Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Sempena menyambut Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam terhadap baginda. Sungguhpun baginda sudah lama pergi meninggalkan kita, suburkan rasa cinta dalam hati kita terhadap baginda dengan berselawat dan menjalankan sunnah baginda. Baginda adalah kekasih Allah yang dikurniakan kepada kita umat manusia untuk memandu kita kearah jalan yang diredhai Allah. Baginda telah melenyapkan kegelapan zaman jahiliyah dan menggantikan dengan sinar nur Islam yang bergemerlapan. Baginda bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul, malah baginda juga seorang suami,ayah dan juga cucu kepada kaum keluarga baginda. Tak kenal maka tak cinta. Sama-samalah kita hayati biodata Nabi kesayangan kita untuk menambah rasa cinta kita kepada baginda.
MUHAMMAD S.A.W.
Nama penuh : Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim.
Tarikh Lahir : Waktu Subuh Hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah Bersamaan 20 April 571 Masihi.
Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib (Ayahanda Saudara Nabi) di Makkah Al Muqarramah.
Bapa : Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim dari Keturunan Bani Hashim.
Ibu : Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf.
Ibu susuan : Thuwaibah dan Halimatus Saa'diah.
Isteri Rasulullah :
- Khadijah Binti Khuwailid.
- Saudah Binti Zam'ah.
- Ai'syah Binti Abu Bakar As Siddiq.
- Hafsah Bin Umar Al Khattab.
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
- Hindun Binti Umaiyah.
- Zainab Binti Jahsy.
- Maimunah Binti Harith.
- Safiyah Binti Huyai.
- Zainab Binti Khuzaimah ( Ummu Al Masakin, Ibu Segala Orang Miskin ).
- Saudah Binti Zam'ah.
- Ai'syah Binti Abu Bakar As Siddiq.
- Hafsah Bin Umar Al Khattab.
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
- Hindun Binti Umaiyah.
- Zainab Binti Jahsy.
- Maimunah Binti Harith.
- Safiyah Binti Huyai.
- Zainab Binti Khuzaimah ( Ummu Al Masakin, Ibu Segala Orang Miskin ).
Putera dan Puteri Rasulullah :
- Qasim
- Abdullah.
- Ibrahim.
- Zainab.
- Ruqaiyah.
- Ummi Khaltum.
- Fatimah Az Zahra (Isteri Ali Bin Abi Talib).
- Abdullah.
- Ibrahim.
- Zainab.
- Ruqaiyah.
- Ummi Khaltum.
- Fatimah Az Zahra (Isteri Ali Bin Abi Talib).
Muhammad SAW menjadi yatim semenjak kecil lagi apabila ayahanda baginda Abdullah Bin Abdul Muttalib meninggal dunia. Muhammad membesar menjadi anak yang taat dan mendengar kata ibunya Aminah dan datuknya Abdul Muttalib. Pada usia baginda 5 tahun, 2 malaikat utusan Allah telah membelah dada baginda untuk membersihkan dari syaitan yang wujud di dalamnya. Baginda menjadi yatim piatu hanya pada usia 6 tahun apabila ibunya yang dikasihi Aminah Binti Wahab meninggal dunia di Abwa'. Maka tinggallah baginda dengan Ummu Aiman dengan dibiyaai oleh datuknya. 2 tahun kemudian, datuk baginda yang sudah lanjut usia, Abdul Muttalib meninggal dunia. Baginda tinggal bersama bapa saudaranya Abu Talib. Pada usia 14 atau 15 tahun baginda terlibat dalam peperangan pertama baginda iaitu Perang Fijar. Baginda berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Pada usia 25 tahun, baginda bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan barangan seorang hartawan terkenal Khadijah Binti Khuwailid. Khadijah amat tertarik akan perwatakan dan kejujuran Muhammad SAW. Baginda bersama Abu Talib serta beberapa orang bapa saudara baginda pergi berjumpa Amru Bin Asad(bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang 15 tahun lebih tua dari baginda. Mas kahwin Muhammad SAW kepada Khadijah adalah sebanyak 500 Dirham. Di usia baginda 35 tahun, satu peristiwa iaitu banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Maka pembesar dan penduduk Makkah bekerjasama membina semula Kaabah.Batu Hajarulaswad, batu suci dari Syurga telah terjatuh dari tempat asalnya. Satu pertelingkahan berlaku berhubung perletakan batu itu. Maka Muhammad SAW diberi kemuliaan oleh Allah untuk menyelesaikan masalah itu dan meletak Hajarulaswad ke tempatnya.
Replika rumah Nabi Muhammad SAW.
Baginda menerima wahyu pertama sebagai Nabi dan Rasul pada usia 40 tahun di Gua Hira'. Baginda ialah Rasul Akhir Zaman dan digelar Penamat Semua Nabi. Sepanjang Nabi berdakwah berbagai halangan dan cabaran ditempuhi baginda. Namun Allah sentiasa menurunkan ayat-ayat Al Quran untuk membantu baginda. Baginda berhijrah ke Madinah Al Munawwarah pada usia 53 tahun bersama rakan baik baginda yang juga ayah mertua baginda Abu Bakar As Siddiq. Baginda dan rombongan disambut oleh penduduk Madinah. Baginda menjadi pemimpin Madinah dan telah membuat Perlembagaan Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Baginda Muhammad SAW telah wafat pada usia 63 tahun di Madinah Al Munawwarah setelah 10 tahun menetap di situ. Baginda wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijriah.
Baginda merupakan seorang suami dan ayah yang penyayang. Baginda sering membantu isteri baginda membuat kerja rumah. Baginda juga amat menyayangi kucing. Baginda pernah mendapat gelaran Al Amin kerana kejujuran baginda dan digelar juga Abu Qasim yang bermakna Bapa Qasim. Di dalam Al Quran, Allah menggelarkan baginda sebagai Yassin dan Taha. Hanya Allah yang tahu apakah makna Yassin dan juga Taha. Wallahualam.
Tapak rumah Nabi SAW.
Capal Nabi SAW.
Baju Nabi SAW.
Masjid Nabi SAW.
Rambut Nabi SAW.
Makam Nabi SAW.
Pedang Nabi SAW.
No comments:
Post a Comment