Anda Pengunjung Ke :

Thursday, 5 February 2015

Almarhum Tuanku Ja'afar, Raja Berjiwa Seni..


Seorang Raja serba boleh. Itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada Almarhum Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kehidupan baginda selama 86 tahun dipenuhi dengan pelbagai perkara yang menarik. Dari seorang pelajar Undang-undang kepada seorang Duta dan Diplomat. Dari seorang diplomat dinaikkan darjat menjadi seorang Raja sebuah negara dan seterusnya sebuah negara. Kesibukan ini tidak menghalang Almarhum Tuanku Ja'afar menjalankan aktiviti atau hobi kegemaran baginda iaitu melukis. Baginda bertuah kerana berkongsi minat yang sama dengan isteri baginda Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. Baginda berdua amat berminat dengan lukisan dan baginda berdua telah melukis banyak lukisan-lukisan yang cantik. Berikut merupakan antara hasil tangan Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman :


Lukisan pemandangan di Istana Negara yang dilukis Almarhum semasa menjadi Yang Di Pertuan Agong.

Pemandangan Port Dickson, lukisan ini diberi nama Remembering Cape Rachado 1.


Lukisa yang bertajuk Kuala Lumpur the Road Ahead memaparkan lukisan dua bangunan kebanggaan Malaysia iaitu Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas.

A Blush of Bougainvillaea.

Lukisan yang diberi nama A Quiet Moment with Vanda Miss Joaquim.

Lukisan Tengkolok Diraja dan Keris Panjang Diraja ini dilukis oleh Almarhum Tuanku Ja'afar pada tahun 1997.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...