Anda Pengunjung Ke :

Saturday, 9 May 2015

Keberangkatan Tuanku Bainun.


Inilah wajah terkini Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun Binti Mohamad Ali setelah hampir setahun kemangkatan Almarhum suami baginda, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Tuanku Bainun yang berusia 83 tahun ini berangkat ke Istana Iskandariah untuk mengikuti Istiadat Pertabalan putera sulung baginda, DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah Al Maghfur-lah menaiki takhta negeri Perak sebagai Sultan ke 35. Keberangkatan tiba Tuanku Bainun ke Balairong Seri diumumkan oleh juruacara majlis dan kelihatan Tuanku Bainun berpimpin tangan dengan paduka cucunda baginda Yang Teramat Mulia Raja Kechil Besar Perak Raja Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Baginda juga diiringi oleh ketiga-tiga puteri baginda iaitu Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Azureen Almarhum Sultan Azlan Shah, Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Eleena Almarhum Sultan Azlan Shah dan Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Yong Sofia Almarhum Sultan Azlan Shah. Tuanku Bainun yang kini bergelar Paduka Bonda Sultan Perak duduk bersemayam di sebelah KDYTM Putera Mahkota Brunei Darussalam dan TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang. Didoakan semoga YMM Tuanku diberikan kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T.





Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...