Post-post berkenaan KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin:
Anda Pengunjung Ke :
Tuesday, 28 April 2020
25 April 2020: Ulangtahun Perkahwinan Ke-46 DYMM Tuanku Muhriz dan DYMM Tuanku Aishah Rohani.
Masih belum terlambat untuk Warisan Raja dan Permaisuri Melayu untuk merafak sembah tahniah kehadapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud sempena ulangtahun perkahwinan baginda berdua yang ke-46 tahun pada 25 April 2020. Ikatan percintaan di antara putera Negeri Sembilan dengan puteri Terengganu ini bermula apabila Istiadat Pertunangan diantara baginda berdua diadakan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur pada 17 Februari 1973. Tuanku Muhriz yang ketika itu berusia 25 tahun memegang gelaran sebagai Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti dan bekerja sebagai Pegawai Tadbir di Bank Rakyat. Manakala Tuanku Aishah Rohani yang ketika itu berusia 20 tahun dan bekerja sebagai kerani jurukira di sebuah bank.
Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal kepada pasangan Almarhum Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dengan Almarhum Tuanku Ampuan Durah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. Manakala Tuanku Aishah merupakan puteri bongsu kepada Yang Amat Mulia Tengku Seri Utama Raja Terengganu Tengku Besar Mahmud Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin dengan Yang Amat Berbahagia To' Puan Zainon Mariam Binti Haji Su Mahmud. Tuanku Aishah Rohani merupakan anakanda saudara kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-4 Sultan Ismail Nasiruddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin. Istiadat Perkahwinan baginda berdua diadakan pada hari Khamis 25 April 1974 bersamaan 2 Rabiul Awal 1394 Hijrah di Istana Maziah Kuala Terengganu.
Pada 4 Mei 1974, Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Durah mengadakan Istiadat Menyambut Keberangkatan Balik Pengantin Diraja yang diadakan di Istana Lama Seri Menanti. Baginda berdua bersanding di atas singgahsana lama Istana Lama Seri Menanti. Perkahwinan baginda berdua diserikan dengan kelahiran putera sulung yang diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz pada 26 April 1977. 5 tahun selepas itu, putera kedua pula dilahirkan pada 6 Julai 1982 dan diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz. Dan pada 3 September 1984, putera bongsu baginda berdua dilahirkan dan diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin Ibni Tuanku Muhriz.
Selepas 47 tahun bergelar Tunku Besar Seri Menanti, pada 29 Disember 2008, Tuanku Muhriz telah diisytiharkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menggantikan ayahanda saudara baginda Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kehidupan Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah sekeluarga berubah selepas menduduki takhta Negeri Sembilan. Tuanku Muhriz ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Besar pada 26 Oktober 2009. Tuanku Aishah pula dimasyhurkan sebagai Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada 14 Februari 2009.
Suasana sedih menyelubungi keluarga baginda pada 16 Januari 2016 apabila putera bongsu baginda berdua mangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Bandar Tun Razak. Sewaktu diputerakan, Almarhum Tunku Alif disahkan oleh doktor dilahirkan kekurangan Vitamin K di otak. Almarhum disahkan kurang upaya dan pembedahan demi pembedahan dilakukan terhadap Almarhum semasa masih bayi lagi. Menurut YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin di dalam tulisan baginda di dalam Malay Mail bertajuk "Lesson From My Brother", ayahanda dan bonda baginda belajar semampu baginda berdua tentang keadaan kesihatan yang dialami Almarhum untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk Almarhum. Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah mengambil keputusan membawa Almarhum ke Institut Pencapaian Potensi Manusia, sebuah pusat pakar di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) untuk meninjau kaedah rawatan. Selepas pulang ke tanah air, baginda sekeluarga menjalankan rawatan intensif untuk membantu Almarhum dan mendapat sokongan dan bantuan daripada kerabat diraja dan teman rapat.
Sehinggakan sampai satu tahap, Tuanku Muhriz terpaksa menjual syarikat baginda supaya baginda mempunyai masa untuk program rawatan Almarhum dan wang yang secukupnya untuk membiayai semua rawatan tersebut. Keadaan kewangan keluarga Tuanku Muhriz agak terjejeas ketika itu dimana Tunku Ali dan Tunku Zain yang sedang melanjutkan pelajaran mendapat bantuan kewangan daripada kerabat diraja yang lain. Pemergian Tunku Alif merupakan kehilangan besar buat keluarga Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah. Erti pengorbanan dan kesabaran yang ditunjukkan baginda berdua dalam menempuh dugaan tersebut amat tinggi nilainya. Walaupun sibuk dengan jadual seharian setelah menduduki takhta Negeri Sembilan, namun sokongan terhadap Almarhum Tunku Alif tidak pernah pudar. Bersempena ulangtahun perkahwinan ke 46 DYMM Tuanku Muhriz dan DYMM Tuanku Aishah Rohani, didoakan semoga baginda berdua dilanjutkan usia dan dirahmati Allah sentiasa.
