Anda Pengunjung Ke :

Friday 10 April 2015

Pertabalan Sultan Perak 6 Mei 2015.



Setelah selesai Istiadat Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Ta'zim pada 21 April lepas, tumpuan seterusnya diberikan untuk Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada bulan Mei 2015.Setiausaha Dewan Negara Perak Toh Amar Seri Diraja Datuk Ayop Hashim berkata, dengan nasihat Dewan Negara Perak yang bersidang kali ke-162 pada 22 November 2014, Sultan Nazrin Shah berkenan menetapkan Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 dilangsungkan pada 6 Mei 2015.

Beliau berkata, Istiadat Tabal Adat akan berlangsung di Istana lskandariah Kuala Kangsar pada pagi hari berkenaan diikuti dengan Istiadat Tabal Pusaka dan Istiadat Bersiram Tabal pada malam keesokannya.

Sultan Nazrin bersama Duli Yang Maha Mulia  Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim selanjutnya akan berangkat menziarahi makam Sultan Perak terdahulu, kemudiannya menghilir Sungai Perak dari Pasir Salak ke Teluk lntan.


Istiadat pertabalan akan berakhir dengan keberangkat Sultan Nazrin untuk mencecahkan kaki Baginda di Beting Beras Basah iaitu tempat pertama Sultan Perak pertama Sultan Muzaffar Shah I menjejakkan kaki ketika sampai di Perak, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata sempena istiadat pertabalan itu, pelbagai acara dirancang yang turut melibatkan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Raja Pemerintah, Raja Muda dan Tengku Mahkota, Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri, perwakilan asing serta tetamu dari dalam dan luar negara.

"Acara berbentuk keagamaan dan acara yang memberi peluang baginda mendampingi rakyat yang melibatkan penyertaan rakyat jelata, warga emas, golongan remaja dan pelajar akan dilaksanakan dalam tempoh sambutan istiadat pertabalan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...