Anda Pengunjung Ke :

Thursday 10 August 2017

KDYMM Sultan Terengganu Sertai Sukan SEA 2017.


KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bakal bertanding mewakili negara dalam temasya Sukan SEA 2017 yang diadakan di Malaysia bermula 19 hingga 30 Ogos 2017. Baginda akan bertanding dalam sukan ekuestrian dalam acara endurance di Terenggan International Park, Lembah Bidong Terengganu. Baginda merupakan Raja Melayu pertama yang mewakili negara dalam acara sukan bertaraf antarabangsa. 



Baginda tersenarai dalam 4 orang ekuestrian terbaik negara dan berada dalam ranking Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI). Memandangkan baginda mempunyai ranking dalam peringkat dunia, maka baginda layak untuk mewakili negara dalam Sukan SEA kali ini. Sultan Mizan berpengalaman luas dalam bidang endurance dan pernah bertanding dalam Kejohanan Ekuestrian Dunia 2008 yang diadakan di Lembah Bidong. Didoakan semoga Sultan Mizan diberikan kekuatan dan kesihatan untuk mewakili negara dan menyumbang pingat kepada kontinjen Malaysia. 

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...