Anda Pengunjung Ke :

Sunday, 13 December 2015

Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Pertama.


Sejarah negara tercipta pada tanggal 2 September 1957 apabila seorang Ketua Negara yang bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah ditabalkan. Persekutuan Tanah Melayu yang baru sahaja mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 membuka suatu dimensi baru apabila pentadbiran kerajaan berkonsepkan Raja Berpelembagaan. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sir Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dipilih sebagai Yang Di-Pertuan Agong Pertama Persekutuan.

Istiadat pertabalan ini julung kali diadakan bagi sebuah negara yang baru merdeka ini. Bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, istiadat pertabalan ini dihadiri oleh lebih kurang 500 orang tetamu yang terdiri daripada Raja-Raja Melayu, Sultan Brunei, Duke of Gloucester yang mewakili Baginda Queen, Perdana Menteri Persekutuan, dan tetamu kehormat dari dalam dan luar negara. Tuanku Abdul Rahman dan Tuanku Kurshiah bersemayam di atas singgahsana baharu yang cantik dan megah di dalam Balairong Seri. Istiadat ini juga dihiasi dengan paluan nobat dan tembakan meriam sebanyak 21 das.


Istiadat dimulakan dengan keberangkatan masuk Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong didahului oleh Datuk Paduka Maharaja Lela dan diiringi oleh juruiri-juruiring serta panglima-panglima yang membawa alat kebesaran diraja. Kemudian, Datuk Paduka Maharaja Lela yang juga Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tuan Haji Mustapha Albakri memohon perkenan Tuanku untuk memulakan istiadat. Surat perisytiharan pertabalan Yang Di-Pertuan Agong  telah dibacakan  oleh  Tuan  Haji  Mustapha Albakri, Datuk Paduka Maharajalela.

Datuk Paduka Maharajalela kemudian membawa masuk sebuah Al-Quran, sebilah keris panjang Diraja, surat pengisytiharan dan surat sumpah untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Setelah menerima keris tersebut, baginda telah menghunus dan menciumnya sekali. Baginda kemudian membaca surat sumpah, setelah selesai Datuk Paduka Maharajalela pun menyeru 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali berturut-turut dan disambut oleh sekalian yang hadir. Seruan ini diiringi pula dengan permainan nobat tanda 'raja bertabal'. Setelah itu, surat pengisytiharan pertabalan Yang di-Pertuan Agong dibaca dan istiadat diakhiri dengan bacaan doa. 

Thursday, 10 December 2015

11 Disember : Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor.


Sultan Kelantan Ziarah Makam Tunku Jalil.

Sultan Kelantan, KDYMM Sultan Muhammad V berkenan berangkat menziarah makam Allahyarham Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di Makam Diraja Mahmoodiah,Johor Bahru. Keberangkatan baginda pada pukul 1.35 petang itu turut diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Turut mengiringi baginda ialah Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut dan Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Shamsudin. Baginda yang lengkap berbaju Melayu serba putih meluangkan masa kira-kira 15 minit menghadiahkan bacaan tahlil ringkas dan doa serta menyiram air mawar ke atas makam anakanda keempat Sultan Johor itu.


Keberangkatan tiba Sultan Muhammad V disambut oleh Tunku Mahkota Johor.

Sultan Muhammad V bersama Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.



Sultan Muhammad V menyiram air mawar diatas makam Almarhum Tunku Jalil.

Monday, 7 December 2015

Luahan Hati Raja Zarith Sofiah Di Atas Kemangkatan Tunku Jalil..


