Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berangkat tiba di Masjid Putra, Putrajaya
kira-kira 7.30 malam pada Khamis, 20 April 2017 bagi majlis bacaan Yasin, solat
hajat dan doa selamat sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong ke-15 pada 24 April ini. .Turut berangkat Yang Maha Mulia
Pemangku Sultan Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail
Petra.
Hadir sama, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan
Timbalannya, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib disusuli solat hajat
dan bacaan Yasin dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail
Muhammad. Kira-kira 4,000 umat Islam hadir bagi menyertai majlis
berkenaan.Sultan Muhammad V dilihat memakai jubah putih berserta kopiah
putih,pakaian lazim yang dipakai baginda apabila ke masjid.
Mufti Wilayah Dato' Dr Zulkifli, YMM Tengku Dr Fa-iz Petra, KDYMM Sultan Muhammad V, YAB Dato' Seri Zahid Hamidi dan YB Dato' Asyraf Wajdi.
Baginda berkenan bersalaman dengan rakyat jelata.
No comments:
Post a Comment