Anda Pengunjung Ke :

Wednesday, 24 July 2019

Khas Sempena Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-16: Singgahsana Istana Negara.


Singgahsana merupakan lambang kebesaran takhta kerajaan sesebuah negara. Raja yang memerintah akan bersemayam di atas takhta atau singgahsana dengan penuh berdaulat. Singgahsana yang terdapat di Istana Negara, Jalan Duta Kuala Lumpur yang tersergam indah di dalam Balairong Seri dibina dengan pengertian dan makna yang tersendiri untuk merperlihatkan sebuah struktur yang mempunyai nilai kesenian Melayu yang tinggi mutunya, sesuai dengan ketinggian dan kemuliaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam melaksanakan tugas rasmi sebagai Ketua Negara Malaysia. Singgahsana ini telah dihiasi dengan motif ukiran yang menggabungkan ciri-ciri awan larat dan ditaburi dengan motif bungan raya. Signifikan penggunaan motif bungan raya adalah kerana bunga raya merupakan bunga kebangsaan. Motif-motif ukiran ini diserikan dengan salutan warna keemasan bagi menampakkan elemen diraja. 

7 tiang yang menyokong keutuhan Singgahsana.

Reka bentuk keseluruhan singgahsana ini melurus ke atas untuk memberi pengertian bahawa segala makhluk dan umat manusia yang dijadikan Allah S.W.T. hendaklah sentiasa mengingati dan menghormati pencipta alam iaitu Allah S.W.T. Tiang-tiang lurus yang berukir melambangkan inspirasi, daya utama dan cita-cita rakyat yang berbilang kaum untuk mencapai perpaduan, keamananan dan kemakmuran. Tiang-tiang ini juga menggabungkan elemen dari seluruh Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dalam bentuk ukiran tradisional padi siku kelawar an corak berjalur.  Selain itu terdapat juga tulisan nama Allah, Muhammad dan sepotong ayat suci Al-Quran yang melambangkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Persekutuan. Ukiran ayat Al-Quran yang digunakan merupakan Surah Ali Imran, Ayat 26 yang bermaksud : 

Katakanlah (wahai Muhammad), Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki (Ali Imran : 26). 

2 Alang di atas Singgahsana. Terdapat juga 99 nama Allah di bawah alang yang pertama.

Singgahsana ini berukuran 4.9 meter tinggi dan 11 meter lebar yang merupakan titik utama dalam Balairong Seri Istana Negara. Warna tirai dan langit-langit singgahsana ialah warna kuning diraja. Rekabentuk singgahsana ini mempunyai pelbagai bentuk dan simbol yang dikaitkan dengan kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Bilangan anak tangga pula untuk menaiki singgahsana melambangkan kedaulatan Raja Pemerintah. Tujuh tiang dan tujuh anak tangga merupakan simbol tujuh lapisan Syurga dan tujuh lapisan Langit menurut agama rasmi Persekutuan iaitu Islam. Barisan 5 tiang lurus di bahagian belakang Singgahsana mewakili 5 prinsip Rukun Negara. Singgahsana ini terdapat 2 alang yang terletak di atasnya. Pada alang yang pertama terdapat lambang 14 buah negeri di Malaysia dan kerajaan Persekutuan. Manakala ayat AL-Quran pula terukir pada alang yang kedua. Mahkota di atas takhta disokong oleh struktur berbentuk bulat yang melambangkan rakyat yang berbilang bangsa. Bahagian hujung atas mahkota dihiasi dengan bulan sabit dan bintang yang menandakan bahawa agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.  

Tuesday, 23 July 2019

Tarikh-Tarikh Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Memandangkan tarikh pertabalan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke- 16 semakin hampir, Warisan Raja & Permaisuri Melayu membawakan post mengenai tarikh-tarikh Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Pertama sehingga Ke-15. Sejak tahun 1957, Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong telah diadakan sebanyak 14 kali. Pertabalan yang akan diadakan pada 30 Julai ini menyaksikan kali ke-15 Istiadat Pertabalan ini diadakan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-2, Sultan Hisamuddin Alam Shah tidak sempat ditabalkan apabila baginda mangkat semasa hari yang telah ditetapkan untuk Istiadat Pertabalan baginda. Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Pertama hingga Ke-6 diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-7 Sultan Haji Ahmad Shah merupakan Pertabalan pertama yang diadakan di Balairong Seri Istana Negara Jalan Istana Kuala Lumpur. Balairong Seri Istana Negara lama ini menyaksikan Istiadat Pertabalan 7 orang Yang Di-Pertuan Agong bermula Yang Di-Pertuan Agong Ke-7 hingga Yang Di-Pertuan Agong Ke-13. Apabila Istana Negara berpindah ke Istana Negara baru di Jalan Duta, Istiadat Pertabalan pertama di Istana Negara baru adalah Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Istiadat Pertabalan yang akan datang ini merupakan Pertabalan ke-3 di Balairong Seri Istana Negara Jalan Duta ini. Berikut Warisan Raja & Permaisuri Melayu membawakan senarai tarikh-tarikh Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong :

DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM TUANKU MUHAMMMAD
(31 Ogos 1957 - 1 April 1960)
Tarikh Pertabalan: 2 September 1957, Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur.


DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-2 SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ALA'EDDIN SULAIMAN SHAH AL-HAJ
(14 April 1960- 1 September 1960)
Tarikh Pertabalan : 1 September 1960 - tidak sempat ditabalkan kerana mangkat ketika hari yang ditetapkan untuk Istiadat Pertabalan baginda.


DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-3 TUANKU SYED HARUN PUTRA IBNI ALMARHUM SYED HASSAN JAMALULLAIL
( 21 September 1960 - 20 September 1965 )
Tarikh Pertabalan: 4 Januari 1961, Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-4 TUANKU ISMAIL NASIRUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ZAINAL ABIDIN
( 21 September 1965 - 20 September 1970 )
Tarikh Pertabalan : 11 April 1966, Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur.


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-5 AL-MU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
( 21 September 1970 - 20 September 1975 )
Tarikh Pertabalan : 20 Februari 1971 Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-6 SULTAN YAHYA PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN IBRAHIM
( 21 September 1975 - 29 Mac 1979 )
Tarikh Pertabalan : 28 Februari 1976, Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-7 SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUS'TAIN BILLAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR RI'AYATUDDIN AL-MUAZZAM SHAH
( 26 April 1979 - 25 April 1984 )
Tarikh Pertabalan : 10 Julai 1980, Balairong Seri Istana Negara Jalan Istana


DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-8 SULTAN ISKANDAR AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL
( 26 April 1984 - 25 April 1989 )
Tarikh Pertabalan : 15 November 1984, Balairong Seri Istana Negara Jalan Istana


DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-9 SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH
( 26 April 1989 - 25 April 1994 )
Tarikh Pertabalan : 18 September 1989, Balairong Seri Istana Negara, Jalan Istana


DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-10 TUANKU JAAFAR IBNI ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN
( 26 April 1994 - 25 April 1999 )
Tarikh Pertabalan : 22 September 1994, Balairong Seri Istana Negara Jalan Istana


DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-11 SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH AL-HAJ
( 26 April 1999 - 21 November 2001 )
Tarikh Pertabalan : 23 September 1999, Balairong Seri Istana Negara Jalan Istana


DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-12 TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNI ALMARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL
( 13 Disember 2001 - 12 Disember 2006 )
Tarikh Pertabalan : 25 April 2002, Balairong Seri Istana Negara Jalan Istana


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-13 AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH
( 13 Disember 2006 - 12 Disember 2011 )
Tarikh Pertabalan : 26 April 2007, Balairong Seri Istana Negara, Jalan Istana


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 AL-MU'TASIMU BILLAH MUHIBBUDDIN TUANKU AL-HAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
( 13 Disember 2011 - 12 Disember 2016 )
Tarikh Pertabalan : 11 April 2012, Balairong Seri Istana Negara Baru, Jalan Duta


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-15 SULTAN MUHAMMAD V
( 13 Disember 2016 - 6 Januari 2019 )
Tarikh Pertabalan : 24 April 2017 , Balairong Seri Istana Negara Baru, Jalan Duta.


Sunday, 21 July 2019

Kurniaan Kad Raya DiRaja DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

Warisan Raja & Permaisuri Melayu merafak semba menjunjung kasih di atas kurniaan kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri daripada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Binti Almarhum Sultan Idris Shah.








Kurniaan Kad Raya DiRaja YTM Tengku Mahkota Kelantan Darul Naim

Warisan Raja & Permaisuri Melayu merafak sembah menjunjung kasih di atas kurniaan kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri daripada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Darul Naim Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan Yang Amat Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson.







Kurniaan Kad Raya DiRaja KDYMM Pemangku Raja Pahang Darul Makmur.

Warisan Raja & Permaisuri Melayu merafak sembah menjunjung kasih di atas kurniaan kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri daripada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Darul Makmur Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ria'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.








Kurniaan Kad Raya DiRaja DYTM Raja Muda Kedah Darul Aman.

Warisan Raja & Permaisuri Melayu merafak sembah menjunjung kasih di atas kurniaan kad raya diraja sempena Hari Raya Aidilfitri daripada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman Tunku Sarafuddin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah Darul Aman Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Arif. 








Kurniaan Kad Raya DiRaja DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Warisan Raja & Permaisuri Melayu merafak sembah menjunjung kasih di atas kurniaan kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri daripada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Semoga Allah SWT Melanjutkan usia Tuanku berdua.







Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...