A letter to my son, Jalil :
My Darling, Lil,

I know the only reason you wanted to be in hospital was because you were in great pain but that you really wanted to be home : you've been in too many hospitals too many times. But Allah, in His Infinite wisdom, placed you there so that we, your family, would spend as much time as we could with you. 
I have a thousand and one memories of you during your last days in this world. 
I remember, once, you closed your eyes and tears flowed onto your cheeks, as you fought the pain, and I held your left hand and I wept, trying hard not to make any sounds. I thought you could not see me cry because your eyes were closed but you knew, and you put your right hand over mine and you patted it, as if you were saying, "Don't cry, I am all right." 
I remember all the text messages you sent me. When I wrote that I was praying for you, you wrote back that you had prayed too, but that you had asked Allah to let you bear the burden of my worries. 
When I looked at your grave, my heart ached with pain. I watched your father and your brothers fill it up with earth while Boo and Inah stood near me. I looked at your brothers and counted three sons. Boo was beside me. There are five of you. Where was my fourth son? And then I realised it was you who was missing. I had forgotten you were beneath the mounds of earth. 
And I held up my hands and whispered "From You we come, and to You we return. I return to You, O Allah, my son."

May you be with the righteous, my son.
...................................................................................................................................................................

Warkah buat anakku Jalil :
Mama tahu, satu satunya sebab Lil pergi kehospital adalah kerana Lil menanggung kesakitan yang amat sangat. Lil sebenarnya hendak kekal tinggal di rumah : Lil telah terlalu kerap ke hospital.

Namun Allah S.W.T., Yang Maha Mengetahui, menempatkan Lil disana agar kami, keluarga Lil, dapat meluangkan sebanyak masa bersama Lil.

Mama menyimpan seribu satu kenangan tentang Lil ketika Lil menghabiskan hari hari terakhir Lil di dunia ini.
Mama terkenang satu ketika sewaktu Lil memejam mata dan air mata menitis di pipi Lil, semasa Lil cuba melawan kesakitan yang ditanggung. Mama memegang tangan kiri Lil dan menangis. Mama mencuba sedaya upaya untuk menahan sedu sedan Mama dari kedengaran. Mama fikir, Lil tidak nampak Mama menangis kerana mata Lil pejam. Tapi Lil tahu. Lil meletak tangan kanan Lil diatas tangan Mama dan menepuk nepuk dengan perlahan, seolah berkata "Jangan menangis, Lil tidak apa apa."
Mama ingat semua mesej pesanan ringkas yang Lil hantar kepada Mama. Bila Mama mengatakan bahawa Mama telah berdoa untuk Lil, Lil membalas dengan mengatakan bahawa Lil juga telah berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. biarlah Lil yang menanggung semua kebimbangan Mama.
Bila mama melihat makam Lil, hati mama dipenuhi keperitan. Mama masih terbayangkan detik ketika Babah, abang dan adik Lil memenuhkan kubur dengan tanah sementara Boo dan Inah berdiri disisi Mama. Mama memandang kearah abang dan adik Lil, dan membilang hanya tiga anak lelaki. Boo disisi Mama. Anak lelaki Mama lima orang. Dimana anak mama yang lagi seorang? Dan Mama baru tersedar bahawa Lil yang tiada. Lil kini berada dibawah timbunan tanah itu. 
Dan pada ketika itu, Mama menadah kedua tangan mama dan berbisik, "Sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMu, Ya Allah, anakku."

Moga Lil ditempatkan bersama mereka yang soleh.



sumber : facebook Zarith Sofiah Idris

Kasih Sultan Ibrahim Terhadap Almarhum Tunku Jalil..


Pemergian Almarhum Tunku Abdul Jalil memberi sejuta kesedihan kepada DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Kasih Sultan Ibrahim terhadap putera baginda itu sangat mendalam. Seorang ayah yang berkorban masa untuk menghiburkan hati puteranya yang sedang sakit meruntun hati setiap rakyat jelata. Tidak dapat digambarkan betapa dalam kasih dan sayang Sultan Ibrahim terhadap Almarhum Tunku Jalil. Semoga Allah memberi ketabahan kepada Tuanku dan mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Tunku Jalil.
























Sunday, 6 December 2015

Kasih Ayah Sepanjang Masa..


Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menziarahi makam anakanda baginda, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar pagi tadi. Tunku Jalil yang dimakamkan semalam mangkat pada 5 Disember 2015. Kasih seorang ayah terhadap anaknya terpancar dari raut wajah Sultan Ibrahim. Baginda meluangkan masa kira-kira 30 minit di makam putera baginda. Seawal jam 9 pagi, baginda tiba di Makam Mahmoodiah dan majlis tahlil dan bacaan yassin diketuai oleh Mufti Johor Dato' Mohd Tahrir Shamsuddin. Turut mengiringi baginda ialah Menteri Besar Johor, Dato' Seri Mohd Khaled Nordin dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Dato' Ir Hasni Mohammad. Sultan Ibrahim berkenan menyiram air mawar di pusara Almarhum Tunku Jalil sebelum berangkat pulang pada pukul 9.30 pagi. AL FATIHAH buat Almarhum Tunku Jalil.





sumber : nstp

Selamat Jalan, Tunku Jalil..


Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, 25 yang mangkat semalam, selamat dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru. Istiadat pemakaman selesai kira-kira pukul 2.40 petang. Sebelum itu, jenazah Tunku Jalil diarak menggunakan pedati diraja dari Istana Besar Johor Bahru ke Makam Mahmoodiah sejauh 3 kilometer. Mengiringi jenazah beliau ialah ayahanda DYMM Sultan Ibrahim, DYAM Tunku Ismail dan kerabat-kerabat yang lain. Tunku Ismail dan Tunku Idris turut sama menaiki pedati diraja tersebut. Pedati diraja itu ditarik oleh 10 orang askar Timbalan Setia Negeti (TSN). 

Terdahulu, bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari, istiadat penghormatan terakhir diadakan di Bilik Singgahsana Istana Besar. Keranda yang dibaluti bendera peribadi Tunku Abdul Jalil diletakkan di bahagian tengah berhampiran pintu masuk singgahsana manakala topi dan pedang polis milik Almarhum turut diletakkan di atas keranda.Turut kelihatan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah dan Tunku Putera, Tunku Abu Bakar hadir bersama kerabat diraja yang lain. Orang awam yang hadir membuat penghormatan perlu melalui pusingan U mengelilingi keranda dan dibenarkan berhenti seketika di hadapan jenazah untuk menyampaikan bacaan al-Fatihah dan doa.

Antara tetamu diraja yang berangkat ke Istiadat Pemakaman ialah KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah, Putera Mahkota Brunei Darussalam Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, YAM Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah, YTM Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Intan Safinaz serta kerabat-kerabat diraja yang lain.

Suasana pilu mengiringi perjalanan terakhir Almarhum Tunku Jalil. Tangisan ayahanda dan bonda beliau amat memilukan hati rakyat jelata. Tunku Abdul Jalil selamat dimakamkan bersebelahan makan nendanya, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Al Fatihah buat Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim.


Pengiran Muda Mahkota mengaminkan doa dihadapan keranda almarhum.

Solat jenazah di Istana Besar Johor bahru.

Istiadat penghormatan terakhir buat Almarhum Tunku Jalil.

Keranda Almarhum diangkat oleh kekandanya Tunku Ismail dan adindanya Tunku Abdul Rahman. Turut kelihatan Tunku Idris.

Pedati diraja yang bersedia menanti ketibaan jenazah Almarhum di hadapan tangga Istana Besar.


 



Perjalanan terakhir seorang putera.

Ayahanda saudara Almarhum, Tengku Sulaiman Shah.

Sultan Ibrahim mengetuai perarakan pedati diraja.

Sultan Ibrahim tidak dapat menahan sebak sambil menggenggam tangan putera sulung baginda.

Sultan Ibrahim mengiringi Raja Zarith menyiram air mawar di pusara anakanda baginda berdua.

Tunku Aminah menenangkan ayahandanya.

Sultan Ibrahim mencium tangan Sultan Ahmad Shah yang berangkat menziarahi Almarhum Tunku Jalil

 
Sultan Ibrahim mengesat air mata baginda.

Wajah sayu seorang ayahanda.

Keberangkatan tiba Raja Zarith Sofiah diiringi puteri baginda Tunku Tun Aminah serta menantu baginda Che Puan Khaleeda.


Air mata seorang ayahanda yang kehilangan anakanda.

Air mata seorang bonda yang melahirkan.

Makam Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim.

sumber : astroawani, beritaharian, nstp, fairulhatim, putrakola.




Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...