Tuesday, 21 April 2020
Dewan Tunku Abdul Rahman & Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong.
Bangunan Dewan Tunku Abdul Rahman di awal tahun 1950-an.
Setelah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, jawatan ketua negara yang bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah diisi oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad. Alat-alat kebesaran Persekutuan yang baru telah ditempah untuk menunjukkan kedaulatan negara merdeka yang baru ini. Sudah tentunya, di dalam proses monarki, seseorang Ketua Negara itu perlu menjalani Istiadat Pertabalan sebagai simbol penerimaan kuasa oleh baginda untuk mengetuai sesebuah negara. Tetapi, bilik singgahsana yang ada di Istana Negara terlalu kecil untuk diadakan Istiadat Pertabalan tersebut. Maka, Ketua Menteri Persekutuan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah mencadangkan supaya Istiadat Pertabalan diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Bangunan yang terletak di Jalan Ampang ini telah banyak kali digunakan untuk menjalankan majlis rasmi kerajaan. Bangunan ini pada asalnya merupakan kediaman milik pelombong timah Encik Eu Tong Seng yang dibina pada tahun 1935. Bangunan ini dibina di atas tanah seluas 2.6 hektar. Semasa zaman penjajahan British dan Jepun, bangunan ini dijadikan markas tentera. British menggunakan khidmat bangunan ini sehingga tahun 1956. Pada 24 Februari 1948, peristiwa besar yang pertama dijalankan di bangunan ini. Mesyuarat Pertama Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan. Sebagai langkah menuju kemerdekaan, bangunan ini dijadikan markas Tentera Persekutuan dan secara rasminya dijadikan sebagai Markas Tentera Persekutuan pada 15 Julai 1956. Perasmian dilakukan oleh Mejar Jeneral Dato' Sir F.H. Brooks yang kemudiannya dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Persekutuan.
Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, satu lagi peristiwa bersejarah berlaku di bangunan ini. Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu Yang Pertama Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad diadakan pada 2 September 1957. Dewan Tunku Abdul Rahman ini dijadikan sebagai Balairong Seri buat pertama kalinya untuk menabalkan Ketua Negara bagi sebuah negara baru. Istiadat Pertabalan yang diadakan secara gilang gemilang ini dihadiri oleh kira-kira 500 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu, wakil-wakil negara asing serta pembesar-pembesar negara. Pada tahun 1957 juga, bangunan ini telah diubahsuai dan diperbesarkan dengan kos sebanyak RM 750,000.00. Pada 24 Februari 1958, dewan ini secara rasminya dibuka dan dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Dewan ini diberi nama Dewan Tunku Abdul Rahman bersempena nama beliau. Dewan Tunku Abdul Rahman terus menjadi tumpuan sebagai tempat berlangsungnya mesyurat-mesyuarat peringkat persekutuan dan antarabangsa. Dewan Tunku Abdul Rahman pernah dijadikan sebagai Balai Seni Lukis Negara (1958-1984), Arkib Negara (1957-1958), dan juga Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Persidangan Pertama Persekutuan juga diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 12 September 1959 yang dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad. Seterusnya, Dewan Tunku Abdul Rahman memainkan peranan penting dalam kelestarian Raja Berpelembagaan di negara kita.
Suasana Dewan Tunku Abdul Rahman ketika Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Rahman.
Dewan ini telah menyaksikan 5 Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong. Disebabkan Bilik Singgahsana Istana Negara tidak dapat memuatkan ramai tetamu, maka Istiadat Pertabalan diadakan di dewan bersejarah ini. Dewan Tunku Abdul Rahman dihias menjadi sebuah Balairong Seri. Sebuah singgahsana dibuat sebagai tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ketika pertabalan. Tempat duduk khas untuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri-Permaisuri juga didirikan di kiri dan kanan singgahsana sebagai tempat bersemayam baginda semua untuk menyaksikan Istiadat Pertabalan tersebut. Pada tahun 1960, segala persiapan telah disempurnakan untuk menabalkan Ketua Negara yang ke-2 bagi Persekutuan Tanah Melayu. Namun, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-2 Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah tidak sempat untuk ditabalkan di dewan ini kerana telah gering dan mangkat pada tarikh pertabalan baginda. Maka, Istiadat Pertabalan yang seterusnya adalah pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-3 Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. Istiadat Pertabalan baginda diadakan pada 4 Januari 1961.
