Anda Pengunjung Ke :

Sunday, 29 September 2013

DYTM Tuanku Raja Puan Muda Kedah Darul Aman..


Raja Puan Muda semasa berangkat ke Istiadat Diraja. Di belakang baginda ialah anakanda saudara baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah.

WARISAN PERMAISURI akan menceritakan kisah seorang Puteri Sultan Selangor yang kini bergelar Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Kedah Darul Aman. Ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan jawatan Raja Puan Muda Kedah kerana baginda tidak lagi membuat kemunculan di khalayak ramai atas faktor usia dan kesihatan.

Diputerikan sebagai Yang Amat Mulia Tengku Raudzah Binti Sultan Hisamuddin Alam Shah Al Haj, puteri sulung kepada DYMM Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dan isteri baginda YTM Che Puan Kalsum Binti Mahmud. Tunku Raudzah diputerikan pada 29 September 1929 di Istana Bandar Temasha Kelang Selangor.Baginda merupakan adinda kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan kekanda kepada Tengku Ampuan Bariah .

Potret rasmi sebagai DYTM Raja Puan Muda Kedah.

Mendirikan rumah tangga bersama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah Darul Aman Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada tanggal 16 Julai 1956 di Istana Bukit Kota Alor Star Kedah. Setelah suami baginda dikurniakan gelaran Raja Muda Kedah pada 28 November 1981, gelaran rasmi baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah Darul Aman Tunku Hajah Raudzah Binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj,D.K.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.K.II (Selangor).
Perkahwinan baginda tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. Atas sebab kesihatan, Tunku Raudzah tidak memunculkan diri di khalayak umum. Baginda tidak lagi menghadiri Istiadat Diraja mahupun majlis rasmi kerajaan.Kini, baginda telah beusia 84 tahun dan bersemayam bersama suami baginda yang juga sedang uzur di Istana Kesoma. Sama-sama kita doakan semoga pasangan Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah diberikan kesihatan yang baik dan berada dalam perlindungan Allah selalu.

Bersama suami baginda.


Tunku Raudzah bersama suami Tunku Abdul Malik dan kerabat Diraja Selangor.

Tunku Raudzah ketika zaman muda baginda bersama Tuanku Abdul Halim ketika Santapan Diraja sempena keputeraan Sultan Kedah.


Baginda dipimpim oleh adinda ipar baginda Tuanku Siti Aishah dan Tuanku Intan Zaharah ketika Istiadat Pemakaman Kekanda baginda Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Gambar terbaru Raja Puan Muda ketika dilawati oleh Pertubuhan Perkumpulan Wanita Kedah di Istana Kesoma.

7 comments:

  1. Slm. Bukan nama ibu baginda Cik Puan Kalthum (cik som) ke.. Pls check. Tq

    Like your blog

    -rumah bendahara-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya baru perasan saya tersilap tulis. Terima kasih banyak2 atas keperihatinan. Terima kasih juga kerana sudi mengunjungi blog saya :)

      Delete
  2. Al-Fatihah. Semoga roh baginda di cucuri rahmat. aamiin

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...