azlanii, Darjah Kerabat Azlanii II dan Darjah Dato' Seri Azlanii. Darjah kebesaran ini ekslusif hanya dikurniakan kepada penerima-penerima yang mempunyai hubungan rapat dan banyak berjasa kepada Almarhum Sultan Azlan Shah. Darjah Azlanii tidak dikurniakan kepada kerabat diraja negeri lain, hanya dikurniakan kepada kerabat negeri Perak sahaja. 


DARJAH KERABAT AZLANII (D.K.A.)

Darjah Kerabat Azlanii dizahirkan pada tahun 2010 dan dikurniakan kepada DYMM Raja Permaisuri Perak, DYTM Raja Muda Perak, dan DYTM Raja Puan Besar Perak sahaja. Darjah kerabat ini berada pada kedudukan ke-3 dalam susunan kekananan darjah kebesaran negeri Perak selepas Darjah Kerabat Yang Amat DiHormati (D.K.) dan Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah (D.K.S.A.). Setakat ini keanggotaan darjah ini hanyalah 5 orang sahaja termasuk YMM Raja Permaisuri Tuanku Bainun, DYMM Sultan Nazrin Shah. DYMM Tuanku Zara Salim, DYTM Raja Jaafar. dan DYTM Raja Nor Mahani. 
     
Sultan Azlan memakai set penuh D.K.A. manakal Tuanku Bainun memakai selepang dan bintang D.K.A.

      
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara memakai selepang dan bintang D.K.A.

Raja Nor Mahani memakai set penuh D.K.A manakala Raja Jaafar memakai selepang dan kalung D.K.A.

DARJAH KERABAT AZLANII II (D.K.A. II)

Darjah Kerabat Azlanii pangkat kedua atau D.K.A. II dizahirkan pada tahun 2010. Darjah kebesaran ini dikurniakan kepada DYAM Raja DiHilir Perak, DYAM Raja Puan Muda Perak, YTM Raja-Raja Bergelar, YTM Anakanda-anakanda Almarhum Sultan Azlan dan kerabat-kerabat diraja Perak yang terdekat. Darjah kebesaran ini berada dalam kedudukan ke-4 susunan keutamaan darjah kebesaran negeri Perak selepas Darjah Kerabat Azlanii. 


Raja Iskandar Dzulkarnain memakai selepang dan bintang D.K.A. II manakala Tunku Soraya memakai selepang D.K.A. II.

Almarhum Raja Ashman dan Dato' Seri Noraini Jane memakai selepang dan kalung D.K.A. II.

Raja Ahmad Nazim memakai set penuh D.K.A. II.

Penerima-penerima D.K.A. II : YTM Raja Azlan Muzaffar Shah, YBhg Dato' Seri Muhammad Salleh Ismail, YTM Raja Dato Seri Azureen, YBhg Dato' Seri Noraini Jane, YTM Raja Dato' Seri Eleena dan YBhg Dato' Seri Ismail Farouk Abdullah.

DARJAH DATO' SERI AZLANII (D.S.A.) : DATO' SERI.

Darjah Dato' Seri Azlanii dizahirkan pada tahun 2009 sempena Perayaan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan. Darjah ini merupakan darjah kebesaran khas dan telah diwartakan untuk 25 orang penerima sahaja. Darjah ini dikurniakan sekali sahaja dan tidak akan dikurniakan lagi. Penerima darjah ini merupakan individu yang banyak berjasa kepada Almarhum Sultan Azlan sepanjang pemerintahan baginda semenjak tahun 1984. Darjah kebesaran ini berada pada kedudukan ke-6 dalam susunan keutamaan darjah kebesaran negeri Perak. Darjah kebesaran ini dikurniakan pada 2 Februari 2009 di Istana Iskandariah kepada 25 penerima. Darjah kebesaran ini membawa gelaran Dato' Seri.


    
Annuar Zaini memakai kalung dan bintang D.S.A. manakala Zahidi Zainuddin memakai bintang D.S.A.

