PERSALINAN YANG DIPAKAI OLEH SERI PADUKA BERDUA:
Persalinan yang dipakai oleh Seri Paduka berdua semasa Istiadat Pemasyhuran KDYMM Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang pada 15 Januari 2019 di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan Pahang.
Persalinan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong semasa Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI pada 31 Januari 2019 di Balairong Seri, Istana Negara.
Persalinan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong semasa Istiadat Pemasyhuran baginda sebagai Tengku Ampuan Pahang pada 29 Januari 2019 di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan Pahang.
Watikah Pengisytiharan Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ditandatangani oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah.
Watikah Ucapan Tahniah oleh Raja-Raja Melayu sempena Pertabalan Ratu Elizabeth II yang ditandatangani oleh 9 orang Raja-Raja Melayu.
Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dilafaz dan ditandatangani oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah semasa Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpat Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI.
KOLEKSI SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG:
Jubah Canselor Berjaya University College of Hospitality.
Antara batik-batik sebahagian daripada hasil kerja KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Persalinan chef milik KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang dipakai baginda semasa program Asian Culinary Challenge 2013 yang pertama kali diadakan di Kuantan yang bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah pada 22 hingga 24 April 2013.
No comments:
Post a Comment