Anda Pengunjung Ke :

Saturday, 7 February 2015

Almarhum Hakim Raja Azlan Shah..

Negara kita mencipta sejarah sebagai satu-satunya negara di dunia yang pernah mempunyai raja yang pernah mengetuai institusi kehakiman. Itulah istimewanya Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah , Yang Di Pertuan Agong ke-9 yang bertakhta pada tahun 1989 hingga 1994. Pengalaman baginda dalam bidang perundangan amatlah luas. Perjalanan baginda untuk mendaki ke tangga kerusi Ketua Hakim Negara amat mengagumkan. Baginda mencipta sejarah sebagai Hakim termuda dalam negara-negara Komanwel dan merupakan Ketua Hakim termuda dalam negara kita.Kronologi penglibatan Almarhum Sultan Azlan Shah dalam bidang perundangan negara:

1955-1956 : (Usia 27 tahun) - Majistret Kelas Pertama.
1957-1959 : (Usia 29 tahun) - Presiden Mahkamah Sesyen.
1962-1963 : (Usia 34 tahun) - Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya.
1963-1965 : (Usia 35 tahun) - Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
1965-1973 : (Usia 37 tahun) - Hakim Mahkamah Tinggi.
1973-1978 : (Usia 45 tahun) - Hakim Mahkamah Persekutuan .
1979-1982 : (Usia 51 tahun) - Hakim Besar Malaya.

1982-1984 : (Usia 53 tahun) - Ketua Hakim Negara.


 Berikut merupakan koleksi gambar ketika baginda masih lagi dalam institusi kehakiman Malaysia :

Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya Raja Tan Sri Dato' Seri Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin,
D.K.,P.M.N.,P.S.M.,S.P.C.M.,S.P.M.P.,S.I.M.P.,D.Litt.,LL.D.
 dan
 Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Seri Bainun Binti Mohd Ali.

Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia ( 1982-1983 ).

Raja Azlan Shah , Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (1962-1963).

Raja Azlan Shah selaku Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Antara hakim yang kelihatan adalah dari kiri : Hakim Besar Borneo Campbell, Hakim Besar Malaya Syed Sheh Barakbah, Dato' Sir James Thomson(Ketua Hakim Negara Pertama),dan Hakim Wee Chong Jin. Turut kelihatan adalah Tan Sri Siti Norma Yaacob yang pernah menjadi Hakim Besar Malaya.




Majlis menagadap Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Keenam Tuanku Yahya Petra oleh Hakim Besar Malaya yang baru, Raja Tan Sri Azlan Shah bersama dengan Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersama Hakim Mahkamah Persekutuan yang baru dilantik Dato' Ibrahim Abdul Manan dan beberapa hakim yang lain.

Raja Tan Sri Azlan Shah bersama Puan Sri Bainun bergambar bersama Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim dan isteri Toh Puan Bunny Suffian selepas perlantikan Raja Tan Sri Azlan Shah sebagai Hakim Besar Malaya pada 6 Mac 1979 di Istana Negara.

Hakim Besar Malaya Raja Tan Sri Azlan bersama Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersama hakim-hakim mahkamah tinggi di Hotel Equatorial pada 23 Oktober 1979.



Gambar bersejarah dimana empat individu di dalam gambar ini berjaya menjadi Ketua Hakim Negara. Mereka ialah Tun Suffian Hashim, Raja Tun Azlan Shah, Tun Salleh Abbas dan Tun Abdul Hamid Omar.

Gambar-gambar kenangan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi di hadapan Mahkamah Tinggi, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

Pemangku Ketua Hakim Negara, Raja Tan Sri Azlan Shah bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Hashim Aman(kiri sekali) menyaksikan majlis menandatangani surat sumpah jawatan dan taat setia serta menyimpan rahsia kerajaan menteri-menteri kabinet di Istana Negara pada 20 Julai 1981. Antara menteri yang kelihatan ialah YB Datin Paduka Rafidah Aziz, YB Dato' Dr Sulaiman Daud dan YB Dato' Abdullah Ahmad Badawi.

Pada tahun 1982, Raja Tan Sri Azlan Shah mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara Kelima dihadapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ketujuh. Turut kelihatan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Almarhum Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Raja Tan Sri Azlan Shah bersama Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim dan para hakim Mahkamah Persekutuan bergambar di bersama Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ketujuh Sultan Haji Ahmad Shah. 

YAA Hakim Besar Malaya Raja Tan Sri Azlan Shah dan YAA Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...