Entry
kali ini berkaitan dengan permaisuri negeri Selangor Darul Ehsan pula.Gelaran
bagi permaisuri berdarah raja adalah Tengku Ampuan manakala pemaisuri dari
kalangan kebanyakan digelar Tengku Permaisuri.Berdarah kerabat Selangor baginda
yang dimaksudkan adalah Yang Maha Mulia Almarhum Tengku Ampuan Raja Jemaah
Binti Almarhum Raja Ahmad,D.K.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-2
Tengku Ampuan Jemaah diputerikan pada tahun 1900 di Bandar
Temasha Kuala Langat Selangor.Merupakan puteri kepada kerabat diraja
Selangor Almarhum Raja Ahmad dan Almarhum Raja Fatimah Binti
Raja Tahir. Mendapat pendidikan awal di sebuah Sekolah Melayu yang
terletak di kawasan Istana Bandar Temasha.Mendapat didikan sebagai seorang
puteri raja yang cukup sempurna daripada keluarga baginda.
Sultan dan Tengku Ampuan Selangor.
Pada tahun 1920,ketika baginda berusia 20 tahun,Tengku
Ampuan Jemaah telah mendirikan rumah tangga dengan Almarhum DYMM Sultan
Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Alaedin Sulaiman Shah.Ketika
itu Sultan Hisamuddin merupakan pengiring diraja kepada Sultan Alaedin.Secara
automatik,setelah berkahwin Tengku Ampuan Jemaah menjadi pengiring diraja
kepada Tengku Ampuan Fatimah,bonda mertua baginda.Pada tahun 1926,pasangan
diraja ini telah dikurniakan seorang putera iaitu DYMM Almarhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Sultan Selangor Ke 9.Tengku Ampuan
Jemaah merupakan nenda kepada Sultan Selangor sekarang.
Menerima kunjungan daripada DYMM Sultan Yusuf Izzudin dan DYMM Raja Perempuan Taayah.
Tengku
Ampuan Jemaah ditabalkan sebagai Tengku Ampuan Selangor pada tarikh 26 Januari
1939 ketika baginda berusia 39 tahun.Namun suami baginda diturunkan takhta pada
zaman pendudukan Jepun.Jawatan baginda diambil alaih oleh Permaisuri Sharifah
Mastura.Namun,setelah British kembali,Takhta Selangor telah dikembalikan kepada
baginda berdua.Baginda menduduki takhta kerajaan Selangor sebagai Tengku Ampuan
selama lebih kurang 17 tahun.
Pada 14 April 1960 baginda telah dilantik sebagai Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serentak dengan perlantikan Sultan
Hisamuddin sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kedua.Namun,suami
baginda mangkat akibat penyakit misteri sebelum pertabalan pada 1 September
1960.Tengku Ampuan Jemaah menjadi Raja Permaisuri Agong tidak sampai tempoh 5
bulan.
Tengku Ampuan Jemaah bersama Raja Perempuan Taayah.
Pada
tahun 1952,baginda telah menunaikan fardu haji di Makkah dan pada tahun 1953
baginda menemani Sultan Hisamuddin menyaksikan pertabalan Ratu Elizabeth
11.Baginda merupakan seorang yang sangat meminati hasil seni.Hal ini dapat
dilihat apabila Tengku Ampuan Jemaah rajin mencuba pelbagai kerja pertukangan
tangan di istana.Baginda sangat mahir menyulam,mengait dan membuat sulaman
tampal.Di Klang,baginda mengumpulkan kaum wanita di seluruh pelosok Selangor
dan memulakan program latihan seni pertukangan tangan untuk semua kaum
wanita.Hasil kerja tangan ini dihantar ke Hotel Reffles Singapura di bawah
jenama "Pertukangan Tangan Melayu Selangor" yang dibiayai oleh isteri
Gabenor Singapura ketika itu.
Potret rasmi DYMM Tengku Ampuan Selangor.
Kedai
Pertukangan Tangan Melayu telah dibuka di Klang dan cawangan seterusnya dibuka
di Kedai Robinson di Kuala Lumpur.Satu lagi kejayaan baginda
adalah "Gerai Selangor "di pameran Malaysian
Agriculture,Horticulture and Agrotourism (MAHA) di Kuala Lumpur menarik
perhatian ramai pelancong Eropah pada ketika itu.Beberapa anugeah barangan
perak yang dimenangi gerai itu boleh dilihat di Muzium Istana Alam Shah.
Setelah
kemangkatan Almarhum suami baginda pada tahun 1960,baginda bersemayam selaku
bonda kepada Sultan Selangor.Baginda mangkat pada 8 April 1973 ketika usia 73
tahun dan dimakamkan di Makam Diraja Klang.Sebagai mengenang jasa Tengku Ampuan
Jemaah beberapa buah sekolah telah dinamakan sempena nama baginda.Hospital
Tengku Ampuan Jemaah juga mengambil sempena nama baginda.
Berikut gambar kenangan Almarhum Tengku Ampuan
Jemaah:
Diatas singgahsana Istana Selangor.
Lukisan potret baginda.
|
Hai saya ingin bertanya, mengenai gelaran "Ampuan", yang menggunakan gelaran tersebut adalah untuk permaisuri yang berdarah raja saja, tetapi macam mana dengan Almarhum Sultanah Bahiyah? saya sudah mula pening...
ReplyDeleteSebenarnya, gelaran Permaisuri negeri adalah kurniaan Sultan. Gelaran Ampuan memang digunakan untuk Permaisuri gahara sahaja. Namun, gelaran Tengku Ampuan hanya digunakan oleh negeri Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, dan Terengganu. Negeri Perak, Perlis dan Kelantan menggunakan gelaran Raja Perempuan. Manakala negeri Kedah dan Johor menggunakan gelaran Sultanah.
DeleteTapi sekarang Johor tidak lagi menggunakan gelaran sultanah
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteJohor masih menggunakan gelaran Sultanah Johor untuk permaisuri gahara yang berasal dari kerabat DiRaja Johor sendiri contohnya Sultanah Aminah, permaisuri bukan anak gahara tapi ayahandanya kerabat DiRaja seperti Sultanah Zanariah dan permaisuri yang berasal dari golongan rakyat biasa seperti Sultanah Fatimah. Manakala gelaran Permaisuri Johor yang pertama kali digunakan untuk Raja Zarith Sofiah ialah kerana Raja Zarith Sofiah ialah permaisuri gahara dan puteri Raja iaitu Puteri Sultan Perak
DeleteTok Wan hamba bernama Abas bin Abdul Aziz..mempunyai adik bernama Ismail bin Abdul Aziz!
ReplyDelete