Anda Pengunjung Ke :

Friday 20 March 2015

Persiapan dan Raptai Sempena Kemahkotaan Sultan Johor.

Bersempena Hari Kemahkotaan Sultan Johor pada 23 Mac ini, pelbagai persiapan telah dijalankan. Persiapan paling penting ialah raptai penuh Istiadat Kemahkotaan ini. Pada 17 Mac 2015, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Tuanku Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan untuk menghadiri raptai penuh Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar Johor Bahru. Baginda berdua diiringi oleh Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim. 

Kenderaan rasmi untuk Istiadat Kemahkotaan dilihat keluar dari Istana Bukit Serene melalui Jalan Wong Ah Fook, Jalan Trus dan bergerak ke Pantai Lido sehingga sampai ke Istana Besar Johor Bahru bagi menyempurnakan raptai perbarisan lintas hormat kepada baginda berdua. Setelah tiba di Istana Besar, baginda disambut oleh ketua-ketua jabatan kerajaan Negeri Johor. Selepas itu baginda berdua berangkat masuk ke Istana Besar untuk raptai upacara meletakkan mahkota. 

Upacara Siram Tabal akan diadakan pada hari Sabtu, 21 Mac 2015 yang merupakan salah satu acara penting dalam Istiadat Kemahkotaan ini.




Tuanku Zarith Sofiah memakai Mahkota Permaisuri sambil ditemani Sultan Ibrahim dan Tunku Abdul Rahman menuruni tangga Istana Besar.

Raptai pemakaian mahkota di balairong seri Istana Besar.


Sultan Ibrahim memeriksan pakaian rasmi baginda untuk Istiadat Kemahkotaan sambil disaksikan oleh tukang jahit baju itu, Datuk Jack M.K. Lee.


Sultan Ibrahim memeriksa keadaan di dalam balairong seri.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

7 comments:

  1. Perlu ke semua2 ni? Perabis duit berbilion2 duit hanya utk majlis pertabalan. Tanpa majlis berbilion2 ringgit ni org tak tau ke yg Sultan Ibrahin tu Sultan Johor? Masih ada rakyat Johor yg bagi minum bayi mereka air masak putih dgn gula sbab tak mampu beli susu utk bayi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi larr susu badan.. Susu badan terbaik utk bayi...

      Delete
  2. Perlukah ko menyemak kat sini .. kalau tk suka ko tk payah baca . kalau kau prihatin sangat ko sedekahlah duit susu tu . Melayu keji penuh hasad dengki

    ReplyDelete
  3. Dia nak buat apa sekalipon dia tak mintak duit kau tau, kalau kau rasa prihatin, ko usulkan la kertas cadangan mintak budget susu tu. Kau siapa nak pertikaikan hak sultan?Kalau kau semak sangat pergi duduk nepal la!

    ReplyDelete
  4. pundek ckp tak serupa bikin. ko takde hak nk ckp mcm tu tau. puihh !

    ReplyDelete
  5. ade je yang tak kene kan...kalau tak suke sgt..takyah bace..

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan Dalissa, senang cerita tak payah bace kalau rasa tak berkenan, waulla huallam. Btw mendoakan permaisuri kesayangan kita yang secara semulajadinye teramat jelita akan berhijab, amiin.

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...