Generasi sekarang tentu tidak berapa mengenali gerangan figura di atas.Tetapi,jika disebut nama Tengku Ampuan Rahimah,tentu ramai mengetahuinya.Ini adalah kerana nama Tengku Ampuan Rahimah telah diabadikan pada nama sebuah hospital yang cukup dikenali di Klang.Gambar diatas adalah pemilik nama Tengku Ampuan Rahimah atau nama sebenar baginda Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Rahimah Alhajjah Binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Langkat,D.K.,S.P.M.S.,S.S.S.A.,S.P.M.K.(Kelantan).
Ketika bergelar Tengku Ampuan Selangor.
Tengku Ampuan Rahimah diputerikan pada 4 Ogos 1927 di Langkat.Baginda merupakan puteri Sultan Langkat.Baginda juga merupakan kerabat Diraja Selangor di sebelah bonda baginda dimana Tengku Ampuan Rahimah merupakan cucunda kepada Sultan Selangor.Ayahanda baginda ialah Almarhum DYMM Sultan Langkat Paduka Sri Tuanku Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Musa Al Khalid Al Muazzam Shah.Bonda baginda pula merupakan puteri Diraja Selangor iaitu Almarhum DYMM Tengku Putri Zahra Binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah.
Tengku Ampuan Rahimah merupakan isteri ketiga kepada Almarhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj.Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 1956 di Istana Selangor,Kuala Lumpur.Ketika itu baginda berusia 29 tahun.Tengku Ampuan Rahimah melahirkan dua puteri untuk Sultan Salahuddin iaitu YAM Tengku Puteri Nur Marina dan juga YAM Tengku Puan Panglima Perlis Tengku Puteri Nur Zehan.Baginda bukanlah bonda kandung kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah.Sebaliknya bonda kandung Sultan ialah Almarhum YMM Raja Saidatul Ihsan Raja Badar Shah yang merupakan isteri pertama Sultan Salahuddin.
Ketika pertabalan Sultan Salahuddin sebagai Sultan Selangor.
Pada 13 Mei 1958,Tengku Ampuan Rahimah dilantik sebagai Raja Puan Muda Selangor.3 tahun selepas itu iaitu pada 28 Jun 1961,baginda ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Selangor.Ketika itu baginda berusia 34 tahun.Adat istiadat pertabalan diadakan di Istana Alam Shah.Suami baginda,Sultan Salahuddin menjadi Sultan Selangor setelah kemangkatan Almarhum Sultan Hisamuddin yang mangkat ketika menjadi Yang Dipertuan Agong pada tahun 1960.Baginda menjadi Tengku Ampuan Selangor dalam tempoh yang lama iaitu 33 tahun sehinggalah kemangkatan baginda.Tengku Ampuan Rahimah mangkat di usia 66 tahun pada 27 Jun 1993.
Baginda merupakan Tengku Ampuan yang sangat disayangi oleh rakyat Selangor.Baginda sering mengiringi Tuanku Sultan dalam kebanyakan majlis.Baginda prihatin terhadap kebajikan rakyat Selangor.Sebagai mengenang jasa Tengku Ampuan Rahimah,kerajaan Selangor telah menamakan sebuah hospital di Klang dengan nama Hospital Tengku Ampuan Rahimah.Selain itu,terdapat juga nama sekolah yang menggunakan nama baginda.Sepanjang menjadi Tengku Ampuan,baginda bukan sahaja menerima darjah kebesaran dari negeri Selangor sahaja,namun dari negeri lain juga.Sebagai contoh,Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan yang diterima baginda pada 12 November 1988.
Berikut gambar kenangan Almarhum Tengku Ampuan Rahimah:
Bersama Tengku Shahariah(kiri sekali),Almarhum Tengku Ampuan Bariah,dan Tuanku Najihah.
Terima kasih kepada admin yang sudi berkongsi ilmu dengan penulisan yang baik. Semoga admin diberkati Allah hekdaknya
ReplyDeleteTerima kasih juga kepada saudara/saudari yg sudi menjengah ke blog saya. Semoga kita semua dirahmat Allah jua.
ReplyDeleteFakta tarikh mangkat almarhummah bukankah pafa 26.06.1992??
ReplyDeleteJadi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Tengku Ampuan Rahimah antara bukan cuma pasangan antara pun sepupu kan.
ReplyDelete