Di Malaysia, pewaris takhta negeri-negeri diberikan gelaran Raja Muda atau Tengku Mahkota. Gelaran ini biasanya diberikan kepada putera sulung seseorang Sultan atau Raja itu apabila baginda menaiki takhta. Apabila seseorang Raja itu mangkat, maka kebiasaannya Raja Muda atau Tengku Mahkota tersebut akan dimashyurkan sebagai Sultan yang baru. Raja Muda atau Tengku Mahkota berperanan penting dalam sistem pentadbiran negeri. Semasa ketiadaan Sultan dalam negeri untuk tempoh yang lama, Raja Muda akan memangku tugas sebagai Ketua Negeri sementara ketiadaan Sultan. Tempoh seseorang Raja Muda itu memegang jawatan tertakluk kepada tempoh daripada tarikh pemashyurannya sehingga kemangkatan seseorang Raja Pemerintah itu. Tetapi bagi 2 negeri iaitu Perak dan Negeri Sembilan, pewaris takhtanya tidak semestinya putera kepada Raja Pemerintah. Hal ini kerana kedua-dua negeri ini mempunyai sistem pemilihan Raja Pemerintah yang berbeza berbanding negeri-negeri lain. Berikut merupakan pewaris takhta paling yang memegang jawatan melebihi 30 tahun:
PEWARIS TAKHTA PALING LAMA:
DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Sir Ibrahim Al Mahsyur (2 November 1895- 8 May 1959).
64 Tahun.
DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Sir Ibrahim Al Mahsyur (2 November 1895- 8 May 1959).
64 Tahun.
Pewaris takhta paling lama memegang jawatan dalam sejarah ialah DYMM Sultan Ismal Al Khalidi Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al Mahsyur. Diputerakan pada 28 Oktober 1894, Sultan Ismail dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 2 November 1895 ketika berusia setahun. Baginda merupakan pewaris takhta paling muda dalam sejarah negara. Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja pada 1928 kerana ayahanda baginda sering ke England. Baginda menguruskan pemerintahan negeri Johor semenjak tahun 1940 dan mewakili ayahanda baginda di dalam istiadat melibatkan Raja-Raja Melayu. Baginda menjadi Tunku Mahkota Johor selama hampir 65 tahun sehingga kemangkatan ayahanda baginda pada 8 Mei 1959.
KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah ( 1 Mei 1975- 12 Januari 2019).
44 Tahun.
44 Tahun.
Diputerakan pada 30 Julai 1959, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah dimashyurkan sebagai KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang pada 1 Julai 1975 ketika baginda berusia 16 tahun. Baginda ditabalkan sebagai Tengku Mahkota pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan. Baginda pertama kali dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang adalah pada 28 April 1979, apabila ayahanda baginda Sultan Haji Ahmad Shah menaiki takhta Persekutuan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-7. Ketika itu baginda baru sahaja berusia 20 tahun. Sekembalinya ayahanda baginda ke negeri Pahang pada tahun 1984, Tengku Abdullah meneruskan tugas baginda sebagai Tengku Mahkota Pahang. Bermula penghujung tahun 2016, Tengku Abdullah dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang memandangkan ayahanda baginda telah gering. Baginda menjadi Tengku Mahkota selama 44 tahun sebelum dilantik sebagai Sultan Pahang Ke-6 pada 12 Januari 2019 menggantikan ayahanda baginda yang gering dan tidak dapat lagi meneruskan fungsi seorang Raja Pemerintah. Istiadat Pemashyuran baginda sebagai Sultan Pahang Ke-6 akan diadakan pada 15 Januari 2019.
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj (1960- 20 November 2001).
41 Tahun.
41 Tahun.
Diputerakan pada 24 Disember 1945, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dimashyurkan sebagai Raja Muda Selangor pada 3 September 1960 ketika baginda berusia 15 tahun. Ketika itu baginda masih belajar di Perth Australia dan seterusnya menyambung pengajian di Surrey, United Kingdom. Istiadat Pemashyuran baginda sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor diadakan pada tahun 1970 di Istana Alam Shah. Sultan Sharafuddin pertama kali dilantik sebagai Pengerusi Pemangku Raja Selangor pada 23 Februari 1969 hingga 20 September 1969 apabila ayahanda baginda berangkat ke England. Baginda telah 15 kali dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor bermula tahun 1972 hingga 1997. Pada 24 April 1999, Sultan Sharafuddin dilantik sekali lagi sebagai Pemangku Raja Selangor kerana ayahanda baginda menaiki takhta Persekutuan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-11. Baginda menjadi Raja Muda Selangor selama 41 tahun sehingga kemangkatan ayahanda baginda pada 21 November 2001. Baginda dimashyurkan sebagai Sultan Selangor Ke-9 pada 22 November 2001 pada usia 56 tahun.
DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail (30 Oktober 1960-16 April 2000).
40 Tahun.
40 Tahun.
Diputerakan pada 17 Mei 1943, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dilantik sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960. Ketika itu baginda baru sahaja berusia 17 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di Wellingborough School, England. Ketika dilantik sebagai Raja Muda Perlis, ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Syed Putra sedang menduduki takhta Persekutuan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-3. Baginda bergelar Raja Muda Perlis selama hampir 40 tahun sehingga kemangkatan ayahanda baginda Tuanku Syed Putra pada 16 April 2000. Dimashyurkan sebagai Raja Perlis ketika berusia 17 April 2000 pada usia 57 tahun.
DYTM Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah (28 November 1981-29 November 2015).
34 Tahun.
34 Tahun.
Diputerakan pada 24 September 1929, Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah dimashyurkan sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah pada 28 November 1981 ketika berusia 52 tahun. Baginda dimashyurkan oleh kekanda baginda, KDYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Sebelum bergelar Raja Muda, Tunku Abdul Malik menyandang gelaran Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, gelaran yang dikurniakan kepada baginda pada 23 Februari 1959. Tunku Abdul Malik pernah menjadi Pemangku Sultan Kedah dengan memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kedah pada 21 September 1970 hingga 21 September 1975, semasa kekanda baginda menaiki takhta Persekutuan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-5. Ketika kekanda baginda menaiki takhta Persekutuan buat kali ke-2 pada tahun 2011, Tunku Abdul Malik tidak dilantik sebagai Pemangku Raja atas faktor kesihatan. Pentadbiran negeri Kedah diletakkan dibawah jagaan Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Tunku Abdul Malik menjadi Raja Muda Kedah selama 34 tahun sehingga kemangkatan baginda pada 29 November 2015 pada usia 86 tahun.
YTM Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (30 Mac 1979- 13 September 2010).
31 Tahunn.
31 Tahunn.
Diputerakan pada 6 Oktober 1969, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimashyurkan sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan pada 30 Mac 1979 pada usia 10 tahun. Baginda hanya ditabalkan sebagai Tengku Mahkota enam tahun kemudian iaitu pada 6 Oktober 1985. Istiadat pertabalan baginda sebagai Tengku Mahkota disempurnakan ayahanda baginda KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra di Istana Balai Besar. Tengku Faris dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009 selepas ayahanda baginda diserang strok dan tidak dapat menjalankan tugas sebagai Sultan Kelantan. Baginda dilantik sebagai Sultan Kelantan pada 13 September 2010 setelah ayahanda baginda tidak dapat lagi menjalankan fungsi sebagai Raja Pemerintah. Baginda mengambil nama gelaran Sultan Muhammad V.
KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Ahmad Shah Ibni Sultan Sir Abu Bakar (1944-8 Mei 1974).
30 Tahun.
30 Tahun.
Diputerakan pada 24 Oktober 1930, Tengku Ahmad Shah Ibni Sultan Abu Bakar Ria'yatuddin Al-Muazzam Shah dimashyurkan sebagai KeBawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang pada 25 Mei 1944. Ketika itu baginda baru sahaja berusia 14 tahun dan bersekolah di Sekolah Clifford, Kuala Lipis. Istiadat pemashyuran tersebut disempurnakan oleh ayahanda baginda KDYMM Sultan Abu Bakar Ria'yatuddin Al-Muazzam Shah yang menduduki takhta negeri Pahang sejak tahun 1932. Ketika bergelar Tengku Mahkota, Tengku Ahmad Shah telah melanjutkan pelajaran ke University of Oxford dan University College of South West England. Baginda menjadi Tengku Mahkota selama 30 tahun sehingga kemangkatan ayahanda baginda pada 7 Mei 1974. Baginda dimashyurkan sebagai Sultan Pahang Moden Ke-5 ketika berusia 44 tahun dan ditabalkan pada 7 Mei 1975 di Istana Abu Bakar, Pekan,Pahang.
No comments:
Post a Comment