1. Allahyarham Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan, (Orang Besar Perak & Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka)
2. Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini (Pengerusi BERNAMA)
3. Tun Mohammed Haniff Omar (Bekas Ketua Polis Negara)
4. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen.(B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin (Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia)
5. Sahibul Samaah Tan Sri Dato' Seri Dr. Harussani Zakaria (Mufti Negeri Perak)
6. Datuk Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah (Pro-Canselor UPSI)
7. Tan Sri Dr. Yahaya Ibrahim (Pro-Canselor UPSI)
8. Tan Sri P. Alagendra (Setiausaha Agong Persekutuan Hoki Asia)
9. Tan Sri V. Jeyaratnam (Pengerusi Yayasan Sultan Idris Shah)
10. Tan Sri Datuk Seri Dr. Robaayah Zambahari (Perunding Kanan Kardiologi Institut Jantung Negara)
11. Dato'Seri Taalat Hussein (Bekas Datuk Bandar Ipoh)
12. Datuk Seri Lee Oi Hian (Pengerusi Kuala Lumpur Kepong Berhad)
13. Datuk Seri Selvamany a/l Navachitra Soudamany (Tokoh Guru Kebangsaan 1997)
14. Datuk Zulkifli Mohd. Ali
15. Datuk Ir. Kamarulzaman Mohd. Ali (Pengarah Eksekutif Gamuda Berhad)
16. Toh Maharaja Dewa Datuk Zaharin Pandak Chulan (Orang Besar 16 Perak)
17. Tan Sri Dr. Yom Ahmad Ngah Ahmad (Pengerusi Ipoh City & Country Club)
18. Tan Sri Dr M Mahadevan Mahalingam (Pakar Pskitri)
19. Datuk Seri Dr Jalaluddin Abdul Rahim
20. Prof Dato' Seri Dr Visu Sinnadurai (Pensyarah Undang-Undang, Universiti Malaya & Bekas Hakim Mahkamah Tinggi)
21. Datuk Dr S Underwood
22. Datuk Dr Chin Chien Tet
23. Datuk Tan Cheng Or
24. Datuk Noordin Omar
25. Datuk Timor Shah Rafiq

Friday, 29 July 2016

Raja Melayu Paling Tua Pernah Bertakhta.



Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah merupakan Raja Melayu paling tua pernah bertakhta dalam sejarah Kesultanan Melayu. Baginda merupakan Sultan Selangor ke-4. Baginda memerintah bermula 6 Januari 1857 hingga 6 Februari 1898 iaitu selama 41 tahun. Baginda menaiki takhta Selangor pada usia 53 tahun dan mangkat ketika berusia 94 tahun. Baginda mencipta sejarah sebagai Sultan paling tua pernah bertakhta apabila mangkat ketika berusia 94 tahun. Baginda dimakamkan di Jugra, Kuala Selangor. Putera baginda yang merupakan Raja Muda Selangor ketika itu, Raja Muda Musa mangkat pada tahun 1884. Sultan Abdul Samad digantikan oleh cucunda baginda, Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa yang menaiki takhta pada tahun 1898 hingga tahun 1938. Warisan Permaisuri Melayu menyenaraikan beberapa orang Raja-Raja Melayu pernah bertakhta yang usianya melebihi 85 tahun. 

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (89 Tahun).
Diputerakan : 28 November 1927.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Ismail Al-Khalidi Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim (87 Tahun).
Diputerakan : 28 Oktober 1894
Mangkat : 10 Mei 1981


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (86 Tahun).
Diputerakan : 19 Julai 1922
Mangkat : 27 Disember 2008


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah Ibni Almarhum Sultan Sir Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah (86 Tahun).
Diputerakan : 19 April 1928
Mangkat : 28 Mei 2014


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Ibrahim Al- Masyhur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar (86 Tahun).
Diputerakan :17 September 1873
Mangkat : 8 Mei 1959


Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mus'tain Billah Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah (86 Tahun).
Diputerakan : 24 Oktober 1930.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...