Segmen WAJAH-WAJAH kali ini menampilkan pasangan DiRaja daripada negeri Pahang Darul Makmur. Pasangan ini menaiki takhta persekutuan sebagai Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke 7. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Almustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muazzam Shah dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Afzan Binti Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad menaiki takhta persekutuan bermula 29 Mac 1979 hingga 25 April 1984. Baginda berdua bertemu jodoh pada 22 April 1944. Pasangan ini dikurniakan 2 putera dan 5 puteri. Menaiki takhta negeri Pahang Darul Makmur setelah kemangkatan Sultan Abu Bakar pada 7 Mei 1974. Tengku Ampuan Afzan mangkat pada 29 Jun 1988 pada usia 55 tahun akibat kanser. Sultan Ahmad Shah telah berkahwin sekali lagi dan isteri kedua baginda itu dikurniakan gelaran DYMM Sultanah Hajah Kalsom.
Potret rasmi sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 7.
Baginda berdua menghadiri Majlis Angkatan Tentera. Turut kelihatan Tun Musa Hitam yang ketika itu Menteri Kabinet.
Baginda berdua bergambar di Istana Negara.
Baginda berdua bergambar di hadapan Singgahsana Istana Abu Bakar Pekan Pahang.
Baginda berdua rajin mencemar duli melawat rakyat di seluruh ceruk rantau negeri Pahang.
Baginda berdua sewaktu zaman muda menghadiri suatu majlis.
Baginda berdua bersama DYTM Tuanku Syed Sirajuddin(Raja Muda Perlis ketika itu) semasa membuat lawatan rasmi ke negeri Perlis.
Potret baginda berdua sebagai KDYMM Sultan Pahang dan KDYMM Tengku Ampuan Pahang Darul Makmur.
Tuanku berdua di atas Singgahsana Istana Negara sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 7.
Baginda berdua bersama Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Hajah Fatimah Binti Almarhum Sultan Sir Alang Iskandar Shah yang merupakan Paduka Bonda kepada Sultan Ahmad Shah. Tengku Ampuan Fatimah juga merupakan kekanda kepada Sultan Perak DYMM Sultan Idris Shah II.
No comments:
Post a Comment