Anda Pengunjung Ke :

Monday 6 April 2020

Kemangkatan YM Tengku Datin Seri Dato' Zalila Tengku Kamarulzaman.

Almarhumah Tengku Datin Seri Dato' Zalila Binti Tengku Kamarulzaman,
D.P.S.J (Perlis).
(15 Jun 1966 - 5 April 2020).

Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Mulia Tengku Datin Seri Dato' Zalila Binti Tengku Kamarulzaman telah mangkat pada jam 7.30 malam hari Ahad, 5 April 2020. Almarhumah mangkat di Institut Jantung Negara pada usia 53 tahun. Almarhumah merupakan isteri kepada Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ir. Jamil Ariffin Ibni Almarhum Sultan Idris Shah. Almarhumah juga merupakan adinda ipar kepada Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah. Almarhumah merupakan anakanda saudara kepada Almarhumah YMM Raja Perempuan Besar Perlis Tengku Budriah Almarhum Tengku Ismail dimana ayahanda Almarhumah Tengku Zalila, Tengku Kamarulzaman Ibni Tengku Ismail merupakan adinda bongsu kepada Tengku Budriah. Ini menjadikan Almarhumah Tengku Zalila sepupu kepada DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. 


Diputerikan pada 15 Jun 1966 di Kota Bharu, Kelantan, Almarhumah merupakan puteri kepada YM Tengku Kamarulzaman Ibni Tengku Ismail dari Pattani dan YBhg Hajah Maheran Binti Omar. Almarhumah mendirikan rumah tangga dengan YAM Raja Jamil Ariffin pada 1 Jun 1991 dan dikurniakan 3 orang putera. Almarhmah dikurniakan Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail (D.P.S.J.) yang membawa gelaran Dato' oleh sepupunya Raja Perlis pada 17 Mei 2012 bersempena Hari Keputeraan Raja Perlis ke- 69. Almarhumah pernah bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Tengku Budriah, Arau dan juga Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (2). Jenazah Almarhumah telah dibawah ke Kuala Kangsar dan telah dimakamkan pada malam 5 April 2020 di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Merafak sembah takziah kepada seluruh keluarga Almarhumah. Semoga Roh Almarhumah ditempatkan bersama orang beriman. Al-Fatihah.


9 comments:

  1. Salam. Almarhumah dikurnia Darjah D.P.S.J. bukan D.P.M P.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Innalillahirojiun, merafak sembah takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t. Al-fatihah...

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihirojiun, semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailaihirajiun...
    Merafak sembah Takziah...

    ReplyDelete
  6. Inna lillah waiina ilai hirojiuun... Merafak sembah takziah.. Miss you Ku Illah.....

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...