WARISAN PERMAISURI MELAYU merasa sedih dan dukacita atas
penyebaran berita palsu kononnya Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sedang gering
dan rebah di istana. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Paduka Mohd Puat
Mohd Ali berkata, "Saya merasa dukacita kerana ada pihak tertentu yang
berniat jahat dan bersifat jahil telah menyebarkan fitnah bahawa Tuanku gering
dan rebah di istana.Berita ini timbul apabila ada permintaan supaya diadakan
majlis bacaan Yasin bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Duli Tuanku di
Kedah. Majlis bacaan Yasin ini lazim diadakan di Kedah kerana rakyat Kedah
menyayangi Duli Tuanku. Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong sihat dan tidak
gering," katanya ketika ditemui di Alor Star.
Khabar angin itu tersebar melalui aplikasi Whatsapp sekitar
3 April lepas.
Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir
berkata,"Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku tidak sihat...(ini) biasa
sahaja. Tidak seteruk yang digembar-gemburkan melalui SMS (Khidmat Pesanan
Ringkas) yang saya tidak pasti dari mana datangnya," katanya kepada
pemberita di Kuala Nerang. Mukhriz berkata doa ke atas kesihatan dan
kesejahteraan Sultan Kedah adalah perkara biasa yang dilakukan dan sentiasa
disyorkan di kalangan rakyat Kedah. "Tapi tak perlu sampai tahap
panik, kerana kita mempunyai doktor-doktor yang sentiasa menjaga kesihatan
baginda. "Dalam pengetahuan saya, keadaan baginda stabil dan tak
membimbangkan," kata Mukhriz ketika mengulas khabar angin tersebar pada
Jumaat yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan gering.
Sama-samalah kita doakan semoga Seri Paduka Tuanku berada
dalam keadaan sihat sentiasa dan diberi perlindungan oleh Allah S.W.T. Amin.
No comments:
Post a Comment