Pelbagai persiapan telah dijalankan sempena Pertabalan Sultan Perak pada 6 Mei ini. Antara persiapan paling penting adalah Panca Persada untuk Istiadat Bersiram dan Balai Gambang untuk dinaiki oleh Paduka Seri Sultan Perak untuk menziarahi makam-makam Almarhum Sultan Perak yang terdahulu.
Poster Sultan dan Raja Permaisuri Perak.
Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayob Hashim berkata,
persiapan bagi mengadakan istiadat pertabalan yang bermula Ahad ini kini sudah
90 peratus siap dan berjalan lancar dengan semua pihak terbabit sudah bersedia
untuk melaksanakannya apabila tiba masanya nanti. “Bagi istiadat pertabalan pada 6 Mei, setakat ini, tetamu
jemputan yang diundang sebahagian besarnya akan hadir seperti waris atau wakil
raja; Yang Dipertua Negeri bagi negeri tidak beraja; Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Semua Sultan dan Raja dijangka hadir pada Santapan
Pertabalan yang diadakan di Istana Iskandariah pada 9 Mei.
Balai Gambang untuk dinaiki oleh Sultan Perak.
sumber : utusan malaysia
Istiadat pertabalan turut memberi peluang kepada rakyat
menyaksikan pembinaan dan penggunaan Panca Persada dan Balai Gambang bagi
istiadat pertabalan Sultan Perak. Balai Gambang pula sebuah rumah rakit seberat 4.5 tan dengan
panjang 12 meter dan lebar enam meter yang akan membawa sultan menyusuri Sungai
Perak untuk istiadat menziarahi makam Sultan Perak terdahulu yang terdapat di
sepanjang pesisir tebing sungai berkenaan. Pembinaan balai gambang membabitkan kerjasama JKR Perak dan pelajar
serta pensyarah, Fakulti Sains Maritim Universiti Kuala Lumpur Malaysian
Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) diketuai Timbalan
Dekan Akademik dan Teknologinya Zaimi Zainal Mukhtar.
Panca Persada yang akan digunakan untuk Istiadat Bersiram.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Datuk Dr Safry
Kamal Ahmad berkata, JKR sedang giat mempersiapkan kerja menghias dan sentuhan
akhir Panca Persada sebelum sedia digunakan pada malam 7 Mei nanti. “Kerja melakar sudah dilaksanakan sejak Februari lalu dan setiap tingkat akan
dihiasi dengan warna bendera negeri Perak iaitu putih, kuning dan hitam dan
akan dihiasi dengan lampu bewarna-warni bagi menghiasinya kerana ia menjadi
simbol kepada upacara pertabalan. “Seramai 35 tenaga kerja termasuk arkitek, jurutera dan tukang mahir dari JKR
seluruh negeri ditugaskan menyiapkan Panca Persada. Saya sangat bangga kerana
apa yang kita laksanakan ini langsung tidak membabitkan pihak luar dan segala
hasil adalah kerja keras JKR Perak sendiri,” katanya kepada pemberita selepas
meninjau persiapan Panca Persada di pekarangan Istana Iskandariah, di sini.
Daulat Tuankui..Semoga Allah merahmati pemerintahan Tuanku,
ReplyDelete