Anda Pengunjung Ke :

Wednesday, 24 June 2015

Tuanku Abdul Halim : Raja Sepanjang Zaman.

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dilantik sebagai Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 14 Julai 1958 menggantikan Almarhum ayahanda baginda. Bergelar seorang Sultan pada usia cukup muda iaitu pada usia 31 tahun. Perjalanan baginda bergelar seorang Sultan selama hampir 57 tahun menjadikan baginda seorang Sultan yang cukup berpengalaman. Pelbagai peristiwa pernah ditempuhi baginda dalam pelbagai jenis era kepimpinan. Ditambah pula baginda diberi kepercayaan untuk menerajui negara sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 21 September 1970, hampir setahun selepas berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Baginda dan kepimpinan negara pada waktu itu berperanan untuk membangunkan kembali negara kita. Banyak lagi pencapaian baginda sebagai seorang Sultan yang boleh dibanggakan. Baginda telah menyambut Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan sebagai Sultan Kedah pada tahun 2008. Baginda juga merupakan satu-satunya Raja Melayu yang menaiki takhta Persekutuan sebagai Yang Di Pertuan Agong sebanyak 2 kali. Baginda dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 14 pada usia 84 tahun. Kini, baginda telah berusia 88 tahun dan telah berada diatas takhta Persekutuan selama lebih kurang 4 tahun. Insyaallah, baginda akan menghabiskan tempoh pemerintahan baginda pada tahun hadapan. 








Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...