Anda Pengunjung Ke :

Wednesday 2 July 2014

Raja Muda, Raja DiHilir Perak Angkat Sumpah..


Istiadat mengangkat sumpah jawatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan dan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak telah diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah mengangkat sumpah gelaran di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah. Istiadat diteruskan dengan kedua-dua baginda menandatangani watikah pangkat gelaran dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani. Kedua baginda dilantik mengisi dua jawatan penting takhta kerajaan Perak itu berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Azlan dan perlantikan Sultan Nazrin sebagai Sultan Perak ke 35.

Baginda berdua dilantik secara rasmi pada Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke 159 pada 20 Jun 2014. Pada mesyuarat yang pertama kali dipengerusikan oleh Sultan Nazrin itu memutuskan bahawa Raja Jaafar,73 tahun, yang ketika itu Raja DiHilir Perak dinaikkan pangkat ke jawatan Raja Muda manakala Raja Iskandar Zulkarnain,59 sebagai Raja Kechil Besar dinaikkan ke pangkat Raja DiHilir Perak.

Pada awal istiadat, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral(B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin mengishtiharkan perlantikan pangkat gelaran Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris.

Kemudian, Orang Kaya Maharaja Seri Bendahara mengishtiharkan kurniaan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak kepada isteri Raja Jaafar, Raja Nor Mahani Almarhum Raja Shahar Shah dan gelaran Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda kepada isteri Raja Iskandar Dzulkarnain, Tunku Soraya Tuanku Abdul Halim. Sultan Perak kemudiannya menyampaikan watikah kurniaan gelaran kepada Raja Nor Mahani dan Tunku Soraya.

6 comments:

  1. Jika Sultan Nazrin mangkat, adakah Raja Muda; Raja Jaafar secara otomatik akan menjadi Sultan Perak seterusnya?

    ReplyDelete
  2. Rasanya ia sebab negeri Perak ni gelaran yg tua didahului kecuali mereka menolak jawatan itu baru yg muda langkau

    ReplyDelete
  3. Betul. Inshallah.

    ReplyDelete
  4. Adakah YTM Raja Izzuddin Ibni Almarhum Sultan Idris Shah juga layak dinaikkan sebagai sultan jika mengikut hiraki yang awal..

    ReplyDelete
  5. Daulat Tuanku.. Raja yg adil rakyat sayang. Salam dari patik anak ipoh yg menetap di Melaka dah 30 tahun. Semoga ukhwah kita anak Perak dlm rahmat Allah. Hubungi patik jika perlu H/P: 017-6616986

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...