5 tahun selepas itu, Dewan Tunku Abdul Rahman sekali lagi dijadikan Balairong Seri untuk Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-4 Sultan Ismail Nasiruddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 11 April 1966. Pada 20 Februari 1971, Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah diadakan. Kali terakhir Dewan Tunku Abdul Rahman menyaksikan Istiadat Pertabalan adalah pada 28 Februari 1976 iaitu Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-6 Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Jasa Dewan Tunku Abdul Rahman sebagai Balairong Seri yang menabalkan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berakhir setelah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-7 Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar memutuskan untuk mengadakan Istiadat Pertabalan baginda di Istana Negara. Pada pendapat baginda, singgahsana tidak boleh dipisahkan daripada Istana. Baginda menitahkan supaya Bilik Singgahsana Istana Negara diubahsuai menjadi sebuah Balairong Seri yang layak dijadikan tempat untuk menabalkan seorang Ketua Negara. Setelah siap Balairong Seri yang baru, maka Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong diadakan di Istana Negara dan tradisi ini dikekalkan sehinggalah ke hari ini.
Pada hari ini, bangunan bersejarah ini dijadikan sebagai Pusat Pelancongan Malaysia atau Malaysia Tourism Centre (MATIC) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Pada tahun 1988, bangunan ini diberi nama Kompleks Penerangan Pelancongan atau Malaysia Tourism Information Complex dan dibuka kepada orang ramai pada Ogos 1989. Pada 16 Februari 2001, nama bangunan ini telah ditukar pada Malaysia Tourism Centre (MATIC) sehinggalah hari ini.
Ketika Pertabalan Tuanku Syed Putra pada tahun 1961.
Ketika Istiadat Pertabalan Sultan Ismail Nasiruddin pada tahun 1966.
5 tahun selepas itu, Dewan Tunku Abdul Rahman sekali lagi dijadikan Balairong Seri untuk Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-4 Sultan Ismail Nasiruddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 11 April 1966. Pada 20 Februari 1971, Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah diadakan. Kali terakhir Dewan Tunku Abdul Rahman menyaksikan Istiadat Pertabalan adalah pada 28 Februari 1976 iaitu Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-6 Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Jasa Dewan Tunku Abdul Rahman sebagai Balairong Seri yang menabalkan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berakhir setelah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-7 Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar memutuskan untuk mengadakan Istiadat Pertabalan baginda di Istana Negara. Pada pendapat baginda, singgahsana tidak boleh dipisahkan daripada Istana. Baginda menitahkan supaya Bilik Singgahsana Istana Negara diubahsuai menjadi sebuah Balairong Seri yang layak dijadikan tempat untuk menabalkan seorang Ketua Negara. Setelah siap Balairong Seri yang baru, maka Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong diadakan di Istana Negara dan tradisi ini dikekalkan sehinggalah ke hari ini.
Pertabalan Tuanku Abdul Halim pada tahun 1971.
Bahagian luar Dewan Tunku Abdul Rahman yang dijadikan tempat untuk Pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh Yang Di-Pertuan Agong sebelum Istiadat Pertabalan di dalam.
Istiadat Pertabalan Sultan Yahya Petra pada tahun 1976.
Pada hari ini, bangunan bersejarah ini dijadikan sebagai Pusat Pelancongan Malaysia atau Malaysia Tourism Centre (MATIC) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Pada tahun 1988, bangunan ini diberi nama Kompleks Penerangan Pelancongan atau Malaysia Tourism Information Complex dan dibuka kepada orang ramai pada Ogos 1989. Pada 16 Februari 2001, nama bangunan ini telah ditukar pada Malaysia Tourism Centre (MATIC) sehinggalah hari ini.
Dewan Tunku Abdul Rahman sekarang yang dikenali sebagai Malaysia Tourism Centre.
Monday, 20 April 2020
19 April 2020: Keputeraan Almarhum Sultan Azlan Shah Ke-92.
Post-post berkenaan Almarhum Sultan Azlan Shah:
Tuesday, 14 April 2020
14 April 1960: Istiadat Melafaz Sumpah Yang Di-Pertuan Agong Ke-2.
Pada 14 April 1960, telah diadakan Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-2 dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong. Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 1 April 1960 memberi kesedihan kepada seluruh negara. Timbalan Yang Di-Pertuan Agong yang juga Sultan Selangor Darul Ehsan Duli Yang Maha Mulia Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Al-Haj telah dipilih untuk menggantikan Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Baginda dipilih selepas Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bersidang dan bermesyuarat serta membuang undi masing-masing untuk memilih Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang baru. Raja-Raja Melayu ketika itu terdiri daripada:
1. KDYMM Sultan Pahang Darul Makmur Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muazzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (naik takhta pada 22 Jun 1932).
2. DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah Al-Haj (naik takhta pada 4 April 1938).
3. KDYMM Sultan Kelantan Darul Naim Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (naik takhta pada 21 Jun 1944).
4. DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (naik takhta pada 4 Disember 1945).
5. KDYMM Sultan Terengganu Darul Iman Sultan Ismail Nasiruddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin (naik takhta pada 16 Disember 1945).
6. DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil (naik takhta pada 31 Mac 1948).
7. KDYMM Sultan Kedah Darul Aman Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (naik takhta pada 14 Julai 1958).
8. DYMM Sultan Johor Darul Takzim Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim (naik takhta pada 8 Mei 1959).
9. DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (naik takhta pada 5 April 1960).
Sidang Khas Majlis Raja-Raja untuk memilih Yang Di-Pertuan Agong tersebut diadakan di Istana Negara. Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Hisamuddin Alam Shah dipilih sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-2 manakala jawatan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong diisi oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-2 Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah.
Istiadat Melafaz Sumpah ini menyaksikan Sultan Hisamuddin dan Tuanku Syed Putra melafazkan sumpah jawatan di atas singgahsana Istana Negara di hadapan Raja-Raja Melayu, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Timbalan Ketua Menteri YAB Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein. Turut hadir, Menteri-Menteri Persekutuan, Gabenor-Gabenor Negeri, Menteri-Menteri Besar serta pegawai tinggi kerajaan. Sultan Hisamuddin, 62 merupakan Raja Melayu pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong semasa negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Monday, 13 April 2020
Saturday, 11 April 2020
Kerabat Bergelar Negeri Perlis.
Kerabat bergelar merupakan kerabat diraja yang terdekat dengan Duli Yang Maha Mulia Raja atau Sultan. Kerabat-kerabat ini dikurniakan gelaran seperti Tengku Bendahara, Tengku Laksamana, Tengku Panglima, Tengku Temenggong dan gelaran-gelaran lain yang diperkenankan Raja atau Sultan negeri tersebut. Berikut merupakan susunan kekananan kerabat Diraja Negeri Perlis yang bersusur galur dari keturunan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Harun Putra Jamalullail Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail. Kerabat bergelar ini terdiri daripada paduka anakanda Raja Perlis dan juga adinda-adinda baginda.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Harun Putra Jamalullail,
D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Pahang), D.K. II (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier De L'Independence (Grand Medal of the Independence) - Cambodia, Grand Croix De L'Ordre (Royal Sash) - Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Qiladah Badr Al-Kubra (Arab Saudi), Decoration of Omayad - The Finest Decoration (Syria), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan)
Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis
Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid,
D.K.P., D.K., S.S.P.J., S.P.M.P, D.M.N., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), Grand Croix De L’Ordre (Royal Sash) – Cambodia, Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), The Order of the Sacred Treasure, Gold and Silver Star (Japan).
KERABAT-KERABAT BERGELAR:
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizzuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,
D.K.,S.P.M.P., P.A.T.
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis
Tuanku Lailatul Shahreen Binti Dato' Khalil Akashah,
S.P.M.P.
Yang Amat Mulia Tengku Syarif Bendahara Perlis
Dato' Seri Diraja Syed Badaruddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,
D.K., S.S.P.J.
Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis
Dato' Seri Diraja Syed Amir Zainal Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,
S.S.P.J., S.P.M.P.
Yang Amat Mulia Tengku Syarif Laksamana Perlis
Yang Berhormat Mulia Dato' Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,
S.S.P.J., S.P.M.P.
Yang Amat Mulia Tengku Syarif Panglima Perlis
Tan Sri Dato' Seri Diraja Dato' Setia Syed Zainal Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra
Jamalullail,
D.K. II (Selangor), P.S.M., S.S.P.J., S.P.M.P., S.S.I.S.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis
Dato' Seri Sharifah Fazira Binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,
S.P.M.P.
Subscribe to:
Posts (Atom)

























































