Siapakah gerangan wanita anggun dan manis ini? Sudah tentu ramai yang mengenali personaliti DiRaja dari Negara Brunei Darussalam ini. Baginda merupakan antara kerabat DiRaja yang terkenal diserata dunia dek kerana kecantikan dan kemanisan wajah baginda. Baginda sering menjadi perhatian media di Majlis-majlis DiRaja di seluruh dunia. Baginda kerapkali tidak pernah gagal untuk mempamerkan pesona baginda kepada dunia. Baginda yang dimaksudkan ialah Isteri kepada Putera Mahkota Brunei Darussalam Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman,D.K.(Brunei),Grand Cordon Special Class of the Supreme Order of the Renaissance (Jordan).
Diputerikan sebagai Dayangku Sarah Binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Raja Isteri Pengiran Anak Saleha,Bandar Seri Begawan. Baginda merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan YM Pengiran Salleh Abdul Rahman Pengiran Damit dan YBhg Rinawati Binti Abdullah. Ayahanda baginda merupakan kerabat jauh kepada Sultan Brunei manakala bonda baginda adalah wanita kelahiran Switzerland yang pernah bekerja sebagai Jururawat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Nama asal bonda baginda ialah Suzanne Aeby.
Mendapat pendidikan awal di St Andrew's School dari tahun 1993 sehingga1998. Baginda kemudiannya menyambung pelajaran ke Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan berjaya lulus peringkat O Level pada tahun 2003 semasa berusia 16 tahun. Baginda kemudian menyambung pelajaran ke Universiti Brunei Darussalam.
Baginda cukup bertuah apabila bertemu jodoh dengan Putera Mahkota Brunei Darussalam Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah,DK,DPKT,PHBS,Grand Cordon Special Class of the Supreme Order of the Renaissance(Jordan), Lian Kiatikhounh Medal of Honour(Laos), Grand Cross of the Order of Lakandula(Philippines), First Class of the Order of Abdulaziz Al Saud(Saudi Arabia), Darjah Utama Bakti Cemerlang(Singapore), Honorary Knight Grand Cross of the Royal Victorian Order (United Kingdom).Istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan pada 9 Mac 2004.Ketika itu baginda berusia 17 tahun dan masih menuntut . Istiadat bersanding yang diadakan di Istana Nurul Iman penuh gilang gemilang dan diberi jolokan 'Asian Wedding of The Year'. Baginda berdua diarak dengan menaiki Kenaikan Diraja ke seluruh bandar sejauh lapan kilometer. Perkahwinan DiRaja ini direstui dengan seorang putera dan puteri. Putera pertama baginda diputerakan pada 17 Mac 2007 dan diberi nama Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim. Sementara puteri baginda yang bernama Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah diputerikan pada 2 Januari 2011.
Kehadiran Pengiran Anak Sarah dalam keluarga DiRaja Brunei amat dialu-alukan dan diterima oleh seluruh rakyat Brunei. Gaya baginda yang sentiasa kelihatan anggun dan tingkah laku yang sopan menjadikan baginda ikon wanita muda bagi negara Brunei. Usia yang muda tidak menghalang baginda untuk bergiat aktif didalam bidang kebajikan di Brunei. Baginda sering mencemar duli berangkat untuk menjalankan tugas baginda selaku isteri kepada Putera Mahkota Brunei. Keberangkatan baginda dalam setiap majlis sama ada di Brunei atau diperingkat antarabangsa seringkali menarik perhatian setiap mata memandang. Lensa kamera tidak jemu-jemu untuk mengambil gambar baginda. Penampilan dan fesyen yang digayakan baginda sentiasa mencerminkan imej wanita timur yang jelita.
Pengiran Anak Sarah telah menerima Ijazah Sarjana Muda (Sastera) dalam Dasar dan Pentadbiran Awam dari Universiti Brunei Darussalam pada Oktober 2010. Baginda juga merupakan kadet tentera di Univerisiti dan merupakan penjaring terbanyak dalam sukan bola jaring di universiti tersebut. Kini di usia menjangkau 27 tahun dan mempunyai dua orang cahaya mata, baginda masih lagi kelihatan seperti seorang anak gadis. Semoga Allah sentiasa merahmati Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan seluruh kerabat DiRaja Brunei Darussalam.
Bersama Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Istana Negara.
Ketika menghadiri Makan Malam sempena Penurunan Takhta oleh Queen Beatrix of Netehrlands.
Bersama Putera dan Puteri baginda.
Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU
Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan manusia berpasangan.... Tahniah, selamat semoga Allah senantiasa memberkati dan memberi umur panjang...
ReplyDeleteDari Anas di Kalimantan Selatan.
Our proud future Queen of Brunei <3
ReplyDeleteSangat cantik dan sama padan
ReplyDelete