Anda Pengunjung Ke :

Sunday 13 August 2017

Gambar Rasmi Pertama Pengantin DiRaja YAM Tunku Tun Aminah dan Encik Dennis Muhammad.

Berikut merupakan gambar rasmi pertama Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Bin Abdullah yang akan berkahwin pada 14 Ogos ini. Gambar ini disiarkan oleh Royal Press Office, Johor. Gambar itu menunjukkan Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad dalam pakaian tradisi Melayu dan pakaian kasual di Istana Bukit Serene.


Yang Amat Mulia Tunku Puteri Johor Darul Ta'zim, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim diputerikan pada 8 April 1986 di Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anakanda kedua dari enam beradik dan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha MuliaPermaisuri Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Beliau lebih mesra disapa sebagai “Tunku Inah”.Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Hiltop kemudiannya di Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan Sekolah Convent Johor Bahru. Beliau telah menyambung pengajian di peringkat A-Level di Kolej Salle dan Australian International School Singapore. Beliau telah mendapat lulusan “Higher School Certificate”. Selain itu, beliau juga telah belajar untuk menunggang kuda ketika berumur 11 tahun serta mewarisi bakat bondanya yang suka melukis.

Tunku Tun Aminah aktif dalam bidang perniagaan. Beliau telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu “Luvins The Royal Art of Beauty” yang dibuat khusus bagi setiap wanita tanpa mengira had umur. “Luvins” berasal daripada perkataan “Luv Ina”. Produk ini dicetuskan oleh beliau  sendiri dan sebagai tanda kasih dan sayang kepada para pengguna produk tersebut. Produk ini juga telah dikilangkan di Mum Bio-Cos Manufacturing di Johor Bahru.

Beliau telah memainkan peranan sebagai pengarah dan pereka bagi Luvins serta mendapat banyak dorongan daripada kedua-dua ayahanda serta bondanya. Beliau juga menyatakan bahawa beliau amat meminati bidang perniagaan kecantikan selain daripada menjadi seorang pereka fesyen. Produk ini juga dipasarkan di spa dan salun selain daripada gedung membeli-belah. Salun rambut dan spa Luvins telah direka untuk dibina di Johor Bahru. Di samping itu, Beliau juga ingin mempelbagaikan produk ini kepada barangan solekan, wangian dan syampu.

Tunku Tun Aminah yang dikurniakan gelaran tradisi ‘Tun’ oleh Sultan Ibrahim pada 2012, melibatkan diri dalam sukan lasak seperti menunggang kuda, joging dan mendaki selain dilantik sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), tahun lepas. Tunku Tun Aminah juga terlibat dengan kerja amal termasuk menghulur bantuan kepada mangsa banjir dan merupakan Timbalan Yang Dipertua I Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor serta penaung Johor Bahru International Festival City dan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Johor Bahru.


Dennis Muhammad atau nama asalnya Dennis Verbaas pula dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Beliau merupakan anak kepada pasangan Martin dan Henriette Varbaas,Beliau menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands. Beliau merupakan seorang yang gemar kepada sukan bola sepak. Dennis Muhammad bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and CafĂ© dan selepas itu sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura. Beliau juga merupakan seorang model di Belanda. 

Dennis Verbaas  memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan mengambil nama Dennis Muhamamd Bin Abdullah. Beliau dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajian al-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana. Beliau diasuh dan dipimpin oleh keluarga angkat yang diperkenan Sultan Ibrahim. Jadual pelajaran agama ditambah dan prestasi beliau sentiasa dipantau oleh panel guru dan pendidik Jabatan Agama sehingga mencapai taraf yang diperkenankan. Beliau lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...