Bismillahirrahmarnirrahim. Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah mangkat d Hospital Sultanah Bahiyah, kira-kira pukul 1 pagi, 29 November 2015. Baginda berusia 86 tahun. Baginda mangkat akibat kegeringan dan sakit tua. Tunku Abdul Malik merupakan adinda kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan menjadi Raja Muda Kedah bermula tahun 1981. Baginda mangkat lebih kurang 2 bulan selepas kemangkatan isteri baginda Almarhum Tengku Hajah Raudzah mangkat.
Jenazah baginda diletakkan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Star dan dimakamkan di Makam DiRaja Langgar selepas solat Asar. Bendera separuh tiang akan dikibarkan selama tiga hari dan negeri Kedah akan berkabung selama 7 hari sehingga Sabtu ini.
AL FATIHAH
buat
DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH DARUL AMAN,
TUNKU HAJI ABDUL MALIK IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,
TUNKU HAJI ABDUL MALIK IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,
D.K., D.K.H., D.K.(Terengganu), D.K.II(Selangor), D.A.(Sarawak), S.P.M.K., S.P.C.M., S.P.M.J., P.S.B.
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un
ReplyDelete"kullu nafsin dzaiqatul maut"
Bismillahirahmaa nirroheem
Ya Allah..Ya Rahman.. Ya Rohim, Kau ampunilah Raja Muda Kedah Darul Aman Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah angkatlah martabatnya di kalangan orag-orang yang diberi hidayah, tempatkan lah dia bersama2 orang2 yang beriman, gantilah dia selepas pemergianya, ampunilah dia dan kami wahai Tuhan Sekelian Alam, perluaskanlah kuburnya dan sinarilah cahaya di dalam kuburnya.
Sesungguhnya Kau maha pengampun dan maha penyayang.
Amin ...
al-fatihah