Anda Pengunjung Ke :

Wednesday, 1 May 2019

Maharaja Akihito Jepun Turun Takhta.



Maharaja Jepun, Maharaja Akihito telah turun dari takhta pada 30 April 2019. Baginda yang berusia 85 tahun merupakan Maharaja pertama yang turun takhta sejak 200 tahun yang lalu. Baginda menaiki Takhta Bunga Kekwa ini pada tahun 1989 dan selepas 30 tahun menduduki takhta, baginda akan melepaskannya atas faktor kesihatan. Istiadat Turun Takhta baginda bermula dengan upacara keagamaan yang dihadiri baginda pada pada 30 April 2019. Upacara berkenaan diadakan di kuil Shinto di Istana Imperial. Putera Mahkota Jepun, Putera Mahkota Naruhito menggantikan ayahanda baginda sebagai Maharaja Jepun dengan gelaran Maharaja Naruhito. Era pemerintahan Maharaja Akihito dikenali sebagai Era Heisei berakhir pada 12.00 malam 1 Mei 2019 dan digantikan dengan Era Reiwa. Acara kemuncak turun takhta Maharaja Akihito adalah Majlis Taiirei-Seiden-nogi yang berlangsung di Bilik Matsu-no-Ma di Istana Imperial pada pukul 5.00 petang. Majlis berkenaan diadakan kira-kira 10 minit sahaja dan dihadiri oleh kira-kira 330 orang tetamu. Turut berangkat Maharani Michiko serta kerabat diraja Jepun. Bermula 1 Mei 2019, Maharaja Akihito akan bergelar Maharaja Emeritus manakala isteri baginda Maharani Michiko bergelar Maharani Emerita. 



No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...